- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Jenis Air Filter Dan Modified Performance Air Filter Serta Perbandingan Open Pod Dan Drop In

    Air Filter yang biasa digunakan adalah jenis Drop In dan Open Pod.

    Air Filter digunakan secara asasnya untuk menapis angin yang akan masuk ke dalam engine melalui throttle body atau carburator. Namun ramai yang mengabaikan kepentingan air filter. Sebenarnya air filter memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kuasa dan menjimatkan penggunaan bahan api atau petrol pada kenderaan anda.

    drop in air filter

    ^ Ini adalah jenis air filter “Drop In” yang paling banyak digunakan kerana mudah untuk dipasang dan kosnya murah. Kenderaan standard selalunya menggunakan airfilter drop in.

    open pod airfilter with heatshield and piping

    ^ Ini pula adalah air filter atau penapis angin kereta jenis “open pod” bersama dengan set heatshield dan piping. Heatshield dan piping perlu dipasang bersama open pod air filter untuk memastikan udara yang panas tidak disedut terus dari enjin dan aliran udara dalam piping lancar. Pemasangannya sudah tentu melibatkan kos yang lebih dan menjanjikan kuasa enjin yang lebih mantap kerana angin terus disedut tanpa halangan yang besar dari luar. Aliran angin yang lebih lancar menyebabkannya lebih membantu enjin lebih respon semasa memandu. Tetapi dari segi penjimatan minyak, kurang dari drop in.

    airfilter piping

    ^ Lokasi pemasangan open pod air filter pada enjin

    airfilter standard

    ^ Gambar atas menunjukkan airfilter standard yang ada pada enjin kereta. Selalunya berbentuk bulat.

    airfilter drop in

    ^Ini pula adalah bekas meletak airfilter standard. Selalunya air filter standard menggunakan penapis angin berasaskan kertas. Ia menghalang aliran angin dan menghadkan kuasa kereta anda.

    Secara ringkasnya,

    Drop In Air Filter:

    Kebaikan : Kurang bunyi, Penampilan biasa, Lebih jimat minyak
    Keburukan : Masih menghalang pergerakan angin, Kuasa yang biasa atau peningkatan sedikit untuk drop in performance air filter

    Open-pod Air filter:

    Kebaikan : Sedutan angin yang lebih baik, Lebih kuasa dan RPM lebih mudah naik
    Keburukan : Menghasilkan bunyi bising, Kemungkinan menyedut udara panas terus dari enjin jika tanpa heatshield dan Cold air intake, Mudah kotor sebab terbuka, Kurang jimat minyak sebab kaki yang gatal asyik nak tekan pedal sampai RPM tinggi. =p

    Jenis Air filter dan Modified Performance Air Filter serta perbandingan Open Pod Dan Drop In

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    10 Responses

    1. john says:

      Untuk kereta Perdana V6 auto, yg mana lebih bagus utk mendapat pick up & kuasa memotong, Drop in atau Open Pod? Kebanyakan kedai yg saya tanya kata, untuk kereta auto, Open Pod Filter akan menyebabkan kurang pick up tetapi top end akan naik. Saya keliru, pasal mengikut pengetahuan saya, semakin mudah & banyak angin yg disedut filter, semakin bertambah Power & Torque. Pada pendapat saya, jika Open Pod dilengkapi dgn Heat Shield yg elok, makin bertambah kuasa & torque tak kira kereta Auto atau manual.

    2. Niemans says:

      The best is to get it dyno tested by the expert. For your ride I think by putting in a performance air filter alone is deemed not sufficient. It only contribute to a very small horse power gain. Might as well do nothing.

      You need to think about the other performance variables such as:
      -Exhaust tuning-when an engine breaths better after you install a performance filter but if nothing is done to the exhaust the engine won’t release its fuller potential-ala constipated!

      Next step is:
      -Adding in a piggy back ECU or ECU reflashing or simple control module like the APEXi SAFC
      -oil cooler
      -Boron Nitrade thermal spray for cooler engine, etc.

      If you want more:
      -add in higher cc fuel injector + high flow fuel raling + bigger flow fuel pump c/w regulator
      -replace the stock throttle body with a bigger mm throttle body for more fuel appetite.
      -recalibrate the ECU and all the additional settings through Dyno runs. END for NA car.

      Finally.. not many of us have the real zeal for extreme modification. In your case; John, after you have add in the performance filter irregardless whether it is drop-in or the cendawan, please take a look also at your exhaust system as this goes hand in hand.

    3. Eder says:

      de sape leh terangkn ckit bende ni….
      (heatshield dan Cold air intake)
      explain ckit….camne bntuknye….
      kne tau nie……

    4. Jay19 says:

      Heatshield
      benda penghadang kat gambar ke 2.. yg menghalang udara panas enjin dari disedut oleh air filter
      Cold air intake
      benda dia diperbuat dari plastik dan bergulung serta ada funnel kat depan dari steel.. ada gak kaler merah,biru dan silver
      funnel tu biasa org letak @ tebuk lubang kat bumper depan (ala yang selalu guna kat honda EK,EJ etc)

      tu yang aku tahu la…

    5. Amier says:

      smekom..

      nk tanyer..
      keta sy skang gna air filter standard jek..
      ingt nk tkr hjung mggu ni..
      tp x tau jnama ape yg molek..
      ley spe2 tlong x?

    6. teksi KL 4g15 says:

      Owh… patut la agak lemm sket.. rupenye heat shield tu penting gak eh..

    7. Epi says:

      Mnggu ni aku nk tkar air filter drop in…skarang aku ngah pening nk ambil k&n ke atau works(simota) atau redline nye…ade x otai2 yg bleh beri pndapat..admin nye pndpt pun xpe…

    8. Budark says:

      Slm tuan…nk tnya air filter dgn cold air intake tu dua brg yg berlainan kerr??klau berlainan blh pasang kedua2nya skali atau harus pilih salah satu jerr??

    9. MRJ says:

      Pkai K&N mmg pick up n top tp seeloknya perlu dcuci stiap 10K jika tidak selalu lalu dlaluan bhabuk.Nk cuci tiap 15K/20K pun xpe atau nk cuci bila trasa brat/kurag pick up pin xpe jnji boleh DIY sndri.Mnyak mmg kuat r sbb angin lbih,kuasa lbih mnyak mstilah lbih.Cuba pkai airfilter bkn dri jnis krtas mknanya pkai airfilter drop in jnis jaring pun msih bkuasa snag djaga juz hrga dlm rm100-160 ikut jnis kreta r biasa utk proton dlm bwah rm130 je pas 2 pkai extractor 4-1,bullet n sflow/street flow. Buat sistem angin n ekzos HP boleh naik dlm 10-15HP

    10. Acap says:

      Slmt mlm bos mau tnya kalau mau tukar air filter standet pg air filter single pod yg bntuk slinder mcm mna ar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)