- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • VOC VEHICLE OWNERSHIP CERT SIJIL PEMILIKAN KENDERAAN JPJ GANTI GERAN KERETA

    image

    JPJ memperkenal sijil baru bagi memggantikan geran kereta berkuatkuasa hari ini bagi mengelakkan isu kereta klon. VOC atau vehicle ownership registration ini boleh dimiliki dan disimpan oleh pemilik kereta dan perlu dikeluarkan untuk pengesahan pemilik dan kereta.

    Info lanjut di bawah:
    1 June 2016

    PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula hari ini.

    Jabatan itu, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pengenalan VOC masih lagi suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

    “Namun, dalam usaha untuk memudahkan urus niaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik atau Pindaan Maklumat. “VOC tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pangkalan data JPJ,” katanya. Katanya, JPJ menyasarkan menjelang 1 Januari 2020, semua pemilik kenderaan berdaftar akan selesai melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.

    Dengan pelaksanaan VOC itu, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi dalam talian akan diperluaskan lagi dan laksana dengan mudah lagi pantas..

    kreditinforoadblock

    image

    image

    Berita lanjut mengenai VOC, geran kereta, roadtax dan pembaharuan cukai jalan :

    Mulai harini 1 jun 2016. Jpj tidak lagi mengeluarkan geran atau geran salinan yg hilang kerana pada hari ini telah mula kuatkuasa penggunaan voc ( vehicle ownership certificate) di mana dgn pengunaan voc ini, Tiada lagi cetakan blkg geran selepas renew roadtax di jpj.

    Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke jpj berdekatan utk membeli maklumat kenderaan (rm20) tuan/puan sendiri (tak bole wakil). Dan panjangkan kpd pihak insuran 1 salinan utk renew insurans atau claim insurans.

    Untuk makluman juga, pd 1 sept 2016 nanti, jpj akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara total di mana owner/ wakil yg hadir utk renew perlu thumb sebagai liabiliti yg bertanggungjawab  merenew roadtax sesuatu kenderaan bg tujuan keselamatan dan mengelakkan berleluasa penggunaan kenderaan klon. Dan pada 1 jan 2017 nnt, jpj akan war2 kan pertukaran geran lama kepada voc secara sukarela di mana2 jpj.  Sekian utk makluman dan info.

    Sebarang perbincangan atau pertanyaan boleh disuarakan di ruangan komen.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    6 Responses

    1. Rizal says:

      nak tanya. boleh ke dpt voc tu kalau kereta masih ada bayaran dgn pihak bank

    2. iashah bt ramli says:

      perlu ke pemilik kenderaan membawa geran asal atau fotokopi untuk mendapatkan voc

    3. Sheina says:

      any chargers and what documents need to attach if for company car

    4. Syakirin says:

      Berapa lame proses voc nii

    5. Syakirin says:

      Berape lama proses untuk voc nii.mohon pencerahan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)