Beberapa kenalan yang pernah singgah di kedai papan, jalan kapar di klang (yang dikatakan famous menjual sport rim murah) memberi maklum balas negatif mengenai harga sport rim di Klang yang semakin mahal.
Mungkin kerana sudah makin famous dan ramai yang terbaca review2 lama di laman web, pengusaha kedai papan dan kedai sport rim klang tidak lagi mahu bersaing dengan harga murah.
Kedai papan meletakkan harga tetap yang agak mahal berbanding kedai sport rim lain seperti di Rawang dan juga terbaru kedai rim di Ampang.
Kdi sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kedai papan jalan kapar klang ini dan mendapati harga agak mahal berbanding tempat lain, walaupun berbanding kedai sport rim biasa yang terdapat di luar kawasan selangor.
Kebanyakan kenalan yang pernah menukar sport rim dan tayar di kedao tersebut mengatakan harga trade in sport rim dan tayar asal sangat rendah. Sekaligus menyebabkan nilai yang perlu ditambah untuk sport rim baru mahal. Tidak termasuk beberapa barang yang perlu ditambah semasa membeli sport rim.
Jadi, bagi sesiapa yang ingin melawat kedai papan dari luar kawasan selangor, mungkin tidak berbaloi bagi anda datang dari jauh sedangkan harganya tidaklah murah seperti dahulu dan harganya tidak jauh dari harga pasaran semasa.
Apa pandangan anda?
HARGA SPORT RIM KEDAI PAPAN KLANG JALAN KAPAR TAK MURAH LAGI?
Saya sangat bersetuju dengan penilaian tuan, pengalaman saya juga sama…
1. Mereka ni pilih brand kereta – layan kereta mewah/mahal “kaw-kaw”, tapi kurang “peduli” dgn kereta lama/kereta biasa
2. Harga dah mahal dan tidak “value for money” macam tahun2 lepas.
Saya suka/pilih kedai2 di Rawang!!!
Sy stuju..kedai dlm gambar tu dah tak murah macam dulu2..rege rim,tayar n trade in value cam hampeh dah..tak berbaloi..
Btl tu..pernah pegi kedai ni, dlm stengah jam brdiri xde yg dtg lyn pn..bila dipanggil diaorg pandang je pastu buat xtahu..mentang2 keta kita murah…btl2 rasa terhina…last2 pegi kedai tayar yg lain..masuk parking jer trus dtg pekerja brtanya..siap blh tawar menawar lg…kdg2 kita bkn nk lyanan istimewa pn tp biarlah brpatutan
Assalamualaikum .. saya ada terbaca blog ni yang mengatakan satu kedai di rawang, menjual sportrim murah dan high trade in rim oem..
nama kedai sportrim nya ialah Pusat Servis Tayar V-Care Tyre & Auto Service Rawang
saya tidak pernah pergi namun, jika team KDI berhasrat mengintai-intai ke kedai tu, boleh up post. Dalam akhir tahun bercadang nak menukar rim.
Tq team KDI
Huhh..mmg pon aritu pegi nak crik rim 18 kene masuk bilik pameran cermin n xdlayan nyer pon hampeh..rege makkkk datuk mahey ya amat..nyesey pegi
I mau tnya tayar utk rim 17/55 berapa erk…klaw ok mau tukar 4 satu kali…
Apa nama kedai s/rim kt ampang tu..nak survey2
Nak murah sblah kdai papan tu..de kdai kecik satu pintu..yg tu mng lagi murah..kdai papan dh jd batu kot..sbb tu mahal
Aku baru pergi kedai td. Layanan mcm sampah. Bila tnya harga tayar. Bkn main berlagak lg budak cina muda tu. Ad ke patut harga tayar bwk balik ngn harga pasang siap dia kata kurang rm 2- rm 5 je. Dia nk bodohkan pembeli. Agak2 lah. Trend jualan kat situ. Anda bwk msk keta. Ckp tukar tyr, dia tukar. Anda byr. Kalo tnya harga skit. Diorg takkan pandang.
Kedai ni da x mcm dlu. myb sbb da ade ‘nama’ tu yg blagak.. diorng layan klau org nk tkar sportrim / tyr baru. klau stakat biase2 je mmg hampeh nk lyn..
Nak tanya, kalu nak tukar tayar silverstone untuk saiz 14 bagi myvi..di mana rasanya kedai yang terbaik dan murah. Budjet kecik je.
Khadeq, jgn ambil tayar brand murah. Selalu cepat rosak n last2 kena ganti lagi rugi. Ambil yg elok sket
saya sokong sebab tayar brake dan berkaitan pemanduan adalah aspek yang utama maksudnya utamakan keselamatan kecuaian faktor manusia atau kurang kecekapan tetapi pastikan barangan bermutu dan selamat.
Salam., ade pape review utk kedai kat ampang?? Kat mane kedai tu?
Assalamualaikum…hari ni baru lepas tukar tayar utk viva wife aku di kedai area Rawang. Aku survey hampir semua kedai2 kat situ..dah lama tak singgah sana. Harga tayar lebih kurang sama je antara kedai2. Beza nya ade kedai yg trade in tayar lama ada yg x ambik. Mungkin sebab tayar aku tayar murah std keluar kilang viva.
Survey punya survey ada la 1 kedai ni yg buat aku rasa kurang senang. Kedai sign board YOKOHAMA agak masuk ke dalam bdr rawang skit. Aku tanya brand2 tayar yg dia ada. Mmg cara jawab mcm nak x nak je. Mcm aku x ada duit nak bayar…mentangla bwk keta murah. Akhir sekali aku tanya yoko blue earth berapa. Dia jawab rm150 tapi tahun 2014 dlm bulan 9. Aku dah macam bersetuju. Aku tanya pula trade in berapa kalau ok i nak beli. Dia jawap kene tgk tayar. Aku tunjuk kereta di depan kedai cuma aku park di bahu jalan sebelah sana cuma perlu jalan beberapa langkah saja. Dia jawap bawak masuk kereta dlm kedai. Aku cakap lahai kereta depan tu je.
Dia jawap saya banyak kerja la…walauwee aku kan pelanggan. Kalau x nak pelanggan beli x pela aku boleh cari kedai lain.. dengan rase x heran aku jawap x pela u banyak kerja i bukan x de duit mau beli dekat kedai lain..last2 aku pergi 1 kedai yg sambut aku dari mula buka pintu kereta. Harga pun lebih kurang je. Aku beli good year duraplus 165/55R14 dengan harga rm600 4 biji termasuk alignment n balancing + free 4 valve (harga lepas trade in tayar lama). Tu pun sebab semua tayar yoko, conti tahun dibuat 2014.
Tak kesah la mahal sikit janji layanan ok tak perlu menunggu lama dan bersopan tau nak jaga hati pelanggan..
Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website http://mytayar.com
Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.
Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.
Kedai ni mostly sport rim yg dijual bkn grade spt thailand tp china sbb tu boleh jual murah tp x la murah bebeno…dulu ye la kot murah sbb nak dikenali dan viral skrg biasa2 je.