- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • PROTON X50 REVIEW JUJUR POV DRIVE 0-100kmh TEST DRIVE : 11 KELEMAHAN MASALAH X50 PERLU TAHU
  • PETROL RM300 PER LITRE?

    petrol-rm300

    PETROL RM300 PER LITRE?

    New contribution by Aiz.

    Just now there are news in the Buletin Utama about the petrol price bought by somebody in the Penang SUK.Below are the details about that news that I got from Utusan.

    By Arshad Khan from Utusan.

    KUALA LUMPUR 21 Okt. – Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.

    Hasil penemuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter.

    Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.

    ‘‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi.

    Semakan audit terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula mendapati sebanyak 12 kes pembelian minyak Super ULG dari aspek kuantiti dan harga yang tidak munasabah pada tahun 2007 dan 2008.

    ‘‘Pembelian meragukan ini adalah di antara RM75 hingga RM80 seliter bagi bulan Februari, April, Mei, Ogos, September serta Disember 2007.

    ‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,” katanya.

    Penilaian Jabatan Audit Negara mendapati ketiadaan kawalan terhadap penggunaan kad inden minyak mendedahkan kepada risiko pembelian minyak secara tidak sah.

    Pihak berkenaan juga mencadangkan agar siasatan dilakukan terhadap kes pembelian minyak pada harga tidak munasabah itu.

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)