- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?

    Anda yang biasa pakai kereta 4AT gearbox versi lama pasti akan rasa bingung kalau drive kereta lain semasa menuruni bukit. Tiba-tiba enjin jadi meraung bunyi kuat dan RPM naik tinggi semasa turun bukit. Adakah ini normal?

    Ya.. Enjin meraung (mengaum kuat) semasa menuruni bukit adalah NORMAL bagi kereta dengan gearbox modern dan terkini. Terutamanya gearbox CVT generasi baru. Ini dipanggil engine braking semasa menuruni bukit.

    Engine braking lebih penting digunakan semasa menuruni bukit berbanding menekan brake dengan kerap terutamanya di kawasan menuruni gunung seperti di Cameron Highlands atau Genting highlands.

    Jika anda terlalu kerap membrek semasa menuruni bukit, brek akan memanas dan berbau hangit.. kemudian akan mengurangkan efficiency brek kereta anda di saat kecemasan.

    gearbox

    Jadi, gearbox modern ini lebih pintar mengesan keadaan menuruni bukit dengan adanya accelerometer sensor yang akan mengesan darjah kecerunan menurun sekaligus terus menukar ke gear rendah secara automatik.

    Jadi, pemandu tidak perlu menekan brek terlalu kerap semasa turun bukit kerana gearbox sudah membantu untuk melakukan engine braking yang akan memperlahankan kenderaan anda. Jangan risau mengenai enjin anda, ia adalah normal dan lebih baik berbanding menekan brake semasa turun bukit.

    Sebab tu anda nampak ada sign board “gunakan gear rendah” di kawasan berbukit untuk mengurangkan risiko kegagalan brake pada kenderaan anda.

    Namun, untuk mematikan mode engine braking ini, anda boleh menekan pedal minyak lebih semasa menuruni bukit untuk memberi isyarat kepada enjin dan gearbox yang anda tidak perlu memperlahankan kereta semasa berada di kawasan bukit.

    Semoga bermanfaat kepada semua pemandu.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    4 Responses

    1. Ron says:

      Mantap..baru tahu…sbb baru bawa kereta aoto

    2. HAMDI says:

      masalah yg saya hadapi tiba2 engine kurang power dan rpm naik sehingga 3 pd kelajuan 85km sejam. Kelajuan 60km sejam rpm 2.3 dn 40km sejam rpm 2. Bila keadaan ini berlaku kereta terasa sangkut-sangkut (jerk2). Terpaksa berenti tepi jalan, off engine, pastu ok semula. Tak lama tu jadi lagi. Tolong saya settle masalah ini.

    3. Ahmad Shaiful Mohamad says:

      Saya drive Toyota Hilux 2.5 VNT AT (2013). Mileage 315,000 km. Servis, minyak hitam, minyak gear dan lain-lain adalah rutine maintenance. Sejak sebulan nii enjin & pickup kenderaan saya terasa sedikit berat terutama diawal perjalanan. Untuk memotong juga terasa agak berat dari biasa. Bunyi enjin juga agak kasar daripada biasa. Apa masalah yang mungkin dihadapi dan bagaimana untuk atasi. TERIMA KASIH.

    4. Ahmad Farid says:

      Salam , macam kes saya cvt nsp151 millage dah 350000km jalan ehailing takde lambang check engine agak runsing jgk masalah apa tiba2 datang sebab selalunya turun bukit contoh highway mex turun sikit je bukan bukit yg curam tiba2 rpm naik sendiri dan engine terasa mengaum , ini tak normal utk cvt mcm kes saya sebab selamani xde masalah , dan kadang² lepas pedal minyak pada kelajuan yg tinggi rpm stay xnak turun pada average 2.5-3 , time bawak slow plak kadang² rpm xnak jatuh sampai bacaan tepat dia , pelik throttle body maf sensor dah servis pon sama jgk vacume xde leak , harap ad yg bole share pengalaman jika mengalami masalah yg sama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)