- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • TIPS MENGISI MINYAK KERETA

    image

    Anda pernah mengalami situasi di mana anda terlupa di bahagian mana minyak untuk diisi? Ingat lagi kali pertama mengisi minyak petrol atau diesel untuk kereta anda?

    Semestinya ada perasaan keliru dan agak takut jika tersalah isi pada kali pertama terutama bagi golongan wanita.

    Tips paling mudah adalah dengan mula melihat pada meter kereta anda, ada logo pam minyak dan anak panah menandakan di bahagian sebelah kanan atau kiri kereta yang mempunyai filling port atau fuel cap.

    Ada sebahagian orang kata jangan tunggu sampai meter minyak menyala baru nak isi. Namun tiada masalah sebenarnya jika meter minyak menyala sekalipun kerana setiap kereta mempunyai reserve tank yang mampu menggerakkan kereta paling kurang 50km setelah amaran menyala.

    Kdi sendiri pernah mencuba beberapa kali dengan kereta sedan seperti Proton, ia mampu bergerak sehingga 75km dari meter menyala sehingga kereta tersadai. Manakala kereta kecil seperti kancil mampu melangkaui 100km perjalanan selepas meter minyak menyala atau berkelip.

    Jadi tak perlu takut dengan lampu amaran minyak. Cuma pastikan ada stesen minyak dalam 50km berhampiran setelah lampu amaran minyak menyala.

    Ramai juga yang takut untuk mengisi minyak sehingga penuh kerana takut tak sempat berhenti dan melimpah.

    Jangan takut. Pam minyak yang ada di Malaysia sekarang semua mempunyai sensor. Jika minyak sudah diisi penuh, maka ia akan berhenti secara automatik.

    Jika anda was-was, anda boleh lihat di celah antara fuel nozzle dan filling port jika minyak sudah hampir terkeluar, anda akan nampak buih2 minyak itu dan anda boleh hentikan pengisian.

    Cara isi penuh dengan duit cash, anda hanya perlu memberi sejumlah wang di kaunter pam minyak, katakan ingin isi penuh di pam nombor berapa, terus mulakan pengisian hingga penuh, tutup fuel cap, letakkan fuel nozzle dan pergi ke kaunter untuk dapatkan baki wang anda.

    Ingat lagi ayat kempen self service “angkat, tolak, masuk dan picit”? Kelakar juga zaman itu di mana sistem isi minyak sendiri baru diperkenalkan.

    Mengisi minyak secara full tank adalah lebih mudah dengan menggunakan kad kredit atau debit. Cara mengisi minyak dengan kad kredit adalah dengan memasukkan kad anda ke mesin kad kredit pada pam, ikut arahan seterusnya selepas pengesahan, keluarkan kad kredit, mulakan isian minyak, letak nozzle, tutup fuel cap dan ambil resit.

    Cara pengiraan penggunaan minyak untuk kereta anda lebih mudah dikira dengan menggunakan kaedah isian penuh.

    Caranya adalah mulakan dengan isi penuh full tank, reset trip meter, jalan sehingga meter minyak menyala, isi full tank, catat berapa km anda sudah jalan berbanding liter minyak yang diisi (digunakan) dan reset trip km semula.

    Bahagikan jumlah km dengan jumlah liter yang baru diisi. Contoh 500km bahagi 50 liter jadi 10km per liter fuel.

    Kadar penggunaan minyak kereta perlu selalu diperhatikan agar kita dapat kesan jika berlaku sebarang masalah pada prestasi enjin kereta.

    Penggunaan minyak Ron95 dan 97 tiada banyak perbezaan ketara. Jadi memadai lah dengan mengisi Ron95 sahaja untuk mengelakkan pembaziran.

    Sekiranya terdapat limpahan minyak, segeralah lap dengan tisu, kalau boleh basahkan dengan air agar kesan minyak hilang. Jangan dibiarkan ia melimpah terlalu banyak kerana ia akan menghakis cat pada kereta anda.

    Selalu matikan enjin kereta dan elakkan dari penggunaan handphone semasa mengisi minyak.

    Kunci pintu kereta semasa mengisi minyak kerana banyak kes kecurian sering berlaku di stesen minyak.

    Selamat mengisi minyak! =)

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    1 Response

    1. Sherry says:

      Nak tanya bahaya ke kalau minyak melimpah luar tangki? Melimpah banyak sampai kena kat tayar. Apa patut saya buat? Terima kasih.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)