Jika anda dikejutkan dengan berita Porsche Cayenne Turbo S facelift baru hari ini, anda pasti lebih terkejut membaca ruangan kereta.info ini apabila TechArt, iaitu German Porsche specialist berjaya modify Porsche Cayenne Turbo tersebut dari 450 bhp (kuasa kuda) kepada 600bhp!
Dengan berat keseluruhan 2300kg iaitu melebihi 2 tan, Porsche Cayenne Turbo ini mampu memecut dari 0-100 km/jam dengan hanya 4.5 saat!
Dengan kelajuan maksimum 183 batu sejam (402.6km/jam) , ia adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk supercar dan menakjubkan bagi sebuah kenderaan utiliti sukan atau SUV!
Untuk pengetahuan, kenderaan SUV hebat dari Porsche ini bernilai hampir RM1 juta bagi model standard Cayenne GTS dijual pada harga bermula daripada RM858,000.00.
Jika model yang telah diubahsuai ini pastinya lebih mahal harganya dan sayangnya hanya Cayenne GTS facelift standard sahaja yang baru dijual dan dilancarkan di Malaysia. Namun prestasinya masih hebat dengan 520 bhp! Dilengkapi dengan rim 21 inci dan sistem suspensi udara serta transmisi Tiptronic S sebagai ciri standard.
Ini adalah model Cayenne GTS Facelift yang baru dilancarkan di Malaysia (Gambar atas dan bawah)
Gambar modified Cayenne Turbo (gemballa cayenne turbo):
Kereta ubahsuai cayenne S Transsyberia :
kereta ini bos aku ada pakai..