- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • SALAH TANGGAPAN SPORTS MODE PADA GEAR BOX CVT PROTON – MAKSUD SEBENAR “L” DAN “S”

    Ada sebuah artikel menyatakan “L” pada gearbox CVT Proton adalah sebenarnya “Sports Mode”. Kes kekeliruan seperti ini sudah lama wujud sejak zaman CVT dengan button SAT lagi di mana pengguna keliru adakah SAT bermaksud Sports Auto Transmission?

    Kdi juga dulu hampir keliru dengan button tersebut kerana tiada pencerahan yang baik dari pihak Proton namun perlu kita tahu, Proton tidak pernah develope “Sports mode” dalam mana-mana model CVT yang dikeluarkan.

    “Sports mode” mempunyai definisi yang spesifik untuk pemanduan yang nyata berbeza dan lebih dinamik dengan pengubahsuaian mode pemanduan dari segi suspension yang lebih keras, engine RPM yang ditetapkan lebih tinggi, gearbox lebih sensitif dengan penukaran gear, steering feel lebih berat dan talaan bahan api yang berbeza.

    Sports mode banyak diterapkan pada model kereta kontinental seperti Audi, BMW dan Merce. Sesetengah kereta Audi yang tidak lengkap ciri sports mode tidak dipanggil sports mode, ia dipanggil manual mode dengan penggunaan huruf “M” pada gear indicator disertai dengan “D+-” pada gear knob.

    Maka jelas di sini Proton tidak mempunyai ciri sports mode. “L” sememangnya bermaksud lower gear yang akan hold gearbox pada RPM lebih tinggi sahaja manakala SAT adalah “Stepped” auto trans yang akan membuatkan penukaran gear terasa seperti manual dengan RPM turun naik.

    Harap bermanfaat untuk semua. Sila share untuk elakkan kekeliruan.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    1 Response

    1. Ran says:

      Thank you info.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)