- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • KADAR TAMBANG BAS, TEKSI DAN KERETAPI NAIK! GST 2015

    image

    Belum cukup dengan kepeningan rakyat untuk menghadapi GST April 2015 ini, SPAD dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tambang bas, teksi dan perkhidmatan awam laim seperti KTM Komuter dan LRT di kawasan bandar. Kenaikan yang sangat banyak itu katanya didorong dengan kenaikan kos melebihi 30% sejak tambang akhir disemak tahun 2009.

    Sudahlah perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia ini antara paling teruk di Asia, dengan kenaikan kos ini, adakah ada sebarang penambahbaikan? Menteri bijak pilihan rakyat.

    Kita lihat beberapa perusahaan sudah pun menaikkan harga barang dan perkhidmatan bagi persediaan GST. Apa yang dicanang di TV tidak menjelaskan GST yang sebenar.

    Berikut berita lanjut dari sinar

    KADAR TAMBANG BAS, TEKSI DAN KERETAPI NAIK! GST 2015

    Tambang teksi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 15 Mei ini. 

     

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang mengumumkan kenaikan itu hari ini berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

     

    Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50. 

     

    Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80. 

     

    Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)