- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • TIP PEMANDUAN KERETA & SELENGGARA – CAR DRIVING TIPS & MAINTENANCE – FROM CHEVROLET MALAYSIA

    TIP PEMANDUAN KERETA & SELENGGARA - CAR DRIVING TIPS & MAINTENANCE - FROM CHEVROLET MALAYSIA

    TIP PEMANDUAN KERETA – CAR DRIVING TIPS – FROM CHEVROLET MALAYSIA

    Chevrolet Malaysia have some usefull tips for all of us in this coming festive season. This is very important to reduce the possibility of engine failure or car problems while you are on your journey to celebrate the holiday. The tips in bahasa malaysia are prepared by Chevrolet Malaysia via Harian Metro.

    Tip pemanduan daripada Chevrolet

    SEMUA pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.

    Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya.
    Pengeluar kenderaan terkenal dunia, Chevrolet membantu pemandu dengan memberi beberapa tip pemanduan supaya perjalanan menjadi lebih ceria, selamat dan sempurna.

    # Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.
    # Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten.
    # Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.

    # Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.

    # Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.
    # Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.

    # Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.

    # Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.

    # Berkongsi kereta.

    # Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.
    # Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.

    # Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.

    Langkah memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik

    Lakukan pemeriksaan berkala berdasarkan cara pemanduan sesebuah kenderaan. Cara pemanduan yang dianggap terlalu keras dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerap boleh diibaratkan seperti:
    Memandu kurang daripada 10 kilometer sehari.
    Memandu menggunakan gear rendah
    Memandu dalam keadaan jalan raya berhabuk.
    Memandu di kawasan berbukit.
    Menunda kenderaan lain.
    Memandu dalam kesesakan teruk di mana suhu persekitaran melebihi 32 darjah selsius.
    Kenderaan polis atau teksi.

    Cara pemanduan biasa pula boleh digambarkan seperti memandu seperti biasa setiap hari dengan cara pemanduan yang tenang.

    Pemanduan biasa tidak memerlukan penyelenggaraan secara kerap dan boleh dilakukan mengikut carta yang dikeluarkan pengeluar.

    Servis dan penjagaan kenderaan

    Pastikan tiada kerosakan berlaku ketika atau selepas melakukan penyelenggaraan.
    Sentiasa rujuk buku panduan yang disediakan pengeluar sebelum melakukan servis.
    Pastikan beberapa komponen diperiksa ketika melakukan penyelenggaraan antaranya:

    Minyak EnjinEngine Oil

    Cecair penyejuk radiator / radiator coolent

    Cecair brek / Brake liquid

    Cecair transmisi / Transmission fluid

    Cecair stereng kuasa / Power Steering Fluid

    Bendalir cermin hadapan / Wiper fluid

    Pengelap cermin / Wiper

    Penapis udara / air filter

    Penapis minyak (kenderaan diesel) / Oil filter

    Palam Pencucuh / Spark plug

    Tali sawat enjin / Timing belt

    Pedal brek / Brake paddle

    Rim dan tayar / tyres and rims

    Pelapik brek / Brake cover

    Penjajaran tayar / alignment

    Penapis penyaman udara / aircond air filter

    Fius / fuse

    Lampu / lamp

    Happy Holiday and Have A Very Safe And Comfortable Journey!

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)