- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • TUN DR MAHATHIR RETURNS TO PROTON AFTER FOUR AND A HALF YEARS

    tun-dr-mahathir

    Tun Dr Mahathir made a return to the Proton manufacturing plant.Read the full news from Bernama below.

    TUN MAHATHIR RETURNS TO PROTON AFTER FOUR AND A HALF YEARS.


    Proton founder
    and adviser Tun Dr Mahathir Mohamad on Thursday made a return to the country’s first car manufacturing plant after four and a half years.

    The former Prime Minister said he was happy to be back as the plant brought him nostalgia at a time when Proton was just starting out.

    “I am happy to be back at the plant which manufactured the country’s first Proton car in 1985. It has been 27 years since then, not many businesses can remain that long,” he said at a break of fast with Proton staff here Thursday.

    Tun Mahathir said the government established Proton as it had confidence in the country’s ability although certain quarters were sceptical while some made fun of it.

    “I can still recall a comic sketch of the Proton car with a bullock cart roof. However, when the first car was unveiled and I drove it, many people gave it the thumbs up.”

    He said Proton’s pre-tax profit of RM64 million for first quarter of 2009 showed that it was capable of competing in the local and international markets.

    Proton would also contribute towards making Malaysia achieve developed nation status by 2020.

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    30 Responses

    1. apa2 ajer says:

      konpemla return to Proton.. najb anak murid che det kan da naik pangkat ganti pak lah sbg Pi Em 1 Malaysia..

      nak ulas sikit ” I am happy to be back at the plant which manufactured the country’s first Proton car in 1985. It has been 27 years since then, not many businesses can remain that long,”

      ya saya bangga Malaysia jd pengeluar kereta tapi saya terkilan
      1) dasar meng anak susukan Proton selama 24 tahun.. maksudnya Proton dilindungi oleh dasar duti import, cukai import yg amat2 melampau tinggi sehingga memaksa rakyat 1 Malaysia membeli kereta Proton, Produa yg kononnya murah walhal kita mampu membeli kereta mewah ( estima, BMW, Volkswagen ) dengan harga Exora..DASAR ini juga menyebabkan Proton menjadi kurang kompetitif berbanding pesaingnya di arena global.
      2) dasar kroni Proton.. kereta Proton kurang kualiti desebabkan para2 kroni2 rakan2 politik yang membekalkan part pada harga tinggi tapi berkualiti rendah, masalah ni tidak akan selesai selagi Proton di bawah kawalan Kementerian Kewangan ( khazanah entiti MoF ) yang sudah tentu portfolio tersebut dipegang oleh ahli politik penting parti pemerintah
      3) apa fungsi melantik orang politik sbg penasihat Proton? saya kira cukuplah jawatan Pengerusi dipegang oleh ahli politik bagi mewakili kepentingan syer rakyat dlm Proton melalui Khazanah Holding, sebuah entiti pelaburan MoF. Jawatan penasihat pada pandangan saya wajar diisi oleh mereka yg benar2 pakar dlm dunia automatif + bisnes dan mampu memberi komitmen 100% pd Proton..Tun Mahathir, Pak Lah atau sapa saja bekas PM/ Menteri bukanlah org nyer yang layak.. beliau juga saya lihat telah mula menjadi pelupa sebagaimana yg beliau selalu cakap ” melayu mudah lupa “.

      ” It has been 27 years since then, not many businesses can remain that long,”

      mestilah boleh remain that long che det oooii.. mcm saya ckp sblm ni ia kekal lama sbb Proton kelihatan murah walhal kereta nya adalah terlampau mahal. bagaimana menjadikan ia dilihat murah?

      saya akui Tun Mahathir bijak dan pandai klentong 1 Malaysia.. melalui dasar cukai import melampau, 5 kemenangan dimiliki kerajaan iaitu
      1) kemenangan Proton muncul sbg bisnes menguntungkan milik Khazanah.. untunglah sebab kereta Proton nampak murah sebab kereta luar semua kena cukai tinggi melampau2 so orang x mampu beli kereta luar yg sebenarnya murah.. bahasa ringkas, rakyat Malaysia dipaksa untuk membeli
      2) kemenangan meningkatkan hasil pendapatan negara..
      sungguhpun kereta luar dikenakan cukai melampau, masih ramai rakyat sanggup membeli kereta luar.. bayangkan perolehan kerajaan malaysia melalui cukai duti import dimana nilai cukai adalah 100% – 300% melebihi harga kereta dbawa masuk
      3) rakyat memperakui kebolehupayaan Proton untuk diterima rakyat Malaysia.. of coz la rakyat terima sbb kereta luar dijual dengan harga melampau tinggi di Malaysia oleh sebab dasar cukai cekik rakyat
      4) rakyat memperakui kelebihan Tun M dan Kerajaan Barang Naik ( BN ) memimpin Malaysia kerana berjaya membina sebuah sykt automatif yg menguntungkan dan diterima rakyat 1 Malaysia
      5) Proton dijadikan lubuk rezeki kepada kroni2 ahli politik kanan dalam UM NO dan BN.. of coz la sbb Proton jadi bisnes menguntungkan sebab rakyat x da choice

    2. Razz says:

      Berpolitik nampak

    3. apa2 ajer says:

      x de kena mengena ngan politik.. jgn salah faham cuma comeback Tun M kena la kaitkan sikit2 dengan kewujudan Proton dan dasar2 berkaitan

    4. ijat says:

      yada yada yada..npk mcm cakap tak ada basis…semuanya ada unsur2 prejudis dalam politik..tak fikir ada kebaikan..mcm org yg kempunan nk beli brand ‘T’ atau ‘H’ atau ‘conti’ yg lain

      fyi, jawatan penasihat tak ada value apa2 pun..just hanya ada pada nama sbgai menghargai sumbangan Tun M. Tun M pun penasihat Petronas jugak..beliau menjadi penasihat atas sumbangan beliau yg mewujudkan syarikat2 ini..so isu beliau takde expertise tak timbul

      kereta proton kalau murah pun, ko yakin ke rakyat msia akan beli??selagi ada perasaan skeptikal mcm bro ni, selagi tu xde org nk beli proton..bro pegi korea tgk kat sane mcm mane..industri automotif diorang tua sket je dari msia tp pasal ape mereka lg maju??sbb diorg support barang buatan sendiri..pi korea tgk, dari alatan elektrik sampai ke kereta, hampir semuanya rakyat mereka beli barangan buatan negara sendiri..rakyat mereka ramai, bila rakyat beli, volume jd byk..bila volume byk, barangan lg murah..basic lah bro..even brand2 dari jepun mcm tu, volume yg mereka buat tu byk, so harga dapat lah murah..tu sbbnnye adekan cukai tinggi utk tahan sket kebanjiran kereta2 nih…negara mane yg xde cukai..bro pegi UK or jepun tgk, harga kereta murah tp cukai2 lain mak aih, bole wat jadi makan megi je kalo ngan gaji kite nih..aku bukan cakap tak ade basis, aku pernah pegi/tanye membe dari negara2 tu tgk situasi mereka mcm mane..

      kalau bro nk tau, industri automotif kat msia ni dah hampir paras saturated dah, dlm bahasa melayu dah TEPU..buat kereta byk2 pun blom tentu laku..itu sbb dari ape yg aku dgr, proton akan buatkan pasaran india,china dan middle east sbg pasaran utama dalm 5-10tahun lg..kira tak nk jual kat msia dah sbb org2 mcm bro ni asyik komplen jeh..

      ikut hati aku pun kempunan gak nk pakai brand T atau H…aku sumpah seranah gak..tp aku tak komplen mcm bro..aku tau kalau kita tak support kereta sendiri siapa yg nk support…nk harap bangsa2 bukan bumiputra(bukan rasict di sini..sekadar pemerhatian aku) brape sgt yg pakai proton..diorg pun malu nk pakai proton..mostly ngan brand T dan H…papepun, insyaallah, kalau dunia masih pjg lg usia, dptlah kita tgk kemajuan proton lg..

      my seposen

    5. apa2 ajer says:

      ” Tun M pun penasihat Petronas jugak..beliau menjadi penasihat atas sumbangan beliau yg mewujudkan syarikat2 ini..so isu beliau takde expertise tak timbul ”

      nampak sangat anda gagal mengenali sejarah Petronas..
      untuk makluman Petronas diasaskan oleh Allahyarham PM no2 Malaysia Tun Abd Razak, bapak PM Malaysia 1 Malaysia si Najib skrg ni.. Pengerusi pertama dilantik adalah Tengku Razaleigh Hamzah dan antara pemacu utama Petronas adalah graduan pertama Malaysia dlm bidang petroleum yg skrg jd org no2 terkaya di Asia Tenggara, Tan Sri Ananda Krishnan, pemilik gergasi Maxis, Tanjong, Astro dan Measat

      jawatan penasihat tak ada value apa2 pun
      sebab tak ada value la maka x perlu lantik beliau.. ini namanyer membazir wang negara untuk mengkayakan individu tertentu.. jasanya terhadap Proton kenapa perlu dibayar selepas beliau bersara? kalau benar berjasa, bayar jasa beliau ketika jd PM dahulu.. itu pun kalau betul beliau berjasa.. saya akui beliau pengasas dan beliaulah menarik Mitsubishi agar Proton dpt diwujudkan.. itu saya puji usaha gigih beliau..

      kereta proton kalau murah pun, ko yakin ke rakyat msia akan beli??
      kalau murah saya yakin ramai yg akan beli… masalah skrg harga.. sbb pe harga kita tinggi sbb kita takut untuk bersaing secara adil dan saksama.. kita lindung industri kita ngan cukai duti import terlampau tinggi.. bagi saya dasar perlindungan untuk 5 – 10 tahun pertama saya boleh terima, tapi sekarang dah lebih 24 tahun berlalu.. apakah Proton masih perlu dimanjakan? apakah Proton masih tidak yakin untuk bersaing secara adil selepas tempoh 24 tahun ? percayalah sokongan akan wujud apabila kita jual produk berkualiti pada harga lebih murah berbanding pesaing.. ditambah beberapa strategi perniagaan yg mantap, insyaallah kita akan jd juara di arena global.. cuba baca sejarah Hyundai dan Kia memasuki pasaran Amerika.. caranya ialah 1) rendahkan harga 2) beri warranti bg tempoh yg ckp pnjg.. kalau Kia/ Hyundai dari sebuah negara belum terkenal ketika itu boleh bertapak di Amerika tak kanlah Proton tak yakin nak bertapak di negara sendiri

      industri automotif kat msia ni dah hampir paras saturated dah, dlm bahasa melayu dah TEPU

      saya kurang bersetuju.. tepukah jika di dalam Asia Tenggara kita di ranking no1 dari segi jualan terbnyak kenderaan penumpang dan no2 Asia Tenggara belakang Thailand bg jualan kenderaan keseluruhan.. cuba lihat statistik jualan kenderaan di Malaysia.. masalah Proton adalah 85% menumpukan pasaran domestik.. mana2 sykt kenderaan di dunia yg maju tumpuannya adalah sebaliknye iaittu 85% tumpuan pasaran eksport dan hanya 15% atau kurang ditumpukan pasaran domestik.. kalau negara kita sebesar China dan India ok lah kalau tak mau tumpu pasaran export.. DAH 24 TAHUN DAH..

      hehe..FULL STOP.. back to the topic.. nanti melarat lak

    6. ijat says:

      saya memang gagal tahu sejarah petronas..tp sy cume cakap dia penasihat ader..bukannye pengerusi pun..hehe

      lg 1, penasihat bukan chairman, atau pengerusi, penasihat tak dapat sesen pun dari keuntungan syarikat..kalau syarikat nk bg pun atas belas ehsan..menurut informer, proton tak bg sesen pun kat Tun M, diorg bg kereta pun Tun M tak nk..mcm skrng ni, bro ada kirim tak duit bulan2 kat kampung?sure ade kan..mcm tu lah..atas daya belas kasihan dan menghargai jasa..

      personally saya tak yakin proton akan jual lg byk kalau murah selagi ada skeptikal yg barang2 dari jepun dan europe lg far superior dan semangat patriotik kita yg still rendah lg..
      fyi, cara syarikat korea wat di amerika tu dah lama dipraktikkan proton di oversea…tu sbb org msia complain kenapa kereta proton murah di oversea..proton amik lost lg utk jual kereta di oversea, sbbnye, utk establish nama kat negara2 ni…bab manja tu, proton mmg still manja..mmg tak bole survive kalo takde duit import ni..tp ape kisah, ni msia, duti import/cukai pasti ada..syukur gak sbb cukai tinggi kat kenderaan, tak kepada pendapatan, atau pun barangan keperluan..bab duti import,cukai tu sy dah terangkan pada post terdahulu..bole rujuk kembali

      psl tepu tak tepu masing2 ada opinion..aku ckp tepu sbb aku ada faktanye tp tak dpt nk kluarkan saat ni..mane tah aku npk hari tu..
      takde masalah bro dgn 85% pasaran domestik..kereta terjual gak..mhl lg tu..hehe..tah2 90% domestik…tp mcm aku ckp td(ulang lg), lg 5-10 thn, proton akan lbh byk export dari domestic market..5 thn mungkin dkt sgt, tp aku rase maybe dlm 10 thn export > domestic..tp akan kluar lg argument time tu ckp dah 34 tahun tp export tak byk2 lg..semua kene igt, proton bermula dgn rebadge mitsu je..produk proton btol2 ialah Waja, kuar thn 2000 tak silap..so baru je 9 tahun usia matang proton..sblom2 tu budah suruhan je…(pasni kluar lah lg ckp manja)

      tak melarat bro..bgs ade perbincangan mcm nih..bukan nk menunjukkan aku benar ko salah, tp utk menegakkan fakta, bukan auta dan bertukar-tukar fikiran

    7. apa2 ajer says:

      Ijat

      betul222.. aku setuju ada perbincangan camni gak.. bukan nak tunjuk aku yg benar tp untuk kita sama2 tukar fikiran dan cari jalan penyelesaian thdp masalah dihadapi..

      berkenaan Tun M x dpt sesen pun..
      aku pernah terbaca Tun M dibayar sejumlah wang atas kapasitinya sbg penasihat Petronas dan Proton.. x silap aku time aku baca artikel yg disertakan hanset parlimen ( menteri, ahli parlimen x boleh ckp tipu dlm dewan rakyat, kalau x kena potong gaji ) hanset tu katakan Tun M menerima … RM sbg balasan dilantik sbg Penasihat Proton..

      saya sebaliknya..
      jika produk Proton dijual lebih murah dan produknya berkualiti, percayalah ramai lg rakyat Malaysia yg akan menyokong tmsk sy.. sy x kata semua produk Proton x bgs bahkan kalau anda rajin baca komen sy, sy byk memuji model satria neo, proton suv msx ( akan dikeluarkan ), dan pickup Proton Arena ( akan dikeluarkan ).. cumanya sy kurang bersetuju harga yg diletakkan Proton.. TERLAMPAU MAHAL ..

      jangan judge rakyat Malaysia tidak patriotik.. kalau x patriotik kenapa jenama malaysia spt ” Munchy, Van Houten, Yeos, Power Root, HPA ” boleh diterima rakyat Malaysia dan mampu bersaing dengan produk asing bahkan jenama spt Munchy mendominasi pasaran biskut malaysia

    8. tres says:

      finally, the return of king kronies…

    9. bob says:

      ape2jer !
      Apa yg anda luahkan sama dgn pendapat saya. dasar melindungi proton banyak menyeksa rakyat yg ‘ konon apa nama ‘ kete proton murah. Apa barang kete m’sia jual memahal sdgkan kat indon pon Honda city baru rm30k ++, Vios buat teksi je. Ini semua menekan rakyat dgn cukai berganda kalu beli kete luar walaupon kete dah second (recond). Pakaila kete sisa2 org jepon,uk,jerman tu.Tapi yg pakai kete sisa pon kekedang semcm je lagak dia org, tak perasan ke pakai kete second, arga mahal gila. Aku rasa bodoh betoi kalu beli kete recond dgn arga skrg ni, kalu murah tu tak pe lah.

      Dr M tu masok balik proton mesti ada muslihat la tu . mesti nak ada masook tu. Tak pon bagi anak2 kaya. Nanti tgk arga proton naik arga lak taun depan. aku dah fedup pakai proton selama 15 taun, sbb asyik rosak je. Spare parts low quality. Aku baru tukar dari proton ke Naza lak.

    10. Ejam_pear says:

      Assamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua forummers …

      Korang tak boleh kata Che Det King of Kroni … Cuma kita sebagai rakyat Malaysia suka sangat dengan subsidi , bantuan , pampasan dan berbagai lagi …
      Politikus sama saja baik UMNO , PKR , DAP , PAS , MCA dan MIC … Cuma kita kena tahu hala tuju mana yang kita patut pilih … Bukan main hentam kromo je …
      Lihat motif dan agenda setiap parti politik … Sama saja … Parti politik terbaru PKR , betul ke keadilan untuk rakyat atau keadilan untuk anwar ??? Tepuk dada tanya selera … Saya berkata sebab saya berasal dari keluarga yang susah . Di besarkan dengan hasil titik peluh ibu saya menjual kuih … Alhamdulillah , kami adik beradik berjaya dalam hidup dan keluarga masing2 tanpa mengharap bantuan kerajaan …

      Proton … Kita patut berbangga proton juga membawa nama negara kita di persada antarabangsa dan pencetusnya adalah Che Det … Jika tiada seseorang memulakan macam negara kita nak buat kereta , nampaknya sampai kesudah kita tak de produk automotif yang boleh kita sebagai rakyat Malaysia boleh banggakan …
      Wira kereta pertama saya … Alhamdulillah saya pakai selama setahun … Dan bila WAJA keluar saya beli … WAJA adalah antara produk terbaik proton yang pernah saya pakai … Dari segi minyak , WAJA lebih jimat dari produk proton yang lain2 sebab ianya mengunakan engine buatan jepun yang telah diperakui bagus dan mereka telah dulu buat kereta daripada kita … Cuma engineCAMPRO perlu lagi R&D dan bukannya tak bagus …

      Mahal !!! Kalau saudara rasa kereta keluaran PROTON mahal , tak payah beli … beli kereta jenama lain … Buat apa nak menyusahkan poket masing2 …

      Kadang2 kita selalu menilai seseorang dengan tanggapan negatif … Cuma kita tak ada di tempat orang yang kita beranggap apa yang dia buat tak elok … Cuba kita letakkan diri kita pada orang yang kita kutuk dan hina … Mungkin kita juga akan buat apa yang diorang buat malah mungkin lebih lagi … Ini adalah fakta , sebab takkan seorang PM atau Menteri Kabinet nak membiarkan anak dan saudara maranya susah … Takkan Ahli perniagaan yang kaya raya nak lihat anak atau saudara maranya susah … Nanti apa pulak orang lain kata …Perkataan Kroni memang berada dimana mana sahaja dan kita tak boleh nafikan … Dah memang ahli politik kerja diorang memutar belitkan orang ramai … Tapi jangan la pula kita menyokong parti poloitik yang mengadai bangsa dan agama …

      Fikir dan Renungkan …

    11. tres says:

      “Ejam_pear said;
      “Mahal !!! Kalau saudara rasa kereta keluaran PROTON mahal , tak payah beli … beli kereta jenama lain … ”

      bro, kerana proton, struktur tax dan polisi automotif Mesia digubal utk memastikan kereta proton jadi paling ‘murah’…jadi tang mana hang nak cari kereta lagi murah, maka rakyat adalah ‘dipaksa’ membeli kereta nasional sebab ia ‘murah’ walaupun overinflated…

    12. tres says:

      Ejam_pear said,
      “Cuba kita letakkan diri kita pada orang yang kita kutuk dan hina … Mungkin kita juga akan buat apa yang diorang buat malah mungkin lebih lagi … Ini adalah fakta , sebab takkan seorang PM atau Menteri Kabinet nak membiarkan anak dan saudara maranya susah … Takkan Ahli perniagaan yang kaya raya nak lihat anak atau saudara maranya susah … Nanti apa pulak orang lain kata….”

      Ejam, org lain takkan cakap ape2 kalo anak PM atau menteri miskin / kurang berada…kalo presiden Iran, Ahmadinejad boleh pakai kereta yg sama sejak 20 thn lepas, mengapa plak anak2 PM / menteri tak boleh….hina sangat ke jadi org miskin.. Org lain takkan kisah kalo kroni itu membantu ekonomi negara, ni tak sampai kene bailed out (teringat kisah syarikat perkapalan yg famous dulu), maka ape yg bagus sangat memperjudikan duit negara oleh kroni memasing…

    13. Ejam_pear says:

      Mmm … Apa yang tres katakan juga adalah benar … Tak hina menjadi seorang yang miskin ,sebab saya pun berasal dari keluarga yang miskin , tapi keluarga saya tak mengharap bantuan dari mana2 pihak malah pernah disisihkan kerana bapa saya meninggal dunia sewaktu saya darjah 2 (1986)!!! …

      Jadi tak payah la kita fikirkan apa yang negara buat pada kita … Sepatutnya kita fikirkan apa yang kita dah buat pada negara kita … Apa salahnya kita bersyukur pada Allah sebab negara kita aman dan makmur … Dan kita juga perlu bijak mencari peluangan yang ada didepan mata … kejayaan takkan datang dengan hanya kita menjerit terlolong … Kejayaan datang jika kita ada usaha untuk tingkatkan diri kita … Allahuakbarrrrrrrrrrr …

    14. apa2 ajer says:

      SAYA SOKONG TRES dan BOB
      anda memahami apa yang saya sampaikan. Saya juga ingin mengambil kesempatan memuji sikap tabah, kuat semangat Ejam_Pear mengharungi hidup di zaman kemiskinan. Firasat saya anda berjaya. TAHNIAH. Saya rasa wajar anak2 muda mencontohi sikap anda yang baik ini.

      BERBALIK KEPADA PERSOALAN

      ” Ejam_pear said,
      “Cuba kita letakkan diri kita pada orang yang kita kutuk dan hina … Mungkin kita juga akan buat apa yang diorang buat malah mungkin lebih lagi … Ini adalah fakta , sebab takkan seorang PM atau Menteri Kabinet nak membiarkan anak dan saudara maranya susah … Takkan Ahli perniagaan yang kaya raya nak lihat anak atau saudara maranya susah … Nanti apa pulak orang lain kata….” ”

      Saya memilih untuk bersetuju dengan Tres dan ingin menyambung kisah seorang Presiden Iran, Mahmud Ahmadieniejad dan Nik Aziz yang berjiwa rakyat, mengekalkan kehidupan yang cukup sederhana sungguhpun memegang jawatan no1 di negara/ negeri masing2..
      untuk pengetahuan saudara, Mahmud Ahamadieniejad adalah seoarang bekas pensyarah yang memiliki title Dr dan Ir. Saya respect sebab beliau pemimpin tunggal negara Islam yang memiliki 2 title profesional. Beliau cukup terkenal dalam pengurusan lalu lintas dan apabila dilantik sebagai Datuk Bandar Tehran, beliau merombak secara besar2an sistem lalulintas Tehran menjadikan ia betul2 efektik. Kejayaan itu menyumbang sedikit sebanyak kepada perlantikan Mahmud Ahmadieniejad sbg Presiden republik Islam Iran.

      untuk makluman, beliau hanya mempunyai kenderaan Peugeot tahun 1979, tinggal di rumah yang cukup sederhana, memakai pakaian tukang cuci sekurang2nya seminggu sekali dan kadangkala kelihatan menyapu sampah di pinggir jalan Tehran. beliau berhenti kereta sebaik azan berkemundang dan terus menunaikan solat. Pernah sekali ketika melawat ke Indonesia, beliau enggan menginap di hotel paling mewah di bilik paling mewah di Indonesia sungguhpun bilik tersebut atas perbelanjaan Indonesia bukannnya Iran. sebaliknya beliau memilih menginap di rumah kedutaan Iran di Indonesia. beliau lantang mengkritik barat tanpa rasa takut2. serius membangunkan nuklear sebagai penjana kuasa walaupun ditekan hebat barat. Visinya jauh kehadapan lebih jauh berbanding visi Tun Mahathir 20 tahun lepas. Cuma kalau anda baca media pro barat, media Berita Hairan, media Utusan Meloya anda tidak akan menjumpai visi dan misi, perancangan yang cuba dilakukan oleh Ahamdieniejad, seorang presiden lantang sungguhpun rendah fizikalnya. Beliau menjadikan Istana Presiden yang cukup besar lagi gah sebagai muzium dan memilih untuk tidak menggunakan semua harta, aset milik kerajaan. Makanannya pun cukup sederhana. Perabot di rumah pun cukup sederhana.

      itu serba sedikit mengenai Ahmadieniejad sebuah pemimpin di negara Islam tulen. Negara Islam tulen adalah negara yang amalkan apa yang Quran suruh termasuk hukum hudud, keadilan kepada semua bangsa dan agama serta mengutamakan kebajikan rakyat dan itu yang sedang dilakukan Iran di bawah pimpinan Mahmud Ahmadienijad.

      Di Malaysia cuba anda kenali Tuan Guru Nik Aziz. Tanyalah pemimpin UMNO Kelantan sekalipun mengenai corak kehidupan sederhana Nik Aziz. bagaimana ulama yang memimpin Kelantan lebih 20 tahun ini hidup cukup sederhana sekali di rumah sendir, perabotnya sederhana. Jika anda tanya fanatik UMNO sekalipun, saya percaya mereka akan memperakui kesederhanaan Nik Aziz. Beliau memotong 60 % daripada gajinya sbg MB dan ADUN untuk dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri Kelantan dan akaun parti PAS. Rumahnya bebas dikunjungi rakyat jelata tanpa pagar apatah lagi pondok pengawal. Nak jumpa dia mudah, dtg ajer ke masjid di sebelah rumah waktu Subuh. Pemimpin yang jarang sekali tinggal solat subuh berjemaah. Nak jumpa takda protokol. cukup mesra dan berjiwa rakyat. Anda sanggup ? Dr M sanggup ? LIHATLAH bagaimana pemimpin Tun M hidup dan bagaimana Nik Aziz hidup ?

      BERKENAAN TUN MAHATHIR..

      cuba lihat siapa yang uruskan Litar Sepang ? anaknya bukan..

      cuba lihat Kencana Petroleum, dimana datangnya 90% pendapatannya ?
      Petronas bukan. pemilkiknya anak Tun Mahathir bukan. ini bukan saya kata ini Malaysian Business yang cakap ketika keluarkan senarai 40 terkaya di Malaysia. dan bukankah penasihat Petronas Tun Mahathir ?

      siapa yang paksa Petronas beli sykt kapal yang kerugian atas nama bail out dan sykt tsbt milik anak sulung nya?
      tun mahathir bukan,,, ini tersebut dlm laporan akhbar berita hairan, utusan meloya yg menjadi rujukan melayu mudah lupa

      dan banyak lagi…. jom tidur dulu

    15. apa2 ajer says:

      ” Jadi tak payah la kita fikirkan apa yang negara buat pada kita … Sepatutnya kita fikirkan apa yang kita dah buat pada negara kita … Apa salahnya kita bersyukur pada Allah sebab negara kita aman dan makmur ”

      negara tidak mampu buat apa2 pada kita tetapi pemimpin lah yang mencorakkan masa depan kita dan anak cucu cicit kita.. kalau anda Islam, ada kriteria untuk memilih pemimpin bukan boleh main pilih ikut buat tuli ajer.. kalau x, neraka lah jawabnya kalau kita memilih pempimpin yg kita tahu dia menzalimi rakyatnyer.. sebab itu jika anda bertanya apa yg perlu kita buat pada negara.. JAWAPAN SAYA pilihlah pemimpin yg berjiwa rakyat, yang hidupnya untuk rakyat dan sentiasa abdikan diri pada Allah, yang amanah dan jujur..

    16. zul says:

      hi bro semua………………apa2 pun komen,itu pendapat individu.saya sekarrang pakai honda city,sikit hari mungkin nak tukar lain kereta pula…kereta pertama saya pun proton aeroback juga.kebanyakan rakan2 kita,kereta pertama ialah proton.jadi,usaha Tun dulu harus dipandang positif…..anyway,selamat menyambut aidilfitri kpd semua..wslm

    17. apa2 ajer says:

      usaha tubuhkan Proton sapa x sokong.. saya pun sokong. tapi isunyer yg sy highlight
      1) Porton terlampau dimanja2 kan
      2) dasar duti import
      3) masalah kroni dan kembalinya king of cronies ke dlm Proton

      saya khuatir kemasukan Tun M akan menghalang syed MD Proton membuang kroni2 perosak Proton.. itu yg sy bimbangkan

    18. Pero Protong says:

      Waalawehh……..!!! Mari pulak orang itu… harap-harap kreta Proton tak keluar lagi model mcm TIARA, JUARA dan yg sewaktu dgn nya…..

      apa2 ajer.
      Betui hang cakap pasai nik aziz tu… cek pernah tgk umah dia…

    19. ordinary_voice says:

      why get back the old guy that cause p1 to produce low quality car? p1 just start to gain back people trust, bet if that old guy back to proton, many will drop their trust including me… see how it affect my decision to get a car next year.. :)

    20. Eder says:

      x larat nk bace sumer komen2…….panjang sangat..huhu

    21. tres says:

      jgn risau kengkawan, pakcik tu gi melawat jer…sekadar makan2 angin gitu….takkan gov gile per nak bagi org tua ni masuk, najeeb pun ade kroni yg nak kene suap gak…

    22. nilai says:

      Apa2 ajer,
      tq.. info hg mmg strong.

    23. kdi says:

      aduyh.. ni dah off topic ni komen panjang2.. beb, jgn masukkan politik la sure melalut nanti komen.

      ni agi satu mana dapat info honda city baru harga rm30k je ni? adeyh.. harga city baru kat indon RP240 juta bersamaan RM84,459.6616. camne korang leh dapat harga2 murah keter kat luar nih? pelik gak

      agi satu, siapa yg xsuka kereta proton, xpayah la bising2 mahal ke ape.. beli kereta lain dan duduk diam2.. dekat malaysia ni ramai orang kaya2 tapi pakai Proton tak bising pon. xde pon kata kereta proton mahal lagi baik beli kereta import. kalo x mampu beli kereta, angkat motor jela. x payah bising2. kita bersyukur apa yang ada. proton pun bukan jenama cikai. tak ada sebab Proton nak kena letak harga terlampau murah. Harga pun kena ikut trend pasaran Malaysia. Kalo semua harga kereta baru Proton murah sangat, alamatnya kereta second hand import korang tu x laku la.. sume beli kereta Proton je. Jadi market x stable. Banyak faktor kena fikir jugak. Cakap berdasarkan fakta.

      Pasal mahathir nak masuk Proton balik, semalam kdi jumpe mmber Proton staff, die kata kemungkinan besar memang die akan balik jadi penasihat lepas merajuk dulu. tapi x kisahlah sebab die ada byk idea yg bleh bangunkan Proton. Pasal kroni2 tu, wallahualam.. x nak tuduh melulu jadi fitnah nanti. apepon, Proton kebanggaan kita rakyat Malaysia. =)

    24. Eder says:

      sokong KDI…………PEACE..(; ;)

    25. Norman says:

      Kalu beli brg mentah dah mahal takkan nak jual hrage cikai?Tapi janganlah mahal sangat sampai kena seranah

    26. ijat says:

      biasalah tu KDI, bila mata diselaputi ketaksuban terhadap politik..sikap prejudis terhadap semua mende yg current gov buat semua tak btol..

      aku geli hati baca kemasukan Tun M akan melemahakan P1..serius klakar..apa yg Tun M tu boleh buat???..concern tak bertempat..dia dtg lawat P1 buka pose skali pun jadi issue…zaman prime dia dah abis..bukan penasihat yg mencorakkan kompeni tu, MD or CEO yg take control of the ship..tu kita npk perbezaan dekat P1 bila Tg. Mahaleel dan Syed Zainal pegang..

      dari cite Tun M lawat P1, terus ke politik, terus ke pemimpin itu pemimpin ini..kroni itu kroni ini..litar sepang lagi..apa daa..matang lah sket bro2 semua..kita berbincang cara nk meningkatkan prestasi P1..bukan membuka pekung sana sini…jgn lari topic sgt..

    27. Norman says:

      Tul tu Ijat gua skg lu.Ape2 pasal Proton je mesti ade komen negatif mcm hidup di zaman jepun.

    28. tres says:

      ijat,

      aku percaya sume dah matang2 belaka…maka, kalo ko budak kecik dan tak paham psl politik…hehe, ko yg patut avoid discussion ni…

    29. gen2 lama says:

      Dah la tu……kroni ke apa ke…itu kisah dia dulu (saya tak cakap pasaal saya tak tau…takut fitnaha….kalau betul pun kira ngumpat)….

      zaman dia berkuasa dah habis…

      g terlalu manjakan proton….have to la….kenapa pasal proton dah WUJUD…kalau nak protest patutnya masa mula2 dulu…

      sedar tak kita sumbangan dia…(walaupun banyak kisah buruk – orang cakap la…saya tak cakap)..pasal proton la wujud peluang perkerjaan…wujud kilang yg for sure protected by g….orng akan cakap kalau tak de proton pun manaufacturer akan bukan kilang kat sini (mungkin je)…then kalau bukak kat sini pun adakah sesiapa boleh pastikan kilang tu mampu berada di sini selama2 nya…mampu memberikan perkerjaan selama2 nya kepada anak2 muda malaysia….kalau diaorang bukak kilang kat sini pun bukan untuk charity….diaorangbusiness….bila muncul sumber buruh yg lagi murah, agak2 diaorang nak stay kat sini gak ke?……banayak negara2 membangun boleh offer buruh lg murah….vietnam contohnya (negara membanagun paling pesat membangun di asia sekarang)…china, thailand, indon, ….kenapa T buat kilang kat indon?….kenapa gak H bukak kat sini …H buat kat sini paasal kesan dari NAP gak (pendapat saya)….

      tapi pikir balik ….G mana yg tk protect investment dia…proton insyallah akan bertahan …..pekerja2 akan insyallah dijanjikan kerja untuk menyara anak bini….kalau kilang kete luar, bila2 pekerja boleh dapat notis pemberhentian operasi….kilang tutup, bukaka tempat lain…..apa dah jadi dengan kilang2 elektronik kat sini?….mungkin incentive G bagi masih mampu tarik sebahagian pelabur…cuba pikir jika ada negara yg bagi lebih baik incentive,,,,diaorang tak lari ke?….merintih la pekerja2….sapa ? anak2 muda kita….tak de kerja apa diaoranag akan buat?….sosial prob la meningkat…..

      ini pendapat saya je….tak setuju saya tak kisah….

      Proton mahal? alhamdulillah saya dah tambah satu lagi proton…kalau mahal wooooo aku kira tergolong dalam golongan kaya raya la…alhamdulillah..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)