- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • DOWNGRADED REDUCED ENGINE POWER LIMP MODE NO RESPONSE – TANDA MASS AIR FLOW MAF SENSOR ROSAK

    image

    MAF SENSOR merupakan komponen yang amat penting dalam sistem air intake enjin kereta. Sekiranya kereta anda mengalami kekurangan power yang mendadak, engine check light indicator kuning menyala pada meter atau enjin tidak memberi respon yang sepatutnya, kemungkinan besar MAF sensor pada enjin anda rosak.

    Ada 2 cara untuk ketahui sama ada MAF sensor enjin kereta anda benar2 rosak iaitu dengan menanggalkannya dan membuat bacaan nilai arus elektrik pada connector sensor tersebut. Jika kereta anda kembali mempungai kuasa sepatutnya selepas maf sensor ditanggalkan, benarlah maf sensor tersebut rosak.

    Untuk lebih memastikan yang sensor tersebut rosak, anda perlu membuat ujian pada pin connector sensor tersebut dan pastikan nilainya berubah seperti dalam limit sepatutnya. Selain itu, jika engine check light menyala dan ia mengeluarkan kod obd p0101 dan sebagainya yang berkaitan maf, ia menunjukkan yang sensor perlu dibaiki atau ditukar.

    Apa perlu dilakukan jika MAF sensor rosak?

    1) bersihkan sensor dengan menggunakam maf sensor cleaner spray yang boleh dibeli dalam harga rm50 sebotol di kedai hardware.

    2) start enjin dan cuba keadaan enjin selepas pembersihan maf sensor.

    3) Jika berlaku lagi masalah power, asap banyak dan engine light menyala, hantar ke bengkel untuk diagnosis connector sensor tersebut.

    4) Tukar baru jika ia benar2 rosak. Harga maf sensor bergantung kepada brand dan berada di dalam jarak harga RM300 ke RM700.

    DOWNGRADED REDUCED ENGINE POWER LIMP MODE NO RESPONSE – TANDA MASS AIR FLOW MAF SENSOR ROSAK

    image

    Lokasi maf sensor selepas air filter box.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    1 Response

    1. Azizi says:

      Salam sejahtera, mohon pertanyaan. Saya menggunakan enjin Kelisa 1.0 Auto pada kereta kancil 850M. Tetapi penggunaan minyak terlalu tinggi. full tank 22L boleh capai hanya 180KM sahaja. Enjin masih senyap, tidak mengeluarkan asap atau tanda check engine menyala. Apakah punca tersebut berkaitan dengan Sensor MAF seperti yang dimaksudkan?.. adakah ia memberi kesan dengan penggunaan petrol menjadi RICH?. Bolehkah saya membersihkan sensor tersebut menggunakan karburator + TB cleaner?. Harap mendapat kepastian dan jawapan. Sebab utama saya menukar enjin tersebut untuk lebih jimat atau sama penggunaan minyak dengan enjin asal 850. Tetapi fuel consumption lebih tinggi berganda dari sepatutnya. Mohon pencerahan dari pihak saudara. Sekian.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)