Do you like fishing? Here is a good news if you are a car enthusiasts and “kaki pancing”. Join the GP Joran 2009 and win produa nautica or perodua viva. The Pra GP will be held at Pantai Puteri Melaka on 1 March 2009. This is the 13th year of GP Joran Fishing competition organized by NSTP and Sponsors. Below is the detail news from harian metro.
PERODUA SPONSORS PERODUA NAUTICA AND PERODUA VIVA FOR FISHING COMPETITION GP JORAN 2009
Dua kenderaan tajaan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menanti pemenang siri GP Joran 2009, sekali gus meneruskan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Berita Harian untuk tahun kelima berturut-turut.
Kenderaan itu ialah seunit pacuan empat roda, Perodua Nautica bernilai RM90,000 untuk juara keseluruhan Kategori Laut dan satu Perodua Viva bernilai RM50,000 bagi juara keseluruhan Kategori Pantai.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Abu Bakar, yakin penajaan dua kenderaan itu akan menjadi pemangkin kepada pemancing untuk menyertai pertandingan siri GP Joran 2009, sekali gus menunjukkan sokongan berterusan Perodua kepada aktiviti berkenaan.
“Saya melihat pertandingan dan usaha Berita Harian ini amat menggalakkan dan Perodua akan terus memberi sokongan,” katanya selepas menyampaikan dua kereta Perodua Viva, masing-masing kepada juara Kategori Laut dan Kategori Pantai bagi siri GP Joran 2008 di Balai Berita di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Berita) Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Joran/Projek, Kamal Ahmad.
Pemancing dari Cheneh, Kemaman, Terengganu, Zuraidi Mohamad, 29, menjuarai Kategori Pantai dengan mengutip 105 mata, manakala juara Kategori Laut ialah Husin Awang, 67, dari Lumut, Perak yang mengumpul 117 mata.
Pertandingan anjuran Unit Joran Berita Harian itu memasuki tahun ke-13 bermula dengan acara Pembuka Tirai Joran 2009 pada 1 Januari depan dan diikuti pusingan Pra-GP Joran 2009 di Pantai Puteri, Melaka, pada 1 Mac.
Sementara itu, Anthony Firdauz berkata, skala penganjuran GP Joran pada masa depan akan diperhebatkan lagi dengan membabitkan lebih banyak penaja.
Jom komen!