Tahukah anda, warna yang digemari abang J & P sangat bahaya digunakan untuk membalut kereta anda dengan full body sticker? Ada beberapa warna yang tentunya paling menarik perhatian pak JPJ dan pulisi untuk menahan anda sekali gus memberi hadiah berupa tiket saman.
Warna camouflage di atas.
Setakat ini, tiada lagi undang-undang melarang anda membalut kereta sepenuhnya dengan menggunakan sticker. Namun warna yang berlainan dari warna yang tertera pada geran kereta dianggap berisiko terutama jika berlaku kemalangan.
Dari pelbagai jenis warna dan kontur sticker, warna jenis chrome, camouflage (terlalu banyak warna), dan chameleon (tilted colour shift) adalah warna yang paling berisiko untuk dikenakan saman terhadap pemilik kereta. Jadi cuba elakkan jenis warna ini yang mengelirukan pihak polis mengenalpasti warna sebenar kereta anda.
Contoh warna chameleon atau colour shift di atas.
Jadi boleh atau tidak membalut kereta anda menggunakan sticker sepenuhnya? Tepuk dada tanya poket. =)
Jom komen!