- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • 9 TIPS ELAK KEMALANGAN UNTUK PEMANDU DI JALANRAYA

    image

    9 TIPS ELAK KEMALANGAN UNTUK PEMANDU

    Sempena musim perayaan ini, kdi ingin berkongsi beberapa tips mengelakkan kemalangan. Diharap tahun ini ramai yang dapat beraya dengan gembira dan selamat pulang ke destinasi.

    Tips kemalangan ringkas untuk pemandu kereta dan kenderaan lain :

    + Periksa kenderaan anda terutama minyak enjin, minyak brek, minyak power steering, cecair coolant, brake pad, dan tayar semua dalam keadaan baik.

    + Bawa bersama segala keperluan dalam perjalanan contohnya minuman bertenaga seperti kopi atau coke dan juga gula-gula untuk elakkan anda dari mengantuk.

    + Bawa cd lagu kegemaran anda dan digalakkan mendengar radio semasa dalam perjalanan.

    +Pastikan pemandu dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar terutama kanak-kanak untuk mengelakkan gangguan pergerakan mereka.

    + Amat digalakkan travel pada waktu pagi atau sebelum subuh untuk elakkan kesesakan dan badan lebih segar pada waktu sejuk

    + Jangan mengambil makanan terlalu berat sehingga menyebabkan mengantuk.

    + Berhenti setelah 2 jam memandu atau bila-bila masa anda mula mengantuk. Jangan cuba tahan mengantuk. Ambil sedikit masa rehat dan tidur sebentar.

    + Pastikan anda memandu dalam keadaan berhati hati dan mengikut undang2 jalan raya. Sikap terburu-buru dan sambil lewa menjadi punca kemalangan di musim kesesakan perayaan ini.

    + Akhir sekali, bacalah doa menaiki kenderaan dan semoga selamat sampai ke destinasi.

    Sila kongsi tips tambahan anda di ruangan komen. =)

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)