- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • Wheel Size Vs Tyre Size: Which Tyre Size Best Or Suitable For Your Sport Rim Width? – Saiz Tayar Dan Rim Sesuai
  • UMW MALAYSIA DEVELOP FACTORY IN CHINA

    UMW MALAYSIA DEVELOP FACTORY IN CHINA

    UMW MALAYSIA DEVELOP FACTORY IN CHINA

    UMW Corporation, UMWC is expected to develop a cooperation between UMWC with Chong Hong Motor Service Ltd (DCHMSC) in China to develop a factory for processing lubricant or engine oil. An investment around RM56 million between them is to build one cooperation company that is Lubritech International Holdings Ltd. Below is the detail of news from Harian Metro in Bahasa Malaysia

    Bangun kilang di China

    UMW Holdings Bhd, anak syarikat penuh UMW Corporations Sdn Bhd (UMWC) menjalinkan kerjasama dengan syarikat permotoran yang berpangkalan di China, Dah Chong Hong Motor Service Ltd (DCHMSC) bagi membangunkan kilang pengeluaran dan memproses minyak pelincir di China.

    Bagi merealisasikan kerjasama itu, kedua-dua pihak bersetuju mewujudkan syarikat kerjasama yang dikenali Lubritech International Holdings Ltd membabitkan pelaburan RM56 juta.

    Berdasarkan pecahan pemilikan saham, UMWC memiliki 60 peratus manakala selebihnya dimiliki DCHMSC.

    Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holding, Datuk Abdul Halim Harun, berkata kilang itu akan dibangunkan di bandar pelabuhan Xinhui, Wilayah Guangdong yang mampu mengeluarkan 50 juta liter minyak pelincir setahun.

    “Kami bangga dapat bekerjasama dengan DCHMSC berdasarkan reputasi syarikat berkenaan di Hong Kong dan merancang meneroka lebih banyak peluang dalam industri pasaran minyak pelincir.

    “Kerjasama itu juga membuktikan DCHMSC mampu bersaing dengan pasaran lain di dunia selepas berpeluang meneroka pasaran di China,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama antara kedua-dua syarikat di Shah Alam, baru-baru ini.

    Hadir sama, Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Asmat Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif DCHMSC, Donald Yip, Ketua Bahagian Pengeluaran dan Kejuruteraan UMW Holdings, Ibrahim Abu Bakar dan Pengurus Besar DCHMSC, Raymond Lo.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)