Bermula 1 May, Ford melancarkan model barunya di Britain iaitu Ford Focus ST Baru edisi 2008. Kereta tersebut direka khas oleh Ford teamRS. Dengan enjin Duratec 225PS, 2.5 liter Turbocharged lima silinder, Ford Focus ST Baru mampu mencapai 150mph atau 240 km/jam dengan kuasa pecutan dari 0-100km/jam hanya dalam masa 6.8 saat!
Sistem brake nya yang terbaik dengan ESP (Electronic Stability Programme) dan Traction Control sekarang adalah satu ciri wajib dalam semua versi kereta baru ini.
Dilaporkan harganya di Britain adalah dari £18,250 – £20,850 (dalam Pound Sterling).
Setiap Focus ST dilengkapi 18-inch five-spoke alloy wheels, sports styling, body-hugging Recaro sports seats, unique sports steering wheel dan upgraded instrumentation.
Ciri terbaru Ford ST kali ini adalah ‘Ford Power’ starter button dan Easyfuel capless refuelling system iaitu butang penghidup enjin dan kemudahan mengisi minyak tanpa penutup.
Ciri biasa dalam kereta kategori Focus yang terdapat pada Focus baru ini adalah Sistem pengesan tekanan angin tayar, Sistem hubungan luar audio seperti Bluetooth beserta sistem navigasi canggih GPS yang boleh membaca data dari SD card.
Jom komen!