- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • HAK ANDA KETIKA BERHADAPAN DENGAN POLIS

    We would like to share the “red book” content in Bahasa Malaysia prepared by Malaysian Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) which states all the proper action when you are dealing with the police for any issue or when any policeman stop you anywhere.

     

    HAK ANDA KETIKA BERHADAPAN DENGAN POLIS

     POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA
     
    1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

    1.1Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam

     Tanya beliau mengenai kad kuasabeliau

    1.2 Kad Kuasa Polis

    Warna Merah: Anggotapolis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai

    apa-apa  kuasa  untuk  berbuat  apa-apa.   Anda  tidak  perlu mengendahkan beliau.

     Warna-warna lain:

    • Warna Biru:  Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
    • Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor
    • Warna Putih:  Polis Simpanan

    Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

     
     
    1.3 Di dalam Pakaian Seragam

    Ambil perhatian nama dan nomboranggota polis pada pakaian seragamnya.

    1.4 Kenderaan Polis

    Ambil  perhatian  tentang  nombor  pendaftaran  pada  kereta  peronda,  motosikal  atau

    kenderaan polis tersebut.

    2. APABILA DISOAL OLEH POLIS

    2.1 Pengenalan Anda

     Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

    2.2 Seandainya ditanya soalan-soalan lain

    Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan?”

    2.3 Bilakah anda ditahan

    Anda ditahan apabila anggota polis itu

    • menjawab “ya” pada soalan di atas
    • beliau  tidak  membenarkan  anda  meninggalkan  tempat tersebut  atau  ingin membawa anda ke balai polis
    • apabila anda digari
     

    Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

    2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
    Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda(Kenyataan saksi/112).

    3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN

    3.1 Kenyataan saksi/112

    Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda  mempunyai  maklumat/pengetahuan  mengenai  kes  tersebut,  pihak  Polis  boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

    3.2 Permintaan rasmi/tidak rasmi

    Selalunya,  pihak  polis  membuat  permintaan  tidak  rasmi  untuk  anda  memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama.

    Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian.

    Sekiranya anda enggan bekerjasamasama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis) untuk meminta anda bekerjasama.

    3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112

    Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan.

    Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
     
    •  Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
    •  Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
    •  Pastikan anda memahami setiap soalan yangditanya.
    •  Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
    •  Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
    •  Simpan notaperibadi untuk rujukan di masa hadapan.
     

    3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda

    Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

    •  Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peribadi anda.
    •  Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda
    sebelum menandatanganinya.
    •  Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.
     

    Sekiranya anda gagal mematuhinya, anda tidak bole h ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polisboleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.

    4. PENAHANAN OLEH POLIS

    4.1 Apabila ditahan tanya, “mengapa saya ditahan ?”

    Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

    4.2 Jangan melawan

    Anggotapolis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya

    anda melawan.

    4.3 Tanya – “Ke balai mana encik hendak membawa saya ?”

    Anggotapolis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tidak ke tempat lain.

    4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.

    Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon.

    Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau PusatBantuan Guaman.

     Maklumkan mereka:-

    • Anda telah ditangkap.
    • Masa,tempat dan sebab-sebab tangkapan .
    • Pengenalan anggota polis yang menangkap.
    • Balai polis kepada mana anda dibawa.

    4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?

     
    Andaboleh ditahan sehingga 24 jam:

    • Di balai polis atau

    • Di lokap balaipolis

    dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

    5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN

    5.1 Hak untuk menghubungi Peguam

     
    Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

    5.2Pakaian

    Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

    5.3 Barangan Persendirian

    Anggota polis hendaklah  merekodkan  segala barangan  persendirian  anda di dalam penjagaan yang selamat.

    Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

    5.4 Kebajikan

    Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari.

    Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera.

    Anda hendaklah diberikan makanan,minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

    5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda

    Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan.

    Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin.

    Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam,Polis mesti membawa anda kehadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.

     
     

    6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

     
    6.1 Siapakah Majistret

    Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.

    6.2 Tujuan Perintah Reman

    Ia  adalah  bertujuan  untuk  memberikan  lebih  banyak  masa  kepada  Polis untuk menyelesaikan siasatan  mereka dan  memutuskan  samada terdapat  keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda.

    Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

    6.3 Jangka hayat Perintah Reman

     Apabila  anda  dibawa ke  hadapan  Majistret  untuk Perintah  Reman,  Polis  mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yangdiberikan Polis.

     Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.

     Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:

    • untuk tidak membenarkan Perintah Reman; atau,

    • untuk membuat Perintah Reman untuk suatu jangkamasa yanglebih pendek dari yang dipohon Polis.
     

    Polis  boleh  membuat  lebih  daripada  satu  permohonan  untuk  Perintah  Reman.

    Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesemuanya.

    6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambilsekiranya anda dihadapkan ke

     Majistret

    Maklumkan kepada Majistret bahawa:

    •  anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
    •  anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera.
    •  anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
    •  anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
    •  samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
     
    6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat

    Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.

    Beri alasan-alasan (sebagai contoh:“saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan”, “saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya” dan sebagainya).

    7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

    7.1 Bilakah ia boleh dilakukan

    Sekiranya anda berada ditempat (sebagaicontoh:karaoke / kelab)di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh:dadah berbahaya),polis berhak  untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda.
     
    Ia hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Inspektor.

     
     
    7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
     
     
    •  Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.

    •  Kosongkan saku / beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat mengawasi barangan anda.

     
    •  Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh “purse”, “kunci”, “kad pengenalan” dan sebagainya.

     
    •  Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku / beg tersebut.

    7.3 Hak-hak anda

    •  Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka oleh pegawai polis wanita sahaja.
    •  Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).
    •  Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
     

    8. PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

    8.1 Bilakah polis boleh melakukannya

    •  Polis  mempunyai  kuasa  untuk melakukan  pemeriksaan  badan  bagi  objek  yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
    •  Pemeriksaan  badan harus  dilakukan di dalam kawasan  yang  terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksadi kawasan yang terlindung.

    8.2Pemeriksaan badan secara bogel

    Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan.

    Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:

     
    •  Bantah.
    •  Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
    •  Buat laporan selepas kejadian tersebut.
     

    9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

    9.1 Kenal pasti pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

    Pastikan nama / pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

    9.2 Hak memilih untuk berdiam diri

    Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda,kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

    9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda
    Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda.Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).

    Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri.

    Sekiranya  anda  memilih  untuk  berdiam  diri,  katakan:  “Saya  akan  menjawab  di Mahkamah”.

    9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113

    Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:

     
    •  bertenang dan berdiam diri;

    •  polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau memaksa anda membuat kenyataan bertulis.

    Sekiranya anda telah diugut, dipukul atau pun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.

    9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113

     Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas.

    Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis.

    Kenyataan  113  anda  boleh digunakan  sebagai  keterangan  terhadap  anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:

    •  anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,

     
    •  anda  telah  mengakui/membuat  pengakuan  mengenai  sebarang  fakta  yang  boleh
    menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)