- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • SUBSIDI BAHAN API MINYAK PETROL DIESEL LEBIH BAIK BERPANDUKAN KEPADA HARGA KERETA DARI DIBAHAGI MENGIKUT GAJI?

    image

    Kerajaan BN telah mengumumkan kaedah rasionalisasi baru bagi menghapuskan subsidi bagi golongan kaya di Malaysia. Namun, implementasi yang akan dibuat nampaknya mempunyai banyak kelemahan.

    Mengikut gaji, orang yang bergaji RM5000 ke atas tidak semestinya lebih kaya. Mungkin banyak tanggungan yang perlu dibayar setiap bulan melebihi orang bergaji kurang dari itu.

    Orang kaya juga mempunyai pilihan untuk mengisi minyak dengan bantuan pemandunya yang bergaji rendah untuk mendapatkan subsidi.

    Jadi, jalan lebih mudah adalah dengan memotong subsidi bagi pemilik kereta mewah yang berharga lebih mahal. Sebagai contoh, kereta berharga lebih RM170K dikecualikan dari subsidi minyak petrol dan diesel. Ini dilihat lebih logik dan masuk akal kerana pemilik kereta mahal sepatutnya mampu membayar kos minyak lebih tinggi.

    Cara untuk mengaplikasikannya pula, setiap kali kereta yang baru dibeli, akan disertakan dengan kad petrol jika layak mendapat subsidi. Atau pihak bank akan mengeluarkan kad itu berdasarkan jumlah harga sebenar kereta itu dibeli.

    Apa pendapat anda pula?

    Berikut merupakan sumber berita mengenai sistem subsidi minyak petrol dan diesel di Malaysia 2015.

    SUBSIDI BAHAN API PETROL DIESEL LEBIH BAIK BERPANDUKAN KEPADA HARGA KERETA DARI DIBAHAGI MENGIKUT GAJI?

    KUALA LUMPUR: Skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan melepasi RM10,000 tidak layak.

    Beliau berkata, mekanismenya masih dikaji secara terperinci oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

    “Tahap pertama (pendapatan individu kurang RM5,000) akan memperoleh sokongan subsidi 100 peratus, peringkat kedua bagi yang berpendapatan rendah hingga pertengahan, akan menikmati sebahagian subsidi manakala peringkat ketiga (mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000) tidak diberikan subsidi.

    “Pelaksanaannya akan berasaskan kepada gaji individu, tidak seperti BR1M yang berasaskan kepada pendapatan isi rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat 2014 (IIBC 2014) di sini, hari ini.

    Mengenai kaedah pemantauan oleh kerajaan, beliau berkata hak ke atas setiap kereta akan berasaskan kepada pemilik berdaftar kenderaan berkenaan.

    “Sebuah badan khas untuk mengesahkan hak serta memantau pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi akan dibentuk,” katanya.

    Persidangan dua hari IIBC 2014 bermula hari ini, dijayakan oleh Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 bank itu.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)