Kisah burung unta atau ostrich menyebabkan SIC memuat naik gambar yang membuatkan ramai peminat permotoran mengecam caj penggunaan litar Sepang yang sangat tinggi. Dalam imej burung ostrich yang sedang berlumba di litar itu, mereka selitkan mesej supaya rakyat Malaysia berlumbar di litar yang sebenar
Walaupun mesej itu dilihat bagus, namun netizen berasa ianya satu tindakan hipokrit kerana pada masa yang sama, SIC seperti tidak menggalakkan penggunaan litar apabila mengenakan caj yang sangat mahal untuk menggunakan litar untuk perlumbaan atau Free run.
SIC perlu merujuk semula caj yang dikenakan untuk benar-benar menggalakkan peminat dunia permotoran menggunakan litar untuk berlumba, bukan menggunakan lebuhraya untuk tujuan itu.
Berikut antara screen shot komen sindiran oleh netizen terhadap status SIC baru-baru ini.
Memang tak hairan kalau mat rempit masih race kt jalan raya.. hmmm
betul la. perlu kurangkan harga sikit. baru la orang tak merempit sangat dekat jalan raya. tapi tu la, dah murah nanti, kualiti jalan pulak jadi teruk. ye dak?