Disini kami ingin berkongsi artikel yang bertajuk ‘Mampu Tanggung Kos’ yang dipetik dari metro.
PENGUSAHA stesen minyak tempatan yang mengalami prestasi tidak menentu dari segi pendapatan berikutan ketidakstabilan harga minyak dunia serta penurunan harga runcit tempatan tahun lalu, dijangka mampu menarik nafas lega pada 2009 kerana harga minyak diunjur berada pada kadar lebih stabil sehingga pertengahan tahun.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Osman, berkata pihaknya positif harga minyak akan lebih stabil sehingga suku pertama 2009 dan seterusnya meningkat menjelang pertengahan tahun.
Katanya, unjuran itu berdasarkan kenaikan harga minyak sejak dua minggu lalu, selepas harga komoditi itu mencatat kejatuhan paling teruk di bawah AS$33 sebelum ini, berikutan kemelesetan beberapa ekonomi global.
“Kejatuhan harga minyak dunia mendorong kerajaan menurunkan harganya di pasaran tempatan. Walaupun kami (pengusaha minyak) akan rugi sedikit, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal atau dalam kata lain, masih mampu menampung kos.
Sumber:metro
Jom komen!