Kdi pernah membaca satu artikel sebelum ini yang menyatakan bahawa Volkswagen Malaysia akan memberikan servis terbaik dan berjanji akan menyelesaikan semua masalah.
Namun petikan komen terkini dari web kereta.info masih menunjukkan after sales service dan product reliability yang sangat mengecewakan dari pembuat kereta yang kononnya berteknologi “German”.
Reputasi jenama Volkswagen terus tercalar dengan masalah gearbox DSG dan bermacam isu teknikal sehingga menyebabkan harga 2nd hand value jatuh teruk bagi semua model yang terdapat di pasaran.
Fenomena ini serupa dengan jenama Peugeot yang sudah lama tercalar sebelum ini kerana komen2 negatif dari pemilik-pemilik kereta tersebut.
Persoalannya, sampai bila kah pihak bertanggungjawab akan betul-betul menyelesaikan masalah yang ada bukan sekadar membuat press release dengan pelbagai janji.
TERKINI – MASIH ADA LAGI PENGGUNA KERETA VOLKSWAGEN YANG KECEWA DENGAN PRODUK GERMAN TERSEBUT
Jom komen!