28 June 2014 – kelab proton saga SNAC dan FLOC bergabung dalam usaha sama menjayakan program amal bersama rumah amal kasih bestari dengan lebih kurang 30 orang anak yatim beserta penjaga rumah amal.
Penyertaan lebih 20 buah kereta Proton Saga BLM dan FLX dalam konvoi terpanjang dari Subang ke Putrajaya memeriahkan lagi majlis bersama anak yatim.
SNAC + FLOC JAYAKAN PROGRAM AMAL ANAK YATIM – KONVOI KELAB KERETA KE PUTRAJAYA
Antara program yang telah dijalankan adalah konvoi, melawat taman botani Putrajaya, pertandingan acara antara anak yatim, makan tengah hari KFC, lawatan sekitar Putrajaya, photoshoot di Dataran Putrajaya, majlis sumbangan untuk rumah amal dan sesi ramah mesra dengan anak yatim.
Program yang diketuai oleh En Solleh dan Ismail dari Snac dan Cik Ema dan juga RG dari Floc ini berjaya dilakukan dengan kerjasama baik dari kedua belah ahli SNAC dan FLOC.
Diharapkan program amal seperti ini lebih banyak dilakukan oleh kelab2 berkereta dan semoga aktiviti FLOC dan SNAC ini menjadi contoh bagi kelab-kelab kereta yang lain. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Bagi sesiapa yang ingin membuat aktiviti amal seperti ini bersama-sama kelab kereta, boleh hubungi wakil SNAC di 0123254588 (Shufi) atau boleh email kdi di [email protected].
Jom komen!