- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Hydrofuel Teknologi Penjimatan Minyak Terkini Menggunakan Air Sebagai Bahan Api Kereta

     

    water fuel car

     

    Hydrofuel Teknologi Penjimatan Minyak Terkini Menggunakan Air Sebagai Bahan Api Kereta

    HYDROGEN Fuel Industries Malaysia Sdn Bhd (HFI) membawa teknologi baru ke malaysia dan menjadi pengasas secara tidak langsung kepada perniagaan berasaskan air sebagai bahan api.

    Berdasarkan kepada post KDI sebelum ini mengenai kebenaran fakta mengenai teknologi bahan api kereta dengan menggunakan air akhirnya terjawab dengan kehadiran sebuah syarikat ini yang memulakan perniagaan komersil sistem tersebut dengan caj sebanyak RM1000 lebih untuk satu sistem yang mampu menjimatkan 29% penggunaan petrol.

    Klik sini untuk melihat maklumat menarik “can we use water to power our car?”

    hydrofuel

    29% adalah lebih sedikit dari nilai yang pernah kita lihat dari laman web yang menawarkan teknologi ini di internet iaitu 40% fuel efficient. Melihat kepada laman web yang masih lagi belum update, adalah sedikit mengecewakan bagi rakyat malaysia yang ingin tahu lebih lanjut apabila melawat laman web syarikat tersebut.

    Namun, kehadiran teknologi ini amat dialu-alukan untuk membantu rakyat malaysia menjimatkan petrol dengan kos yang lebih rendah berbanding pemasangan NGV di Malaysia

    Sedutan dari akhbar harian metro mengenai “hydrofuel” :

    Produk yang dikenali sebagai Hydrofuel itu dihasilkan selepas kajian awal dilakukan syarikat selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

    Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.

    “Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama-sama petrol ketika melalui injektor kereta.
     

    “Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan produk Hydrofuel dan MySmart Fuel Saver di Banting, Selangor, baru-baru ini.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    8 Responses

    1. muazam says:

      Asm

      saya amay tertark dgn produk ini n mcm nak dapat!!! setakat ini cuma teori cuma realiti masih x wujud!! agak2 bila leh dapat produk ini. tq

    2. kami sangat berminat akan teknologi ini. jadi kami berminat untuk mengusahakan dan membuat pemasangan ditempat kami. kami juga berminat akan teknologi ini boleh membuat satu perniagaan yang baik di kawasan kami iaitu di johor dan melaka. kami juga boleh membuat kerjasama atau perniagaan berangkai sekiranya diterima. pihak kami amat tertarik dan mempunyai semangat yang baik dan tinggi untuk menjayakan agar ekonomi melayu dapat dipertingkatkan.
      SAYA; ABU BAKAR BIN KUSIN
      NO11, GERAI BUMIPUTRA, BUS STAND TANGKAK, 84900 LEDANG JOHOR.

    3. atan says:

      saya pun skang ada jual hydrofuel kit nehh..
      member dah 4 tahun RnD menatang ni n skang dia dah mula hasilkan produk
      utk sesape yg berminat nak pasang bleh laa cont aku terus.
      lokasi cheras/kajang
      harga rm350 cod…kalo pos tambah lg rm15.
      kalo siap pasang aku amik rm400
      atan 012-6055475
      cuba cari dalam zerotohundred.com atau mudah.com
      taip jer ” hydrofuel kit”

    4. zaha says:

      kawan pun ada tengok orang pasang benda nih.kenape simple sangat dia pasang.ada satu botol air, hose plastik satu valve,2 filter terus dia sambung kat air intake.ada satu hose lagi dia sambung kat karburator.macam tak konfiden la,tapi yang owner keta kata memang ada jimat.kos cuma rm300.kawan mintak penerangan lebih lanjut la kepada sape2 yang arif.

    5. B@bah says:

      Oooo……………….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)