- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • INGIN MEMBELI KERETA TERPAKAI? BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PEMERIKSAAN YANG PERLU DILAKUKAN -10 PERINGKAT PEMERIKSAAN – INFORMASI DARIPADA PUSPAKOM.

    PUSPAKOM

     

    Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.

    1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

    • Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.
    • Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.
    • Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.

    2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.

    • Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
    • Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
    • Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.
    • Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

    3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.

    • Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.
    • Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.

    Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

    PUSPAKOM HISTORY

    PUSPAKOM’S HISTORY

    10 PERINGKAT PEMERIKSAAN KENDERAAN DI PUSPAKOM

    10 POINT VEHICLE INSPECTION

    Inspection Bay (PUSPAKOM)

    INSPECTION BAY

     

    1.Pengesahan Identiti Kenderaan @ Identification Check

    Pemeriksaan nombor enjin dan casis bagi mengesahkan identiti kenderaan.

    Verifies the engine and chassis number of your vehicle.

    2.Pemeriksaan bahagian atas kenderaan @ Above Carriage Check

    Memeriksa rapi ke atas komponen bahagian atas kenderaan selaras dengan keperluan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Detailed inspection for defects on the upper body in accordance with the Road Transport Act 1987.

    3.Ujian Pengeluaran Asap @ Emission Test

    Ketumpatan dalam pengeluaran asap oleh enjin diesel diukur melalui ujian pecutan bebas, dan jumlah gas-gas seperti HC, CO daripada enjin petrol diperolehi melalui ujian semasa enjin dalam keadaan statik.

    Density of articles in diesel engine emissions are gauged through free acceleration tests and volume of gases e.g HC and CO from petrol engines are gauged through idling test.

    4.Ujian Brek @ Brake Test

    Pelbagai ujian pada brek servis, keseimbangan dinamik, kehausan, dan brek henti bagi mengetahui prestasinya.

    Tests for brake service efficiency, dynamic imbalance, run-out, residual force and parking brake are conducted to ensure optimal braking performance.

    PUSPAKOM 4

    Ujian Suspensi @ Suspension Test

    5.Ujian Suspensi @ Suspension Test

    Menguji prestasi sistem suspensi ( gegelung, penyerap hentak dan penyambungan) pada setiap gandar.

    Checks the effectiveness of the suspension system ( springs, shock absorbers, joints) on each axle.

    6.Ujian Gelincir sisi @ Side-Slip Test

    Menguji tahap penjajaran dinamik gandar dan tayar.

    Lateral movement of the vehicle is tested to fulfil ptimal road handling criteria.

    7.Ujian Meter Laju @ Speedometer

    Memeriksa ketepatan kelajuan pada meter laju berbanding kelajuan pada roda kenderaan.

    Checks the accuracyof the speedometer against the road speed of the wheels.

    PUSPAKOM 2

    Ujian Lampu Puncak @ Headlight Test

    8.Ujian Lampu Puncak @ Headlight Test

    Munguji intensiti ( tahap cahaya) dan projeksi lampu puncak.

    Measures the intensity and projection of the vehicle headlight.

    9.Ujian Bahagian Bawah Kenderaan @ Undercarriage Check.

    Pemeriksaan rapi pelbagai komponen bahagian bawah kenderaan melalui ujian anjakan gandar

    Thorough inspection of the undercarriage with vehicle being tested on the Axle Play Detector.

    10.Cermin Gelap @ Tinted Glass

    Ujian cermin gelap, menentukan tahap ketelusan cahaya pada kenderaan.

    The tinted glass test ascertains the Visible LightTransmission of your vehicle.

    Source: Puspakom

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    43 Responses

    1. Jaafar Abdullah says:

      Setiap kereta terpakai akan melalui ujian di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum boleh mendapat kelulusan pihak bank untuk membuat pinjaman. Adakah kelulusan yang diperolehi dari PUSPAKOM itu boleh dipercayai untuk menentukan kualiti sesebuah kereta terpakai?
      Terima kasih.

    2. busyra says:

      Saya baru di sini dan tak reti sgt pasal kereta, reti bawak je (pompuan, biasalah kan). Nak tanya sesiapa yg tahu kat sini. Kalau sy nak jual keta sy terus kpd org (tak tolak ke kedai used car) macam mana caranya. Sy dah tanya kedai used car dan call bank tanya nilai semasa, beza harganya rm9000. Lebih baik sy jual terus dgn harga yg bank blh bg loan (85% dr harga semasa), sy masih untung berbanding jual kat used car (memang la sebab diorang pun berniaga, nak cr untung). Masalahnya sy tak tahu prosedur (pembeli pun tak tahu)… tanya penjual kereta diorang kata banyak urusan, senang jual kat used car (diorang dpt komisyen jd org tgh kot). so, sesiapa yg tahu blh tolong bg information tak? Tk.

    3. kdi says:

      Encik Jaafar > Ya, sememangnya puspakom satu badan yang boleh dipercayai dalam menentukan kualiti dan keadaan kereta. Cuma yang xbleh percaya adalah owner kenderaan tu yang mungkin melakukan sesuatu yang x sepatutnya seperti cuba merasuah dll. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, buat satu temujanji dan hadir sama untuk lakukan pemeriksaan kenderaan tersebut.

      Encik Busyra > Jika ingin menjual kereta tersebut saya cadangkan cari agen penjual kereta yang mana anda atau rakan anda kenal dan beri sedikit komisyen untuk dia lakukan proses penjualan kereta tersebut tanpa perlu melalui syarikat penjual kereta. Tapi sememangnya leceh untuk buat urusan jual kereta second hand. Sedangkan kereta baru pun leceh juga. Mungkin banyak cara lain yang pembaca kdi bleh cadangkan.

    4. Jaafar Abdullah says:

      Terima kasih atas info yang diberikan..ia satu cadangan yg baik ..tai agak
      sukar nak ke PUSPAKOM bersama dengan penjual kerana kerana penjual tu usecar
      dealer..tapi saya akan cuba..

    5. azameel says:

      encik jaafar, daripada pengalaman saya, ujian tukar milik kenderaan tidak dapat menentukan kualiti kereta tersebut, sebab perkara yg diperiksa hanyalah nombor chassis,nombor engine, keadaan chassis(kereta potong atau tidak) dan tinted. dan perkara2 kecil seperti lampu2 berfungsi dengan baik. kalau nak betul2 check quality kereta boleh request 8 or 10 point check, macam list yang kat atas ni

    6. Jaafar says:

      Terima kasih saya akan minta PUSPAKOM 8 or 10 point chek.

      Satu lagi saya tertarik dgd. HydroFeul mana lebih baik HF or NGV dari segi keberkesanan penjiman kos dan mudah untuk digunakan.? TQ.

    7. ayu says:

      saya nak tanya adakah benar sesebuah kenderaan yang dibeli di proton edar iaitu model wira special edition flat JJG, terdapat garisan 4 penjuru di bumbung kereta persoalannya adakah kereta saya itu kategori “KERETA POTONG”???

      tolong saya untuk jawap soalan saya ini, kini saya ragu2 untuk kederaan saya ini.

    8. azameel says:

      garisan 4 penjuru? x brape faham la, kereta baru kan?
      x kot,kereta potong ni kalo sambung2 keta, mcm dpn kepale lain blakang lain,

    9. Ravelin says:

      Saya dalam ‘proses mencari kereta’ tapi byk prosedur yg tidak saya tahu dlm proses pembelian kereta..
      Ada sesiapa tak yg boleh tlg jelaskan melalui satu contoh ini.

      Ada satu kereta yg dijual RM43K di sebuah website.
      1) Soalan saya apakah bezanya(dari segi harga) jika saya nak bayar secara ansuran selama 5 tahun dgn 7 tahun?
      2) Adakah semakin lama bayar harganya lebih mahal atau@dan lebih RM43K?

    10. busyra says:

      Adus… penat-penat taip internet putus lak.

      En Ravelin, saya ni tak lah tahu sangat dlm bab ni, tp ada la sikit pengalaman dalam urusan jual beli keta terpakai ni. Pas ni ada lah kota kawan-kawan lain bagi idea.
      Saya rasa harga RM43K yang ditawarkan tu hanyalah harga keta semata-mata, tak termasuk insurans, roadtax, transfer fee etc. Harga pastilah akan berbeza jika buat loan 5 tahun ngan 7 thn sebab biasanya interest rate adalah berbeza mengikut tempoh loan. Jika int rate sama pun bayaran bulanannya tetap akan berbeza kerana int.rate x Jumlah pinjaman x brp thn loan dibuat + Jumlah pinjaman bahagi jumlah bulan pinjaman dibayar (5thn = 60 bln, 7 thn=84 bln) dapatlah berapa instalment yg you kena bayar setiap bulan, then boleh kira sendiri la brp perbezaan harga yang you kena bayar jika buat 5 tahun dan jika buat 7 tahun. Secara mudahnya lebih lama tempoh loan, lebih mahal lah kita bayar.

      Lagi satu, int. rate keta terpakai adalah lebih tinggi daripada int. rate keta baru. Dan jika keta tu keta Proton atau Perodua int. rate juga lebih tinggi berbanding keta import spt Toyota, Honda, Nissan (tak patut kan!).

      Sy dlm proses menjual kancil saya (atas nama suami) kpd adik sy. Kami walk -in sendiri ke bank (tanpa melalui ejen used car). Rupa-rupanya banyak perkara yg dimasukkan ke dalam loan tu menjadikan jumlah loannya bertambah lebih dari RM1K dari harga asal yg saya nak jual kat dia tu. Tu blm abis lg, bila loan dah approve nanti, kena bayar cash pulak kos utk transfer fee dan insurans + roadtax ada la labih kurang RM1K. Ingatkan jual keta mudah macam jual limau je, rupa-rupanya banyak benda yg kami tak tahu hehe…

      So En Ravelin, jika anda berminat nak beli keta tu, rajin-rajin lah gi survey int. rate bank utk keta tu (depa akan tanya model keta, thn bila…), carilah bank yang blh bg int. rate yh rendah. Sy sendiri gi tanya 4 buah bank sblm decided utk meneruskan dgn AmIslamic Bank (Ambank – product Islamic).

      Buat anda… selamat beli keta.

    11. Reeve says:

      Hehehe saya baru belajar cara kira interest rate smlm (ketinggalan). Walau apapun terima kasih kpd cik busyra di atas..
      Tapi adakah semua kereta terpakai itu boleh kita apply loan dari bank utk membayarnya?
      Atau bergantung kpd penjualnya? Atau kpd usia kereta itu?

    12. busyra says:

      Biasanya tgk umur keta la, kalau dah uzur sangat keta tu tak tahulah ada ke bank nak bg loan. Brand keta pun kekadang diorang ambil kira gak. Ya lah apa-apa hal karang bank jugak nak kena tanggung kerugiannya. Tapi sekarang ni kita blh ambil insurans mortgage (auto life / auto credit dan seumpamanya) di mana sekiranya peminjam itu meninggal dunia sedangkan keta tak abis bayar lg, maka insurans akan bayar kat bank, so waris mereka dapat keta yg dah tak ada hutang. Ambank wajibkan adik saya ambik Auto Life insurans ni, tp Maybank (loan keta saya) bagi pilihan nak ambik atau tak… Bank lain sy tak tahu lah…

      Buat pengetahuan juga, loan yg bank bagi pun hanya 85%-90% drp nilai pasaran keta tersebut. Katakan nilai semasa keta tu RM43K, bank mungkin blh bg loan sebanyak RM37K sahaja, so yg balance tu kita kena byr kat penjual keta tu by cash la. Kira you bayar downpayment la… Saya lupa nak citer semalam, urusan pi Puspakom, JPJ semuanya saya serahkan kpd runner pihak bank, diorang chargekan dlm kos transfer fee (lebih kurang RM400-450 kot).

    13. ina says:

      nak tanya, kalu beli cash used car, apa prosudernyer?beli atas tangan, dengan khidmat orang tengah. biasa perlu bayar org tgh berapa?

    14. boy says:

      encik azamil,,,,utk ptyaan encik 2,,kete encik bkn lar kete potong,,4garisan yg encik mksd kn 2 adlh besi(tulang) utk mmgang bumbung,,,tulang 2 ada 6,,setiap tulang akan di gam tujjuan nya utk memegang bumbung dr trun kot,,,xjadi masalah memang ada tulang 2

    15. boy says:

      beli cash krg lar komisyen bg org tgah(salesman),,,berapa hrge kereta n perlu byar dt utk proses tkar hakmilik,roadtax n insurans(otr)used car sndr akn ltakkn hrge utk kereta 2,,,klu installment komisyen akn di bayar oleh pihak bank bkn owner,,,

    16. busyra says:

      Ina, org tengah tu penjual keta ke kawan u? Biasanya penjual keta dia akan mintak berapa RM. tp kalau org tgh tu member u, u bagilah berapa yg u rasa nak bagi kat dia… hehe. (Saya anggap u nak beli keta terpakai yang dah tak ada hutang bank ye.) Pasal prosedurnya macam biasa, keta tu kena check Puspakom dulu. Lebih baik u dan penjual keta tu gi bersama, so, u blh tgk apa-apa kecacatan yg dikenalpasti oleh Puspakom. Kos biasanya ditanggung oleh pembeli, kecuali kalau ada persetujuan penjual yg tanggung. Kalau keta tu tak ada masalah, u blh teruskan urusan membeli (bayar duit, akad jual beli, pastikan ada hitam putih – spt resit – dan saksi) then kena gi JPJ lah utk tukar nama pemilik. Ni pun rasanya better gi dua-dua penjual dan pembeli (saya tak pasti, sila rujuk kpd yg pakar). Pasal insurans, jika keta tu u beli cash u boleh ambik insurans third party, lg murah. Tapi kalau apa-apa hal berlaku, u jugak yg kena tanggung, so tengok kpd value keta tu lah. Pasal roadtax pulak, jika sekiranya semasa u beli keta tu roadtaxnya masih ‘hidup’, u blh terus menggunakannya hingga ke tarikh matinya, barulah u gi renew balik.
      Harap dapat membantu.

    17. aMerz says:

      ehm cik busyra mmg expert laaa
      nak tanyer sket nie…
      untuk keta 2nd yg dijual tue
      ambank letak bape int. rate nyer yee?
      terlalu berbeza ngan bank lain2..
      kalau untuk savvy taun 06 agak2 berape int. rate?
      angaran kasar laa
      tolong yee

    18. ieysya says:

      Saya ingin bertanya, saya mempunyai kereta yang telah tamat roadtax lebih kurang setahun yang lalu (roadtax tidak dapat diperbaharui atas sebab sebab tertentu), sekarang saya ingin renew roadtax kereta tersebut. Soalannya, adakah kereta itu perlu dibuat ujian oleh PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum saya renew roadtax ataupun tidak perlu

    19. azameel says:

      kalu x silap saya kalau x sampai setahun takyah buat inspection, tapi kalo dah lebih kena buat, ape2 pon boleh try je dulu buat roadtax tgk sangkut ke x.

    20. iz says:

      Em..betul ckp azameel tu..biase kalau da lebih setahun kne buat pemeriksaan..klu nak try dlu pn ok..

    21. linda says:

      saya ingin membeli kereta di langkawi ( secondhand @ yg baru ) , saya ingin tahu procedure kerajaan malaysia. adakah saya akan kena tax yg berkemungkinan saya akan byr sama harga jugak utk kereta yang di beli di penang

    22. iz says:

      Linda…berdasarkan pengalaman kawan2…diorang ckp…sekiranya ingin membeli kereta di Langkawi..sekurang2nya kereta tu perlu dibeli dan digunakan disana selama 5 tahun…lepas 5 tahun barulah boleh dibawa keluar.. Ada juga yang memberikan pendapat supaya beli kereta yang da dipakai selama 4 thun(2nd hand car) di Langawi..so that xperlu menunggu lama untuk dibawa keluar.. Ada seorang kwn cerita.. salah seorang ahli keluarganya membeli kereta di Langkawi.. tapi dia bagi salah seorang kwn yg tinggal di Langkawi pakai dan guna dahulu..then after 5 years baru dia bwk keluar dari Langkawi..

    23. ridzuan says:

      kawan kawan boleh tolong tak bagi sikit cara cara kira loan tolak kereta lama dapat sikit lepas tu loan baru kata 36200 loan bayar 108 bulan interes 2.98%bulanan nya berapa

    24. kdi says:

      (TOTAL HARGA – HARGA KERETA LAMA NAK TOLAK) darab 1.2682 bahagi 108

      1.2682 tu total loan yang kita kena bayar termasuk interest 2.98 x 9tahun

      kalo RM36200, bulan2 bayar = RM45908.84 bahagi 108 bulan = RM425.08 sebulan

    25. farah says:

      gaji saya dalam 1400, lps bt pl, tggal dalam 800, kalu sy nk bl kete dalam 30k, rase2 loan lps x?
      keje kerajaan. kalu ade sape2 yang blh tlg..bantula sy…

    26. real says:

      parah kau farah….sabarler dulu jangan beli sekrang…banyak benda kena pikir…minyak dh nk naik….kalau beli yg second aku rasa blehler….

    27. mat says:

      saya nak tahu klu gaji dlm 1800-2000 berapa maksimun loan bank blh bagi utk beli kereta

    28. bob says:

      Farah !
      yg penting sekarang basic gaji berapa ?
      Kalu keje kerajaan sgt senang nak dapat loan bank, tapi bank nak tengok basic saja, tanpa elaun berapa. kalau basic rm1000 sebulan ,boleh dianggarkan dpt loan dalam 20k kebawah. biasa nye bank akan lihat majikan kita seperti kerajaan, swasta yg korporat ternama dan sederhana. Jawatan mesti tetap bkn kontrak.
      ciri2 yg diatas ada besar peluang utk dpt loan, kalu tak kene pakai gurantor lah.

    29. Liquid says:

      kongsi2 hasil dari my survey….kita kira dulu berapa bulanan bayar kete…..contoh kalau untuk bayar bulanan rm600…so kita kena darabkan dengan 3, maknanya sebulan gaji bersih kita yang ada kat slip gaji mesti tk kurang dari rm1800(tiga kali ganda dari byaran bulanan kete…untuk anggaran layak pinjam berapa kena kira cam biasaler….ikut interest semasa dan berapa lama kita nk buat hutang

    30. Amar says:

      sya nak tnya kalu kite mule2 deal dah nak mbik kete sekian2..
      then dah letak deposit rm200
      esok sy pk tak jadi pulak nak cancel
      leh tak kite beritahu dealer tu
      at same time loan approve pas sy beritahu nak cancel.
      kene ape2 tak keatas saya??
      mohon bantuan

    31. kdi says:

      amar,
      biasanya x kena ape2.. kalo deposit tu dah letak lepas tu cancel, kemungkinan besar deposit tu x dapatlah balik biasanya. Tapi kalo deal elok2 maybe bleh dapat tapi jarang ar.. deposit selalu hangus dah nama pon deposit. terutama kalo die cakap non refundable deposit. kalo betul2 nak cancel, cancel je.. takde pape akan jadi.

    32. dne says:

      Salam,
      Nak tanya sket, saya bercadang nak beli Suzuki Vitara tahun 87 (buat gi kebun je) rega dalam RM20k. Agak2 ada lagi ker bank yg nak bagi loan utk kereta2 lama camni? Sbb tgk kat website “senang”dotcom tu… rega mmg dlm range tu laa… pasal proceudre beli atas tgn dah byk dapat info dari website ni. Sape yg ader pengalaman pkai Suzuki Vitara leh comment tak .. worth it tak klu angkat? TQ!

    33. dne says:

      ehhh Suzuki Vitara 1.6 tahun 1997…. silap info laa plakss…

    34. zailan says:

      Saya dah beli kereta kancil 2hand dari used car. Selepas pinjaman lulus dia minta bayaran lebih kurang RM1400 untuk semua urusan. Saya nak tahu apa bayaran yang sepatutnya dan berepa harganya untuk saya ambil kiereta tu.

    35. halimaja says:

      T.Kasih atas keterangan yang diberikan.

    36. B@bah says:

      OK

    37. rony says:

      saya pembeli.. sekarang saya kena bawak kerata tersebut ke puspakom.. dokumen apa yg perlu saya bawak ke puspakom coz owner x nak pergi sendiri ke puspakom..

    38. Kereta WAJA Auto Tahun 2000 telah diperiksa oleh beberapa bengkel kereta untuk mengetahui masalah engine `dragged’ seperti kehabisan clutch. Engine saya dikatakan ok. Ada yang mengatakan masalah `bearing tayar hadapan’. Yang mana satukah yang betul atau kereta ada masalah `gear box.’ Pohon mendapat pandangan tuan.

      T. Kasih

      Roslee Annuar

    39. redzwan says:

      nak tanya harga kereta unser sekarang kalau nak jual. kedai amik braper/
      ada untung tak kalaku nak tukar beli denggan estima 2.4/3.0?

    40. mohd azrul says:

      Nak tanya… macam mana proses ngan bank.. beli kereta dari tangan orang ?? mcm mana stepnya?? berapa lama? apa yg diperlukan…??

      terima kasih…

    41. comment says:

      Zailan
      Mintalah tukang jual kereta tu detailkan apa benda dari RM1400 tu. Tapi kalau beli kereta 2nd tu mungkin utk byran insurans, tukar hak milik, runner htr PUSPAKOM etc. Biasanya harga kereta 2nd bukan harga on the road.

    42. ekin says:

      ok ke bli kereta lelong dari kdai kereta…??
      n 1 g kereta tu da siap puspakom mcm aner ya..??
      yg sy tahu klu ada owg nk bli bru g puspakom knnn

    43. dimanakah terletaknya no injin bagi kereta Toyota wish

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)