Tepat jam 12 tgh hari Jumaat di Sepang tadi kdi melihat sebuah lori yang dipandu dengan laju melebihi had yang dipaparkan di belakang lori tersebut. Yang paling menjengkelkan, asap yang dihasilkan oleh lori tersebut menyebabkan pemandangan pemandu kereta di belakang sangat terganggu.
Apabila diekori dari belakang, kdi mendapati lori bernombor pendaftaran BHG 8118 ini memandu pada kelajuan lebih 100km/jam pada jalan biasa di Sepang.
Ini sangat membahayakan dan pihak berwajib harus mengambil tindakan terhadap pemandu lori dan pemilik lori seperti ini.
BAGAIMANA LORI YANG MENGELUARKAN ASAP SANGAT BANYAK BOLEH LEPAS DARI PEMERIKSAAN DAN BERADA DI JALANRAYA? KENAPA TIADA TINDAKAN DIAMBIL PADA LORI YANG MEMANDU LEBIH DARI HAD LAJU DIPAPAR? PUSPAKOM DAN SPAD ADA JAWAPAN?
Jom komen!