- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • REVIEW MASALAH PROTON IRIZ 1.3 @ 1.6 MT @ CVT AUTO

    image

    Memandu sebuah kereta kompak sangat menyeronokkan terutama apabila berada di dalam bandar. Proton Iriz bukan sahaja seronok untuk dipandu di kawasan sempit, malah ia juga stabil semasa menyusuri highway pada kelajuan tinggi. Namun ada beberapa faktor negatif yang kurang menyenangkan pada Proton Iriz.

    Antara pendapat negatif kdi mengenai Proton Iriz 1.6 Auto vvt CVT gearbox adalah bunyi gearbox yang agak kasar dan kurang menyenangkan pada variant auto. Berbeza dengan Iriz manual yang senyap di dalam kabin.

    Selain itu, Iriz 1.6 Auto juga mempunyai kekurangan yang sangat ketara dari segi respon pedal minyak. Ia amat mengecewakan kerana pedal terpaksa ditekan lebih jauh untuk memastikan kereta memecut keluar simpang. Sepatutnya Proton Iriz 1.6 Auto tangkas dan lebih cepat. Namun isu enjin respon yang lembab dan lambat ini boleh diminimakan dengan menghantar ia ke workshop campro untuk pedal response setting.

    Side mirror yang yang kecil mengurangkan pemandangan sisi dan menyebabkan pemandu selalu perlu menoleh ke belakang untuk reverse dan menukar haluan.

    Bonet belakang yang kecil berbanding kereta sedan menjadi faktor banyak pembeli yang berkeluarga beralih arah walaupun spec yang ditawarkan adalah bagus.

    image

    Masalah lain yang berlaku pada Proton Iriz 1.3 atau 1.6 MT atau CVT auto boleh dibincangkan untuk panduan pengguna yang lain.

    image

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    149 Responses

    1. zarina zainal abidin says:

      Bunyi di belakang antara tayar belakang ataupun bawah bonet yg kurang menyenangkan. Auto 1.3. Harap dapat respone dari pihak proton secepat yg mungkin. Harap maklum

    2. Zzalias says:

      Wiper pancut air tak berfungsi, bila tekan air meleleh masuk dlm kereta . Wiper depan sebelah driver x keluat bila pancut air.
      Iriz 1.6 Premium ????

    3. kdi says:

      Zzalias, check laluan paip air wiper tu. Macam ada yang terkepit.

    4. ezzah says:

      Wiper bergerak walaupon dalam keadaan switch off..saluran air wiper sebelah kanan tidak mengalir air.lampu spotlight take hidup lepas 2 hari beli

    5. ezzah says:

      Iriz 1.6 premium

    6. liza says:

      pintu dah tak autolock as usual..
      xtau knape..
      my car 1.3CVT Feb 2015 ..

    7. naruto says:

      Assalamualaikum..

      Saya baru angkat proton iriz ni bulan lepas…antara problem saya hadapi adalah
      1. Dashboard berbunyi seperti kereta lama..
      2. Radio tiba2 tersenyap dlm 5 – 10 second lepas ok balik.
      3. Stering senget tak buat balancing.
      4. Bumper depan terbuka sikit bawah lampu sebelah penumpang..
      5. Enjin kasar..

      Ini lah masalah saya hadapi sekarang..sy dah bawa g eon service centre tapi masalah yg di sattle hanya la pada wheel balancing dan bumper…
      Kereta baru ambil , hutang baru lagi kat bank..masalah tak sattle lagi .. ambil kereta baru bukan kereta secondhand..kalau secondhand tu ok la lg boleh di terima..

      Nak buat macamana pakai ajela smp 5 thun habis kan hutang dulu..saya bukan nya nak kondemkan proton tapi saya kerja penat cari duit jadi nak la rasa yg selesa..ingatkan nk tolong proton tapi ni balasan sy dapat..

    8. pop says:

      naruto… begitulah saya kena semasa beli persona tahun 2008. Sekarang dah habis bayar masih pakai lagi. Nak jual tak sepadan. Luar nampak cantik, dalam macam2 jahanam. Lepas ni nak beli Honda City. Itu je yang aku mampu. Serik dah pakai proton…. seriiikkkkk

    9. pop says:

      Untuk pengetahuan pengomen2 diatas, masalah anda hadapi biasa2 sahaja. Tunggu masuk tahun kedua. Confirm melenting belaka. Siap2kan duit banyak2, cakap elok2 dengan dengan bos sebab nanti asyik2 keluar pejabat temujanji manjang dengan awek kat bengkel proton.

      Hahaha

    10. Nazrich says:

      Alamak, baru nak booking Iriz 1.3cvt… komen tak memberangsangkan.. nampak gaya amik keta kecik lah.. Axia 1.0SE… huhu

    11. sahe says:

      X tau la apa nk jd ngn proton ni..proton ni spatutnye lbih bgus drpd perodua..tp perodua pon bgus sbb copy n paste drpd kete jepun..

    12. Izal says:

      Pkai honda city pn belum tentu ok..tengok jat group city mcm2 diorg komplen..bunyi dashbord, pemasangan bumper x kemas dan mcm2 lg..service honda pn buat bodoh je problem ni..bg aku pkai kereta ni nasib yg penting service centre peka dan tau mcm mne nk setel problem

    13. pop says:

      Kepada Izal… kalaulah ditakdirkan dapat honda city bermasalah sekalipun boleh jual balik dengan harga boleh bayar balik baki loan, 3-4 lepas saya dah nak jual persona saya malangnya kedai nak amik dalam 15k sedangkan loan masih 30k…tak jadi jual… sedangkan myvi sedara saya tahun sama jual kereta dia dapat tutup loan dan lebih 7k buat downpayment utk livina.

      Pakai je la selagi boleh… buat main2…. kereta mahal kat malaysia….menyesal tak sudah boleh proton….

    14. pop says:

      *3-4 tahun lepas

    15. Tok wan says:

      Loan utk beli iriz 1.3 (A)dah lulus.Hari Ahad ni 9/8/15 salesman call utk sign. Bila baca comment pengguna iriz dgn pelbagai masalah myebabkan saya was2 dan tidak teragak2 utk batalkan pbelian Iriz.
      Mohon nasihat drp pengguna iriz.

    16. Jtrox says:

      saya iriz 1.6mt exec.
      Bila rpm naik ke 3k lantai dah tak smooth dah. Brrrrrrrr getaran pada lantai akan lebih terasa. Kalau naik sampai 120-140 getaran konsisten. Tak la begegar sampai nak pecah. Cuma tak selesa. Kereta baru la katakan. Stering pun ada getar sikit tp tak la teruk. Cuma geli la tangan.

      Masalah mounting ka? Balancing ka? Dah buat balancing dah semalam.

    17. Tok Wan says:

      saya minta tangguh dulu sign aggrement selama seminggu,
      solat istiqaroh mohon Allah bagi petunjuk yg terbaik,
      kalau bermasalah mcm savy dan tiara pening kepala tanggung selama 9 tahun.
      kalau ada pandangan drp sahabat2 semua boleh lah berkongsi

    18. Raja tedung says:

      Bodoh punya orang yang tulis blog ni, ejaan banyak silap…

    19. puteri nurul says:

      Saya punye iriz 1.6 premium..xsmpai setaun beli..xtau org lain sama ke tak.tapi problemnye mcm kereta ni dh bertahun pakai.
      1) lampu srs bag menyala.dah bape kali pegi setting coding..katanye erase false alarm coding.lepas sehari,nyala balik.
      2)lampu check enjin menyala tetiba..terus tersengguk kereta sy…tgh berjaLan plak tu…2 kali kene.nasib xda kereta laju dri belakang.
      3)masuk gear reverse mati.last2 kene tarik..
      4)radio ade masa xbunyi langsung.geram rasa nak hempuk je.

      Tolong la saya…dh bnyk kali pegi kedai servis proton.rs mcm nak buat aduan terus dgn proton.len kali jgn buat kereta.ingt boleh la selesa sikit..tp x.lg susah hti ada. Dan lagi menyakitkan hti org.menyesal sgt beli.mmg menyesal sungguh.

    20. Eder says:

      sementara ada warranty antar je dkt proton…try hantar dkt branch proton edar yg besar sikit,jngn hantar dkt pusat servis proton yg biasa

    21. sufiy says:

      bunyi bedenggung semacam….. huhu

    22. Tina says:

      Bru 2 bulan pkai iriz 1.6 auto premium-
      Probs;
      – enjin kuat berdengung
      – masalh suh check engine( kuar ikon engine warna kuning kt meter board)
      – n then jln trsemput2 la kete tu
      Dh anta kt service cntre proton dh last week, tup2 jd blik hr ni, sok kna pg lg..
      Minta tlg kpd semua yg tau punca n cara selesaikn.. Buntu dah ni.. ????????????????Tq..

    23. myv6 says:

      Salam kpd semua. Saya guna iriz 1.6 prem auto. Setelah membaca komen di atas, sedih rasanya. Kereta saya pun tak terkecuali drpd masalah.

      Saya beli kereta showroom, masa tu saya yang first pakai di cheras, warna hijau. Bila nk servis kali pertama, usahakan untuk pergi ke proton HQ Shah Alam demi mendapatkan update TCU & ECU terbaru.

      Kereta saya macam biasalah, berbunyi- bunyi dan bermasalah pelbagai.
      1) pintu bunyi bergetar: hantar SC (service centre) tapi tak selesai, DIY sendiri bunyi hampir hilang semua
      2) bunyi steering bergetar: SC order part steering column mounting baru. Tatau bila dpt.
      3) radio berhantu: dah cabut untuk repair, pasang balik pun masih ada masalah. Tiba masanya untuk saya naik hantu.
      4)lampu airbag menyala: order part steering clock spring, tatau bila dapat.
      5) kerusi pemandu bergoyang: bila sampai di SC, saya naik hantu. Order part baru.
      6) steering bergetar: kalau kereta anda bawah 1000km, boleh pergi balancing dan allignment free di SC. Tayar kereta saya bengkak kesemuanya, nak pergi claim di SC.

    24. norie says:

      masalah iriz saye adalah pada reverse sensor..dah tukar sensor pun masalah masih lagi timbul..bunyi sayup-sayup je mase reserve..lagi dahsyat bunyi sensor hanya keluar apabila kereta betul-betul dah nak hampir dengan sesuatu benda..lagi parah, bila dah berlanggar dengan benda baru dengar bunyi sensor tu..proton..please check betul-betul sebelum lepaskan kereta kepada pembeli..kereta bukan beli rm1-2..beribu…

    25. Laial says:

      Saya beli Iriz 1.6 Premium awal Feb 2015.
      Masalah saya yang utama ada dua..
      1: Lampu handbrake menyala walaupun tengah jalan, especially bila tekan brake (terus pop up menyala)
      2: Push start button kadang kala sampai 5 kali tekan baru enjin on..

      dah brapa kali per service center, asyk nak kena check reset system je.. korang ada masalah cam ni ke?

    26. cikS says:

      ingatkan saya je de problem, rupanye ramai lagi…Saya beli Iriz 1.6 Premium NOV 2014. Ade seminggu lagi genap setahun.sy baru je terkena mlm 26/10… time nak balik keje.. start enjin.. tapi gear tak boleh gerak pulak… indicator de display something.. last skali terpaksa call towing anta service centre.. sampai skrng proton service centre xcall utk update… last saya call tanya.. kena ganti part … dah la kena g keje berebut erl ngan train… nak nangis rasenye nyesal tak sudah sbb mula2 ingat nak beli honda jazz last2 ambik iriz…

    27. Shahrul says:

      Saya dah serik dgn proton. Sy faham tekanan yg anda hadapi sbb sy pn pernah terkena. Sy ada beli proton savvy amt pd 2006. Skrg tersadai. Mcm2 masalah. Sy ingtkn proton dah belajar dr kesilapan rupanya masih sama.membaca komen2 diatas menaikkan kemarahan sy. Please lah boikot beli proton. Proton betul2 menginiaya org. Sy beli savvy BARU pd taun 2006 dan pd masa sama ada sebuah toyota recond taun 2004(daftar Malaysia 2009), savvy tersadai dah manakala toyota masih berjalan tanpa sebarang masalah. Proton, tolong lah belajar dr kesilapan @ tutup saja dr menyusahkan dan menipu rakyat Malaysia

    28. fadzil says:

      Ptg tadi tempah 1.3 (A) Iriz di AEON Ipoh bayar RM100 duit booking tertarik sebab ada rebate lebih RM 4,000 nak bagi anak buat pi kerja. Balek rumah baca posting awak, semua, mak ooii teruknya Iriz ni. Buat keputusan batal booking tu baik beli Myvi. Duit booking tu salesman tu kata boleh pulang jika tak jadi. Harap sungguhlah apa dia kata. Siapa penasihat Proton ni hah?

    29. rauna says:

      Sy baru guna iriz auto 1.3 blm habis pantang lg.ini kereta ke2 sy. Dulu guna livina. Kecewa dgn livina sy beli exora. Puas hati dgn exora sy beli iriz ni. Setakat ni tak ada masaalah sgt. Sbb apa ? Sbb sy redha yg sy beli adalah keluaran proton. Tp klu sy beli iriz nak qualiti mcm honda memang akan mengecewakan sy. masa sy nak beli sy cuma compare myvi dan iriz saja. Sbb harga mampu milik. Honda jezz tolak tepi. Dari segi harga dan kelebihan menang iriz. Jd sy beli iriz. Handling sdp dan injin gear box modern. Sy berdoa supaya keta sy tak meragam. Walau keta exora banyak jugak org komplen banyak problem. Tp masih berlambak dijalanan. Begitu juga dgn iriz. Semakin berlambak dijalanan. Jd sy tak takut dgn masa dpn iriz. Jd pada sesiapa nak beli proton . Ingat lah yg kita beli adalah proton. Yg buat org melayu kita.

    30. ahmad says:

      Sy baru amik 1.3 auto dlm 2 minggu. Nak memotong memang kene pikir 2-3 kali sbb kurang pikap. Ari tu kene lggar, sikit kemek kt bahagian pintu. Masalah sy stakat ni radio skejap bunyi skejap tak seperti antena x kuat gtu la. Guna dah dekat 1k dah, nk tya siapa yg pernah service kali pertama brapa kena bayar?

    31. salam sejahtera, saya pengguna proton iriz 1.3 , selama hampir 10 bulan, dan kini saya sedang mengalami sedikir masalah mengenai kereta n memerlukan pandangan dari anda semua, Ketika menghidupakan enjin, bunyi enjin seperti biasa tetapi bila kereta mula bergerak perlahan terdapat satu bunyi seperti batu kerikil di geser di bahagian enjin atau tayar hadapan (punca tak di kenalpasti), tetapi pabila begerak laju bunyi tersebut hilang dan senyap… kepada sesipa yang pernah alami nya seperti ini , boleh lah mohon bantuan dari anda.. 017-3271563 -qimi-

    32. ilmi says:

      sama juga beberapa masalah.
      especially radio yg sekejap senyap sekejap okay! memang frust sangat bila jadi macam tu.

    33. sherina says:

      Sy bru trfikir nk amek iriz 1.6 premium..dgr komen yg agk menyeramkn mbuatkn sy trfikir blik..btol ke ni nk amek iriz…huhuhu…tlg sape2 nasihatkn…

    34. nana says:

      hi nk tanya kalau iriz 1.3 mt executive okay tk?
      Minta ajar yea?
      1.6 ngan 1.3 mana satu lagi jimat yea?

    35. nana says:

      hi nk tanya kalau iriz 1.3 mt executive okay tk?
      Minta ajar yea?
      1.6 ngan 1.3 mana satu lagi jimat ,MINYAK yea?
      SORRY REPOST balik salah tulis tadi…hihi

    36. haziq says:

      orite..setelah baca komen2 di atas.. sy faham x semua kereta adalah perfect..mungkin isu besar sy x boleh bantu.. better refer pada SC.. apabila melibatkan CVT/Breaking system…sila rujuk pada Proton or pakar elektronik

      1. Masalah radio (paling byk komen).. Try pergi setting and off ‘auto search’.. ad member jd mcm ni..lepastu dah
      okey..
      2. Masalah dashboard ad bunyi2 .. Try cek nut dia..maybe ad longgar
      3. Masalah reverse camera ..actually belum pernah ad problem.. cuma diingatkan sebelum reverse please on reverse
      camera dahulu
      4. Masalah steering gegar .. check balancing or berkaitan roda

      apa pun..reminder..nak2 part screen Iriz..please baca manual dahulu..sbb sistem radio dia ade kelainan sedikit..huhu
      banyakkan baca manual book pada iriz..insyaAllah okey..

      about savvy 2006 tadi model AMT right??.. this car xd problem actually..cuma part AMT tu x boleh ditukar sesuka hati..sebab sistem AMT ni kebanyakannya digunakan oleh European car/Continental car..part CPS dalam AMT tu sendiri dari salah satu vendor Ferrari.. AMT ni robotic sistem..better cari Bengkel PAKAR CONTINENTAL CAR..insyaAllah selesai,.. sebab adik sy ada guna Savvy Lite 2005 (AMT).. dulu kata mcm2 problem..rupa2 rupanya AMT ni kena repair pada yang pakar… try google Pakar Savvy or Pakar Continental..insyaAllah ad jumpa..salah satu ada di Melaka..

      thanks for support Proton..

    37. dyla zaini says:

      Sy iriz 1.6 exec…. problem sy plk….radio internet n Segala macam menatang kt situ sumemye problem….tu xblh Ni xbleh…on internet xleh…. leak memory xleh…ape pon xleh….sume flesh..ada rs nk mncarut pon ada jgk..keta baru je beli 3 4 bln tp sume da problem.cannot access internet while driving la padahal keta xbjln pon….siap matikn enjin lg…..mcm hampeh…..hari tu masukkn memory then da elok da blh dgr lagu mp3 ape sume then bila kuarkn nk tambah lagu then cube masukkn blik….da xleh bukak dah….macam hampeh

    38. dyla zaini says:

      Flesh??????? Outdo correction…huhuhu

      1 lg nk tmbah…kt metre tu bergetarrrrrrrr

    39. dyla zaini says:

      meter bergetarrrrr…..

    40. mib says:

      assalam dan salam sejahtera sahabat….saya memiliki Proton IRIZ 1.6 Premium sudah 1 tahun lebih…apa yang saya nak luahkan disini ialah saya kecewa dengan prestasinya IRIZ. Berbanding WAJA 1.6, adalah amat jauh WAJA lebih baik. IRIZ saya sekrang ni mengelami masalah seperti berikut….Dashboard kereta saya dh jatuh dan berbunyi….sponge yang lapik dashboard telah ke atas walaupun baru setahun saya pakai. pecutan juga amat mengecewakan…sebuah kereta kompak berkuasa 1.6 tapi hanya boleh memecut maksima 140 km/j itupun setelah pedal minyak ditekan. enjin yang bebrbunyi kasar. Secara umumnya prestasi Proton IRIz amatlah mengecewakan. Sekiranya saya diberi peluang kedua saya lebih suka memilih MYvi. Rasa seperti tertipu …

    41. honey says:

      Saya beli proton iriz 1.3 exec auto bulan mei 2015. Masalah yg dihadapi
      1. Gear box bunyi kasar
      2. Dashboard berbunyi
      3. Span dashboard terkeluar
      4. Steering x lurus
      5. Bila on aircond berbunyi dan keluar bau busuk
      6. Masa start enjin ada bunyi tok

    42. tokputeh says:

      Pada pandangan saya.Iriz mempunyai begitu banyak masalah.
      Saya sarankan anda membeli kereta lain agar tidak sakit hati.
      wassalam

    43. Iriz lime says:

      Sy pengguna iriz 1.6 premium. Setakat ni pakai iriz sgt best. Smart car. Berat kereta ni. Sedap bwk. Haritu trlupa nk kunci kereta, tgk2 dh trkunci sndiri. Sesuai utk gadis2 yg slalu lupa buka lmpu, lock kereta. Semua auto. Biaselah ade problem sikit2 kereta lain pn same jgk. Kalau ckp enjin kasar sbb enjin cvt. Kalau bmw tu enjin kasar elok je org x komplen. Kalau proton, semua kondem. Asal proton kan. Sterotype. Mmg safety sgt kereta ni. Kalau tgh tekan minyak n kita lepas minyak tu kereta akan jd slow n xmeluncur. Xmcm myvi. Lps minyak pn still meluncur lagi. N satu lagi, radio yg kejap2 on off tu sbb screen iriz sensitif. So xblh main tekan2 je. Off radio betul2 bila nk off. Jgn matikn enjin dlm mase radio x off lg. (sy pn ade masalah ni n tech proton yg bgtau) interior iriz cantik n elegan. so far, sy sgt suka iriz ni.mantap !

    44. Hayen says:

      Tolongla jgn konfius bunyik cvt dgn bunyik ekzos. Dekat setaun saya pakai premium cvt, xpernah dgr bunyik droning cvt. Yg droning hanyalah bunyik ekzos. Ada owner yg spend duit kt kedai ekzos spy ekzos senyap.

      Respon pedal minyak mmg sgt ketara time mula2 beli. Lps servis, dh kurang bnyk. Bila nk gerak, angkat je brek, trus tekan minyak, dh xde lag dh. Mencanak dia pegi.

      Author, saiz bonet belakang kecik, owner lain beralih ke sedan, ni pun problem ke? Aiyak, baru blajar psl kete ke?

    45. Hayen says:

      Saya sblm ni mmg pengguna perodua. Kelisa. Hampir2 nk beli myvi, tp lps study psl Iriz, mmg x nyesal x angkat myvi. Xde rattling pun, dashboard kemas. Saya hanya x suka bunyik ekzos yg kuat. HU pun x hebat sgt (laggy), tp ok la, boleh layan mkv video. Kalau pun ada kekurangan, KENAPA PROTON TAK PASANG CRUISE CONTROL DI PREMIUM??!!! Damn!!

    46. Usher says:

      Bila baca semua komen ni. Yg komen2 masalah majoriti pakai model 1.3 executive auto(CVT), 1.6 executive/premium auto(CVT). Komen part kat radio yg ada touchscreen, pickup enjin, bunyi enjin. Mungkin yang manual kurang sikit masalah2 macam ni. i think.

    47. alynn says:

      Hii saya pengguna iriz 1.6 premium

      Nak tanya, dkt saya punya radio, tiba2 ada tulis ALARM.
      Dah 2 kali dah benda ni jadi. Tak tahu lah kenapa

      Ada sesiapa pernah kene mcm ni?
      Kereta saya baru 6bulan.

    48. ayoi says:

      saya da beli iriz hujung raya tahun lepas..ok juga lah iriz ni..p saye ade masalah satu je sekarang..keta rpm boleh drop..tiba2 xde power..pergi pusat sc cakap masalah sensor pedal minyak..ingat kat masalah gear or minyak x naik..ni tgh tunggu betol ke tak edal minyak sensor pbolem..service kereta ok lah proton kalau compare pada myvi aku 360..proton service 150 je..jimat..sekarang ni aku bawa iriz yg terbaik bagi aku semua kereta aku bawa..sebab dye berat..body solid..kalau myvi mudah hilang kawalan..utk selamat iriz 5 star aku bagi..tapi system eletronik tu je ade masalah..memang benar..try tanya pd yg pakar..proton berubah dgn drastic sekarang alhamduliah..

    49. linda says:

      saya dah guna Iriz 1 tahun 3 bulan, semua ok saja sbb saya tak paksa atau dera kereta saya. Pada pendapat saya kalo pakai Roll Royes pun kalo hemtam mcm bawak jentolak pun jahanam juga. Amacam!

    50. gadis semasa says:

      saya pengguna iriz..dan saya baru lagi dalam bab2 kereta ni..saya nak tny iriz jimat minyak ke x? n brand ape yg menjimatkan minyak? sbb saya compare dulu saya pakai waja 1.6 tahun 2003 mcm jimat lg dari iriz.. tolong sat…

    51. mcfeemo says:

      eh… aku baru lepas booking tadi… ada CNY discount.. patut ke aku proceed dgn 1.3 CVT?

    52. rosmah says:

      Dah 1 bulan + guna iriz 1.3cvt exec.
      – bau bila isi petrol. bukak tingkap 2-3 minit baru hilang
      – bila lalu atas bumper jalan, kadang2 ade bunyi
      – aircon masuk area kaki walau pilih ‘mode muka’ je. Sumbat suratkhabar kat corong kaki tu….
      – lepas masuk 1000 km ni, lampu icon steering, brake, traction control menyala je.. tapi x la sepanjang masa.
      – radio selalu searching.. off kan aje RDS.
      – setakat ni tu je la problemnya.
      Minggu depan baru dapat hantar utk buat 1st servis.

      Berbaloi? Ok la RM520/bulan * 9 Tahun. Teringin nak honda jazz tapi x mampu.

    53. rohiszad ishak says:

      Salaam..rasanya pasal keta ni nasib…saya alhamdullilah pakai wira je tak ada problem
      .
      Sikit2 biasa me..dari perak dah ke hatyai..sampai johor…ok je..kawan saya pakai kete honda pun ada problem ..itu nasib

    54. Riza says:

      Dulu memang aku pakai Proton pelbagai model ada yg bermasalah dari segi teknikal dan ada model yg kurang masalah. Power window rosak memang sinonim dengan model Proton ni apa lagi kereta masuk air.
      Baru-baru ni aku beli kereta berjenama Jepun tahun 2008 2.4 cc kondisi nya tip top cuma tukar mentol lampu je, keretanya cantik enjin ok dan mampu memberi kepuasan memandu dari JB ke Kuantan melalui jalan Mersing-Endau-Rompin – Pekan dengan kondisi jalan zig-zag aku tersenyum puas berbaloi aku bayar 84k untuk kereta ni. Lalu aku mengambil keputusan untuk membeli lagi satu kereta berjenama yang sama 1.5v(brand new) untuk kegunaan isteri aku. Sekarang ni aku menggunakan 2 kereta berjenama Jepun dan sebuah Iswara 1.5 A tahun 1998 yg masih lagi setia memberikan perkhidmatan .

    55. Anas says:

      Saya pakai Iriz 1.6CVT. Dari Seberang Perai ke Perlis pandu bawah 100km minyak turun satu bar sja.Senang potong sebab pecutan macam 4G93(1800cc) saya. Mantap menjimatkan dan tiada masalah sehingga hari ini. Nak beli kereta lain 1600 spec sama jangkau RM80k manakala IRIZ RM55k ada diskaun pula, okay apa. Saya puas hati beli IRIZ 1600 CVT , semua ada tak payah tambah apa. Saya juga ada ALZA dan saya rasa IRIZ 1600 CVT lebih jimat minyak dari ALZA.

    56. Hairil says:

      Baru angkut iriz 1.3 auto standard.. dari subang ke kl, kl ke melaka… meter x sampai 1000km lagi.. naik pun bawak pusing beberapa kali je.. 2hari lepas ada dengar bunyi bergesel dekat tayar depan.. x tahu kenapa.. hari ni refer dekat branch tampin.. dia suruh bawak pergi melaka.. nak check… adoiiii… 1st payment pun x buat lagi.. dah nk kena membayar benda lain.. hope tak ada pepe yg teruk..

    57. Irizkch says:

      Wife saya pakai iriz 1thn +. So far no major problem.cuma glovebox tak fit. Service centre order yg baru tp dah setahun tak sampai sampai. I think kalau tukar baru pun sama krn masalahnya pada design.navigation system mcm takda fungsi.byk destination tak tahu.the rest ok.seronok juga drive iriz. Fuel consumption so so saja. Tak la jimat sangat

    58. Logarajah says:

      I Believe Iriz Infotaiment Can’t Watch Movie While Driving. What Can I Do In Order For Me Able To Play Movie While Driving So My Passengers Can Watch Movie? Need Your Kind Advice?

    59. Hartini says:

      Salam kepada semua penguna iriz saya ada masalah kenapa radio iriz 1.6 xhidup ? Baru je nie before nie ok . Help me please . Tepu dah nie

    60. Junior says:

      Sya dh hmpir 1year pakai iriz 1.3 auto… masalah warning air bag menyala..dah bnyak kali hntar g proton edar mereka kata masal alarm lock… dah di atur sehari je tak nyala esoknya nyala balik.. aku dah tk tahu nak buat macm mana… nenyesal rasa nya…

    61. Kwong says:

      Saya memiliki Proton Iriz premium sejak bulan March 2015. Dalam bulan pertama saya menghadapi problems berikut:
      1) Start button perlu tekan banyak kali sebelum enjin hidup.(kerap)
      2) Reverse sensor kurang sensitif. Ia bunyi walaupun tiada halangan di belakang atau tidak bunyi bila terdapat halangan di belakang. (Kadang kala)
      3) Hon tidak sensitif. Perlu tekan kuat baru bunyi. Bayangkan bila dalam keadaan kecemasan bagaimana kita ada masa untuk tekan kuat utk bunyikan hon.

      Saya perlu ulang alik ke workshop Proton utk membaiki masalah ini. Orang yg bekerja mana cari masa utk ulangalik ke workshop.
      Kesimpulan saya adalah kualiti control kilang tidak sampai standard yang diharapkan. Kilang membiarkan iriz yg tidak sampai standard yang di setkan keluar dari kilang. Sikap pekerja proton perlu berubah.

    62. ijaini says:

      Saya menggunakan proton iriz 1.3 exercutive sejak ogos 2015. masalah yang saya hadapi adalah
      1.hose wiper sebelah kiri selalu tercabut – so saya ikat dgn plastik strip- masalah selesai
      2.Span dashboard terkeluar- saya sumbat balik tapi masih dapat dilihat dari posisi driver
      3.Ada bunyi sepert bunyi tikus dekat dashboard or bonet tak dapat pastikan lagi – masalah ini belum selesai

    63. umi says:

      saya penguna iriz. klo tukar body pun smart kan

    64. Ariana Nur says:

      baru beli 2 bulan huruf PREMIUM dh tanggal…apa kes!

    65. ellie says:

      masalah lock pintu iriz, saya berlarutan. sehingga kini.. tiada jln penyelesaian dr pihak service center sendiri.. 3pintu tidak dpt di buka dan hanya sebelah driver je boleh buka.. pergi dkt SC pn masih x, leh guna.. dah tukar brg, wirering pn dh buat.. sikap. SC sendiri acuh x acuh bila saya asyik ke SC.. siapa x, geram. bila pergi bandar tiba2 pintu x boleh bukak.saya harap mslah saya ini. ada jalan pnyelesaian

    66. Nor says:

      Sy pakai iriz auto 1.3 CVT..sy pakai baru 4 bulan..kereta baru jln 6000 km..masalah kereta sy..
      1. Bau minyak yg sgt kuat dari dalam kabin setiap kali isi minyak..smpai 30minit baru hilang..
      2. Minyak turun mendadak..contoh sy baru jln 1 km,minyak yg trun dekat 10km..
      3. Indicator minyk asyik turun dan naik.
      4. Stereng bunyi
      5. Enjin lps off bunyi bubble,seolah2,ada bnda tgh mendidih
      6. Kereta tetiba rasa berat even angin tayar cukup (masalah baru)
      Sy da pg 4kali ke service center tp msalah still sama jer..no solution..mcm tk buat kerja..last sy pg jwpn yg dorg bg sbb msalah sy adlah minyk turun mendadak dan turun naik sbb pump yg dia pakai pump kereta waja..hello,ini kereta iriz,mcm mne pump waja bleh letak lam kereta baru? Tk logik lgsg..Soal enjin bunyi bubble,dorg ckp smua iriz baru mmg bunyi mcm tu..yg ni sy angin,klu smua sama npe kereta kwn sy tk bunyi pon even model sama jer..knape kereta sy jer problem..kereta keluaran December 2015..korg ada mslh cmni tk?penat la sy,duit minyk pakai rm30 da hbs lam msa sehari even jln tk smpai 10km..seolah sy pakai kereta sisi 2.0..duit hbs,msa pon hbs asyk pg pusat service..korg ada tk yg pernah alami mslh ni?share sikit dgn sy..

    67. ackholbeck says:

      Ini bab kereta iris, saya menyibok sekejap kerana tahun lepas saya pun sama panas hati guna preve brek begedop gedop bila tekan 110km, betekak di sc coe, lepas tu pintu kena hentak kuat baru boleh tutup, lepas satu satu sekarang syukur dah boleh senyum takde yg tak puas hati, maklumlah rm67k dah commit, rm1112 keluar sebulan bagi balik kat company zero riba..?. Baru baru ini semasa memandu di federal hway ternampak satu vw polo merah baru berkilat, ikut number plat lebih kurang 2 bulan baru keluar kedai, hazard light menyala, masa waktu orang balik kerja,. Yang Ku kesian pemandu, sudah keluar kereta jadi pengawal trafic sambil cuba membuka triangle merah. Aku terfikir apa perasaan pemandu itu ? Kereta baru, buatan german, solid tak ada bunyi sana sini tapi tersangkut langsung tK boleh jalan, aku bercakap seorang diri kat kereta kau, terima kasih keran tak buat hal mcm tu, alhamdulillah

    68. ackholbeck says:

      Nor, kalau bunyi bubble tu mungkin kipas radiator tidak berfungsi, kerana sensor,themostart atau water pump. Boleh overheat engine, nasihat saya pergi ke workshop yg anda kenal mintak pendapat mereka dan pastikan anda faham, kemudian baru pergi ke SC proton yg bukan wakil, contoh COE kesas hway selangor, dan minta meraka perbetulkan. Saya pernah mengalami perkara yg sama, maaf situasi yg sama, sc tidak tahu apa2, wshop diluar yg dapat mengesan masaalah kerata saya, dañ formen nasihat. Kereta tuan tuan masih waranty claim dekat proton, kedai2 service tayar pun ada yg pakar dlm hal lain tentang kereta, selepas itu saya ,engahantar kereta2 saya utk ditukar tayar di kedai itu sebagai tanda terima kasih

    69. ackholbeck says:

      @haziq, bab savvy memang betul, amt robotic boleh refer bengkel kereta renault seperti william disubang jaya dan lain2, google, satu lagi savvy kena tambah earth wayar yg simple, cable wayar tembaga sebesar jari kelingking,satu pun cukup dari body ke ( – ) negative terminal di bateri, itu sahaja dan tiada lagi masaalah electronik, selain itu selalu bersihkan trottle body, langgarkan screw antara injin dan kotak angin dan angkat kotak angin, itu sahaja, tanggalkan kotak angin pada injin, basahkan kain dgn kerosene, minyak gas, cuci lubang intake angin injin, tolak buttefly trottle body perlahan dan cuci juga, tak payah buka nut atau apa2 screw trottle body, saya ada sebuah savvy tahun 2005 dan masih berkeadaan baik. Sekali crank

    70. Saba says:

      Salam semua, First day dapat iriz 1.6 MT premium, kunci gear lock tak nak Unlock.. Dia punya Lock Kat reverse gear position. Bila start engine boleh reverse je.. Kena main butang start stop engine beberapa kali hampir sampai nak give up baru ok..
      Ada ke sapa2 yg ada masalah ni.. Ke saya yg tak pandai pakai benda ni.. Gear lock ni mcm menyusahkan je.. Kalau tak lock, paparan dashboard tak padam.. Habis bateri nanti pulak.
      So far gegaran berhantu Tak ada lagi.

    71. zera says:

      sy guna iriz 1.6 CVT tahun 2014 ,, seminggu selepas guna ada masalah radio tibe2 kuat sgt, n kdg2 xboleh hidup, gps xupdate.. nak guna gps tp sistem dlm tu xupdate, baik xpayah letak gps kereta.. terpakse hantar kereta ke pusat servis proton hq sbb ade masalah tingkap auto xbole bukak n tutup belah driver.. 2016, masalah gear.. masuk gear reverse tp kereta xboleh gerak, mcm xmasuk gear padahal kete auto.. 2x jadi.. matikan enjin n start balik baru ok.. byr bulan2 7** tp quality kereta mcm hampehhhh… menyesal,, nak jual xlaku.. sbb bru setahun lebih guna..

    72. Siti normizah says:

      Sy pakai dah setahun 3 bln iriz premium. Masalah iriz sy adalah failure of stop lamp switch censor and switch break censor yg menyebabkan keseluruhan kereta sy jam n htr ke proton cose shah alam.dlm ms 1 thn 3 bln ni iriz sy dah 5 kali naik towing.n masalah yg sama setiap kali. Last skali naik towing bulan lepas yg mana sy buat tuntutan dg pihak proton dipanjangkan masa warranty kerana failure yg berulang sehingga bateri kete sy kong disebabkan mslh stop lamp switch censor fail.tuntutan sy berjaya kerana sy panjangkan aduan ke kpdnkk dan kpdnkk buat siasatan menyeluruh terhadap laporan sy.bkn itu shj sy pernah tiba2 tyr bunyi bergesel di tgh hiway plus dr tg malim ke kl n im alone sbb outstation. Rupanya bearing tyr blkg sebelah kiri dah pecah. Its a heartbreaking cos my car is always nnot in use. I use on weekend n sometimes for outstation. No more outstation currently cos im phobia of the car breakdwn or engine couldnt start.tuntutan sy berjaya tp proton lambat htr surat jd tuntutan sy di batalkan ats alasan sy tidak mmenhantar notify kepada protn. Pdhal ssy xterima surat mereka lgsung. Sedih as a customer n user. Feel bad lol

    73. jeneral says:

      Iriz 1.3cc saya ada prob reverse sensor, air wiper sumbat.Yg lain ok,power.Starting lambat 1-2 second adalah ciri2 keselamatan.Klu terpijak pedal myk keta xtrus meluncur.Utk jimat myk, masa nk over take, angkat pedal skjp dan terus tekan pedal myk.Ada power dan myk jimat

    74. cucu says:

      kebanyakan masalah mcm kereta auto je.. CVT… bnda elektronik.. mne la leh tahan lama.. wira bapak aku tahun 2004.. alhamdulillah.. ok je.. hahaha… xde kete lagi.. nak tgok2 komen orang pasal iriz.. sbb lebih gemar mnual dari auto..

    75. Tentera says:

      Hahahaha baru terpikir nak ambil kereta..cadangan iris 1.6 premium..last2 lepas baca and compare..decide to cancel hoho..

    76. Rokiah says:

      Kalau mampu beli kereta lain selain dari proton…beter, proton to much problem…buang duit jer beli

    77. Khairul says:

      Nak tya..aircond iriz ni memang sejuk dia xkuat ke?berbanding dgan saga flx..saga sy buat kt number 3 n kipas sderhana..da sejuk gle.tp iriz pusing smpai abis pn xle lawan lg kesejukan aircnd saga..bmasalah atau normal bg pemilik iriz y lain.

    78. Nasir says:

      Masalah
      1. Tayar belakang Dah Bengkak
      2. Milleage Baru 24K dah kena ganti absorber baru
      3. Baru kena semalam (Fuell Meter X fungsi) ak isi minyak RM40.00 sebelum tu ada lg 3Bar sepatut nya
      akan naik full bar bila pegi SC dia cakap proton iriz 1st Edition memang semua ada masalah ni (pelampung Minyak Sangkut kat tangki) aduh indah nya pakai iriz
      4. Seat Depan pemandu bergoyang
      5. Radio selalu hang
      dulu ak pakai saga fl sampai excident total lost x pernah ada masalah camni

    79. superman says:

      banyak masalah proton.. iriz 1. 6 premium.. if i tau dari awal kan baik.. xlah beli proton.. huhu..memanjang problem. air wiper slalu cabut, radio hang, belakang bonet berbunyi bila tekan break, lampu tak terang, cermin depan kabur kalau hujan, langsung x nampak, getah atas bumbung dah tercabut nampak macam lama je.. beli iriz 1. 6 premium kata keluaran baru.. tapi macam lama je rasa nya.. beli 2016.. tapi dalam borang 2014.. pintu kalau tutup dengar sangat keras.. tak macam produa alza lembut je.. banyak lagi lah masalah dia.. tapi i bersyukur lah apa yang ada.. first time dapat beli kereta proton..harap dapat pakai lama :)

    80. Aqira says:

      Sy gne iriz 1.3E..arini drive dri kL ke jB..smpai kt kluang knon2 nk benti makan..tetibe alrm berbunyi non-stop n xbleh start..hold a few min bru bleh start tp alarm still bunyi..xsmpai 1thun pun lg kereta tu.. kenapa ye..?

    81. mina says:

      aku start pkai iriz bulan march 2015..spanjang tempoh tu..mcm2 problem la..tp aku xtau la problem aku neh biasa ka x..sbb 1st car la katakan..
      1) cermin side mirror xleh gerak..dh p sc betulkan.
      2) cermin tingkap driver tiba2 bunyi meletup…pdahal time tu xbuka tingkap pon..esoknya buka tingkap..bunyi lg sekali..terus tingkap xleh tutup terus..dua kali pergi sc baru cermin tu betul2 berfungsi tnpa bunyi..cermin tingkap penumpang blakang pon slow..p tukar apa xtau..dah ok dua2 tgkap..
      3) air wiper xmau kuaq…2 kali aku p komplen n repair kat sc..kali kedua kekal smpai skrang..katanya paip tercabut..
      4) skrang gear pulak ketat..klau letak kat P tu..jenuh la xleh tolak p mna..jenuh aku tarik..mmg ketat gila..khamis neh baru p sc..apointment..aku mmg xberani tolak ke P dah..letak di N ja..
      5) enjin bunyi kuat..kalau aku mmg xsedar enjin kuat tu..smpai la abg n abg ipar aku tegur..kwan2 tegur…baru aku perasan mcm ada bunyi yg xkena..hahaha
      6) radio tu dah biasa..sat ada sat xdak..aku igt tgh searching..tp tgk screen xda pon…
      7) sensor seat belt belah penumpang tu..mcm hidup sgan mati xmau ja aku dgaq..aku pon xfhm psai pa..haha..
      tu la mslah yg aku hdap stakat la neh..keja dok bcinta gn sc proton ja..nasib la smua mslah tu under waranty lg..so xkena byaq untuk kos tu..khamis neh xtau la free lg ka x..hehehe

      *just nk kongsi msalah..

    82. mina says:

      lg satu tertinggal..pling penting neh…dashboard bunyi..skit telinga..xsenang dok..3 kali p proton depa buka dashboard tu..still ada bunyi yg xmyenangkan tu..tp dh kurang dari dulu..hehe..

    83. FAISAL ABDULMALEK says:

      saya pengguna Iriz 1.3 manual high spec…ada komen tak pasal lambat pick up dgn gear dia mcm pendek….mcm menahan…gear 5 mcm gear 4….gear 4 pulak mcm gear 3..tak puas tekan myk.

    84. Ayie says:

      salam…saya pengguna Iriz 1.6 Premium CVT. Beli Julai 2015. So far Alhamdulillah tak de major problem.
      -bunyi dasboard kadang2 je (sumbat je getah paip acond tu sikit2 smpai ilang bunyi)
      -getah bumbung tk fit (tech bukak n pasang balik masa 1st service)
      -lampu bonet tk nyala (tukar door switch-claim warranty- 2mngu oder part)
      -air wiper tk kluar (paip tercabut-pasang sendri je)
      -FC ikut driver la (bg saya jimat)

      *overall puas ati dgn Iriz- handling n safety mantop (semua stendet kedai lg hehehe..)
      *sape2 dok area kajang/bangi bole try Proton’s 3S Puncak Merak Sdn Bhd, semenyih. tepi highway Lekas tu je. Laju je claim warranty

    85. Umar al-zahra says:

      Sy pengguna iriz 1.3 cvt std. Dulu, sebelum beli exora macam2 sy dgr org complain kata exora lembab, banyak masalah, dashboard runtuh, situ tak kena sini tak kena pickup takde main bukit out. Bila sy beli semua tu rasa mcm takbetul. Exora sy pickup, starting traffic light berdesup siap skid tayar lagi, main bukit gerik banding jeli tu berdesup jek rilek gagah. Minyak 1 tank bleh jalan 700km ++….
      Sekarang iriz pun ramai yg kondem itu dan ini… pada sy iriz sy takde masalah setakat ni alhamdulillah. Kepada mereka yg ada masalah saya rasa semua ini terkena… sbb sy beli alza advance terkena banyak masalah minor… tak allignment tayar, pemasangan kerusi belakang lari tak allign antara kerusi, skirting tercabut sendiri, gps mcm hampeh slalu bawak salah jalan dan mcm2 lagi… jadi bersabar lah wahai saudaraku semua…. bab iriz ni, Cuma rasa mcm kureng ckit sbb kenapa proton buang wiper belakang ntuk model std… sepatutnya wiper belakang tu kira standard kereta H back kan. Ada sesapa tahu kedai yg boleh pasang wiper pada iriz tak?

    86. Umar al-zahra says:

      Kepada en khairul, masalah ekon tak sejuk ni biasanya gas kurang. Sy pernah kena dgn viva elite dlu. Bru beli ekon tak kuat. Pegi cek rupa2nya gas kurang. Cuba cek. Tambah gas dlm 20 hinggit. Tak void warranty so don’t worry.

    87. Muzz says:

      Kereta iriz aku tersadai kat bengkel lagi lepas kemalangan dah hampir sebulan.. kereta ok CUMA tunggu barang sampai jer,call hari Ni masih lagi tunggu barang.terpaksa sewa kenderaan lain untuk kerja,hantar anak sekolah,hantar isteri Niaga..sekarang terpaksa curi 7 hari tanpa gaji berharap kenderaan siap.tapi bila call 50/50 siap sebab barang masih tiada.aku ada tanggungjawab nak buat so sampai menyusahkan hidup aku,siap aku nak jual iriz Ni lagi baik pakai kenderaan lain selain proton.aku dah susah sekarang Ni.. aku dah talifon 3 tempat untuk selesai dalam minggu ini juga sebab berharap aku boleh bekerja,hantar anak sekolah Dan urusan lain.. sebab waktu aku pakai myvi,pernah kemalangan,lagi teruk dari dari kemalangan iriz Ni tapi 2 minggu dah siap. Aku menyesal jual myvi beli iriz.kenderaan cantik,bagus, ingatkan proton Ni dah berubah. Sekarang lagi teruk sampai sebulan tersadai tunggu barang,masih tunggu barang tiada,mana2 masyarakat pun tak boleh terima kalau alasan proton kata Macam tu.. lebih baik tutup jer proton Ni,jual kat orang pastu macam2 masalah.kita pula kena tanggung sampai menyusahkan urusan kerja Dan anak.takda niat aku nak jatuhkan proton.ko fikir lah buat kenderaan jual banyak,barang sprepart takda Dan tak stanby.warranty apa Ni,service care apa Ni? Aku terpaksa tanggung derita,apa pun tak boleh nak buat apa lagi..

    88. Zack says:

      Alhamdulillah, saya dah pakai Iriz Manual 1.3L Standard, keluaran 2015, selama 7 bulan tanpa ada masalah kritikal. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. so, dapat diskaun sampai RM5,000. harga OTR RM 42,000, tapi buat loan cuma RM 37,000 saja. dah macam harga Axia dan Proton Saga.

      Secara keseluruhan pakai iriz ni oklah. Cuma yang menjengkelkan sikit tu, ialah pasal bunyi getaran dan ketukan (rattling and knocking) di dashboard yang bermula selepas 2-3 bulan pakai. bunyi ni mcm keluar sebelah kanan dashboard, kadang2 sebelah kiri. kadang2 belah tengah. macam ada mood plak kat area mana dia nak berbunyi. Awal2 dulu macam takda la pulak. tapi bunyi ni tak lah sepanjang masa, sekejap ada, sekejap takda (berhantu?). Selain tu bunyi agak kuat masuk ke dalam kabin dari tayar. ada reviewer yg rekomen tukar ke tayar continental conticomfort. cadang nak tukar lepas ni. Hari tu ada brek mengejut dalam hujan lebat, lepas tu lampu brake menyala berterusan. lepas pergi servis, masalah selesai. Reverse sensor pulak tak berfungsi lepas tinggal kereta kat luar waktu ribut. tapi keesokan harinya, dah ok, tak payah gi servis pun.

      Dalam dok baca komen2 kat atas, rasa macam dasyat jugak masalah iriz ni, itu tercabut, itu terbalik, terbongkang terkangkang semua ada. Ada cakap dengar bunyi tikus kat dashboard. so far, saya punya iriz takda lah tikus tu. selalu dengar bunyi ala2 ‘transformer’ kat boot enjin.. mungkin dari air-cond kot, sbb aircond Daikin kat rumah pun bila bukak, compressor di luar keluarkan bunyi yg sama. Awal2 pakai dulu pick up macam kureng sikit tapi, lepas dah 2 kali servis maintenance tukar minyak, macam enjin lebih smooth dan tajam. lebih ummm..best bawak iriz manual ni.. mantap. Orang selalu ckp iriz ni dibuat utk transmisi manual, bukan cvt. ini baru 1.3L. tak dapat bayangkan kalau 1.6L. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti nak upgrade ke 1.6L premium. cuma bagi saya pickup 1.3 manual ni tak berapa power dari gear 1 ke 2. mcm dari full stop kat lampu merah dan nak bergerak (iriz ni body berat), tapi dari gear 2 dan seterusnya mmg mantap.

      Lagi satu saya tertanya2, berapa ramai dari pemilik iriz ni yang baca buku MANUAL PEMILIK (Owner’s Manual). Dalam tu ada banyak tips dan panduan yang menerangkan sebab dan punca serta cara mengatasi apa2 masalah yang timbul. walaupun saya rasa mcm dah berpengalaman dan tahu banyak benda pasal kereta, tapi bila belek2 buku tu, rupanya masih banyak perkara yang belum tahu. silalah baca ya. baca sikit2 bila ada masa. bukan cram mcm nak studi exam. gear tersangkut kat P, sensor belakang berbunyi, suis start-stop tak boleh on..dan masalah2 lain ni ada dijelaskan dalam buku tu. cara2 penjagaan pun ada jugak dalam tu, cara nak jaga enjin, nak jaga reverse sensor dari rosak. semua ada dalam tu. bila dah pakai menonong semberono mcm tahu segalanya, bila benda rosak terus bising2. mungkin kita adalah puncanya.

      Iriz ni ada banyak yang best. binaan chassis mantap. saya selalu terpesona dgn pintu iriz belah pemandu (dan penumpang depan). pintu kereta kebal.. berat dan pejal. nak bukak dan tutup tu kene guna tenaga sikit. bila tutup, bunyi tu mmg sedap. lagi satu yang best ialah pasal brek iriz. tekan sikit pun dah mencengkam rapat (fungsi ‘Brake Assist’). awal2 pakai dulu selalu tertekan brek kuat sangat sbb dah biasa pakai kereta lama (Kia Spectra 1.6L, Auto). mmg terbang barang2 dalam kereta. sekarang dah ok. so, dalam traffic jam, tak lenguh sangat dok tekan brek. clutch pun lembut (utk manual). stereng pun best, layan jer ambik corner. speeding tak bergegar walaupun 150-160kmj. respons stereng automatik jadi keras bila speeding dan rasa badan iriz tu melekap atas jalan walaupun hujan lebat (fungsi ‘Traction Control’), so tak rasa mcm nak terpesong keluar jalan. TIPS saya. Kalau nak iriz tu lebih pickup dan smooth bila speeding. ..TUTUP AIR-COND.

      Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB! Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

      Kalau anda memang seorang ABP (ABP – Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

      Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat ‘boleh elak’. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.

      Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL – USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

      “Pada zaman Rasulullah ? ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi ? yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”” – https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

      – Kenal dulu ‘kemampuan’ kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. –

      VIDEO RUJUKAN PASAL ESC:

      1. Bahasa Indonesia – https:// http://www.youtube.com/watch?v=mbqgsAjuot8

      2. Bahasa Inggeris – (a) https:// http://www.youtube.com/watch?v=VGjdoGJItX8 ; (b) https:// http://www.youtube.com/watch?v=MCRLKRluk1w; (c) https:// http://www.youtube.com/watch?v=vhdjXqbyj5s; (d) https:// http://www.youtube.com/watch?v=C4-Lbt8KHkw

    89. Malaysia Ok says:

      Ntah xtau nk ckap apa.kluaran terbaru ptot lebih gah di atas komen pngguna tpi ni sebaliknya. Dh 3x pakai proton tuhan saja yg tahu. nk smpan duit utk family pun xdpt asyik dia je booking duit aku smpai kena pnjam sana sni.Tau ambil civic 1.8 scondhand thun 2008 je dari persona 2013 baru hrga bulanan sma je.

    90. naim says:

      bulan 10 2016 ni genap setahun iriz saya 1.6 premium manual…so far pakai 9/10 star lahh…top speed 184kmh gps speed…minor problem y selalu ada is software bug dlm ECU rasanya lahh…sometime keluar lampu2 dlm dashboard tu…cuma boleh di kawal dengan sequence kita berurusan dengan system IRIZ ni..sequence ni dari nak start kenderaan hingga nk stop engine…kena ada sequnce/cara y user manual cakap I.Allah anda n IRIZ akan selaras,faham satu sama, lain n IRIZ x akan buat masalah minor2 ni….wiper hose ni common masalah iriz…pakai cabble tight or rtv kat hose y selalu keluar..bab lock gear ni/tranmisi manual, kena make sure bila nk stop engine gear dlm keadaan absolute reverse..baru x akan ada problem gear x boleh unlock

      service on time…so far minyak pelincir y saya pakai shell helix ultra 5w-40…bab engine bunyi bubble ni is the system VVT pada engine…MINYAK PELINCIR WAJIB NOMBOR AKHIR TIDAK LEBIH DARI 40..sebab FLOW minyak akan affect VVT actuator..oleh itu VVT akan lambat/hampir tidak activ untuk secondary valve open pada rpm3.5k…mungkin pada transmisi CVT ECU management dngn VVT ni dalam keadaan constant..pengalaman saya mengendali tramisi manual VVT ni dpt rasa VVT kick…CUMA KADANG2 ECU software x stable…

    91. Kanjo says:

      Bulan 8 tahun 2015, sy mula2 test drive proton iriz 1.6 premium cvt. Lepas test drive terus jatuh hati & hampir nk booking iriz 1.6 premium cvt. Tapi orang tua pulak x bagi, diorang suruh sy beli myvi je. Sy pun pasrah jela ikut cakap orang tua, beli la myvi 1.5 advance. Sampai sekarang alhamdulliah xde apa2 masalah, cuma pastikan service on time. Tapi kadang2 jeles jugak kat safety features yg ada kat proton iriz ni ?

    92. Erffan says:

      Sy pakai iriz 1.3 auto. Dah setahun lebih. Setiap mggu dri tempat kerja ke rumah (berulang) lebih kurang hampir 4ratus km. Dlm sebulan outstation dn bla bla…hampir 1ribu km. Tayar keta botak dlm masa 7bulan. Sampai sekarang servis macam biasa. Nice drive. Safety drive dn best drive. Bagi sy iriz is cool. Masalah bunyi dashboard ada sebelum ni dn bwk g sc. Lain lain xde masalah.

    93. Yoyo says:

      Pakai iriz 1.3 dah setahun lebih.. Problem dashboard bising mmg ad.. Getah bumbung dah terbang.. Bearing belakang bunyi.. Hari tu dah tu.. Xsmpai 5bln skrg ni jadi balk.. Prgi sc ckp barang xde.. Hurmmm bole bantu siapa yg tahu mane nk dpt kn bearing??

    94. Syukur says:

      Mungkin saya bernasib baik, kereta baru saya yg pertama proton savvy, sekarang sudah 12 tahun dan masih digunakan sebagai kereta pergi supermarket, mula mula beli memang banyak masaalah, tekan minyak pergi kiri angkat pedal minyak pergi kanan, dashboard ada bunyi cengkerek,bearing belakang kerap rosak , tapi satu satu masaalah saya selesaikan, contoh bunyi cengkerek kerana dashboard kena cermin saya sendalkan getah, handling saya buat dikedai yg tayar yg benar benar mahir, bearing saya diberitahu oleh formen untuk memasukkan minyak grease banyak bukan calit sahaja dibearing. Hingga sekarang syukur tak pernah ada major problem selain wear N tear dan penukaran minyak enjin mengikut jadual, enjin masih belum pernah di overhaul dan kereta masih boleh mencapai 150kmh top. Apa yg saya dpt simpulkan semua kereta ada masaalah, kita kena lebihkan effort utk menjaga dan memahami, adik adik saya yg lain yg pernah meminjam kereta saya kerana kereta import mereka dibengkel hairan kerana kereta saya masih terasa kereta baru dan ada yg ingin membeli kereta saya kerana saya sudah ada preve baru tapi saya tidak ingin menjualkan kerana bila ada masaalah mereka akan menyalahkan kereta wahhal cara penjagaan dan penyelesaian sesebuah kereta yg menjadikan sesebuah kereta itu sebegitu rupa, bukan kereta menyelesaikan sendiri. Adik adik saya pernah meminjamkan kereta kereta mereka ie. Vios,city premacy dan grandis untuk saya cuba dlm tempoh seminggu dua apabila saya minta untuk membuat penilaiian sebelum saya memilih preve. Terpulang kepada cita rasa masing masing saya seorang yg suka kepada speed dan handling yg confidence jadi saya memilih preve , viou dan city premacy atau grandis ada kekuatan masing2 tetapi preve driving experience lebih mantap. Dan saya rasa dari segi harga, lebihan dari membeli preve sama sahaja nilai after sales jika saya membeli jenama import yg masih buatan tempatan. Saya memdapat kemudahan pembelian kenderaan rm150k tanpa faedah daripada syarikat dgn pembayaran balik 5 tahun, sudah masuk tahun kedua preve seperti biasa akan ada masaalah namun syukur belum ada masaalah besar dan pernah try 195kmh top

    95. Khairul says:

      Sape sini boleh cite dtail atau ada tmpt rujukan utk info mengenai ‘info’ yang kat meter kete tu?kalau tekan butang kt wiper tu dia ada kuar mcm2..dlm buku dia xda cite lak..maaf dan terima kasih

    96. Unknown says:

      Nak tnye kalo srs memyala sendiri pa mslh?

    97. Bantahhapuskeretalama says:

      keluaran proton yg tbaik setakat ni paling aku salute model saga mahathir,iswara,wira dan seangkatan muka wira..lain xleh pegi jauh sampai la model yg tbaru skrg..

    98. Takpe.. ada yg nk beli kereta perodua boleh call saya.

    99. Ryll says:

      Sya ada beli proton iris 1.6 CVT. Kreta blm lg smpai setahun….Mslh yg sya hadapi:
      1. Gear biding
      2. Lambat pick up
      3. Isyarat radio pandai hilang….Bgitu jg suaranya
      4. Ada bunyi2 d bhgn pintu
      5. Trbaru ni smua pintu tak blh Buka dr luar Atau dlm walaupun tekan alarm….Autolock nya jg tdk brfungsi

    100. Laila says:

      Kpd Ryll
      Sy juga alami masalah no 3 & 5.
      No 3 selesai tanpa saya tahu apa solutionnya.

      No 5 adalah safety features. Kes sy ialah sy dah tekan unlock dr remote tp sy tak buka pintu kereta, selepas beberapa ketika dibiarkan, kereta secara automatik akan lock semula tp sy tak sedar dan cuba buka kereta secara paksa dalam 3 kali & system detect seperti kereta bakal dicuri. Jadi system lock kesemua pintu dari luar dan dlm. Solution nya saya masuk dari bonet untuk cuba hidupkan enjin.namun pintu masih lock, jadi sy buka penghadang kunci di pintu driver dan buka pintu menggunakan kunci. Cuma hanya pintu driver sahaja y akan terbuka, kemudian bawa kereta ke pusat service proton & mereka akan reset balik safety system mereka.

    101. Ryll says:

      Tqvm Laila utk jwpn Mslh no 5……Mgkn jg itu penyebabnya pintu lock smua dr luar dan dlm…..Tpi pihak produa tak jelaskn plak Masa beli kreta tu dan mcm mana reset balik system lock

    102. Laila says:

      Reset system hanya service centre yang boleh buat. Sale man x beritahu tp ada tulis dekat buku. Sy dah 2 tahun guna iriz, Alhamdulillah mula2 je mcm2 masalah,skrang dah ok.

    103. zalkafli says:

      Saya bukan taknak suport proton, tapi proton sendiri tak nak berubah, saya fikir selepas hampir 30 tahun proton mesti sudah capai satu level yang agak tinggi dari segi kualiti paling tidak setara dengan kereta korea. Tapi jangkaan saya meleset selepas membeli IRIS. dengan harga yang mahal sepatutnya saya mendapat sesuatu yang berkualiti. jangan kata kereta import mahal, ia menjadi mahal sbb tongkat yang diberikan oleh kerajaan kepada proton. Jika tiada tongkat dari kerajan dengan harga yang sama pengguna akan mendapat kereta yang lebih berkualiti . Saya tidak akan membeli kereta buatan proton utk 30 tahun lagi dan tidak akan percaya dengan iklan-iklan yg memukau dari proton.

    104. Arief says:

      Saya pakai iriz 1.6 (A) premium..usia belum sampai setahun lagi.Masalah yg berlaku:
      1. Aircond- ada keluarkan bau busuk.Walaupun dah cuci kipas blower, pakai air perfume pon msh ada bau tu.Lebih2 lagi bila baru on aircond.
      2. Radio- tengah drive radio on, bile tekan brek terus off smpai sudah tak hidup.Dah check fius kalau2 fius putus,jumpa satu fius putus siap tukar pon masih tak hidup radio.
      3. Dashbord – kalu bawa kereta mmg sentiasa ada bunyi getar.
      4.- Gearbox – bila masa bawa seperti tak cukup gear,bunyi mengaum..stress..

    105. afif6771 says:

      Tengah mencari kereta.. baru semalam pergi galeri tgk2 iriz mcm terpikat pula.. tapi bila tengok komen2 kat sini.. seram lah pulak.. haishh. . haisshh

    106. arffin hasan says:

      Sepatutnya proton kena ambik tanggungjawab bila ada komplen.kareta baru dashboard dan berbunyi grek..grek… macam kereta lama. Toyota Unser saya dak dekat 15 tahun tak pula berbunyi macam iriz. Agaknya ada skeru yang tak pasang kot. Inilah sebab mengapa orang kurang minat nak beli proton. Saya ada beli .motorsikal honda blade. Bila ada kerosakan atas kecuaian pengeluar mereka panggil balik keluaran itu untuk diganti dan dibaiki.itu baru bertanggungjawab namanya.

    107. Naruto says:

      Assalamualaikum…saya naruto pernah comment pasal iriz ni tahun lepas..skrg masih guna lagi iriz nk buat camana hutang ada lagi kat bank..baru setahun lebih pakai..kalau jual kena byr interes lg kat bank rm15k..sedih..

      Just nk kongsi masalah bukan nk burukan produk malaysia…saya bangga dgn produk malaysia mcm org jepun bangsa dgn produk mereka. Ini kali ke tiga saya hantar iriz ke pusat service centre di sg besi tepi highway menuju ke klcc…saya hantar iriz kesana kerana masalah yg sama di alami sblm ni dan saya tidak puas hati dgn service mereka..antaranya..

      1. Dashboards berbunyi tak selesai jgk di repair tetapi technician proton meletakan kertas yg di lipat di selit tepi dashboard utk tidak bg bunyi…ada ka patut buat mcm tu kat keta baru…van toyota liteace buruk saya pun apek kedai buruk repair tak buat mcm tu…ini kan pula proton service centre yg besar…sedih..

      2. Saya tggal keta satu hari utk service tukar minyak hitam…ptg ambik lepas blk keja..tengah bawa meter di speedometer tak di reset blk atau di program utk alarm pada km service…kalau bw keta asyik berkelip suruh service pada speedometer monitor padahal baru service…

      3. Tekan minyak mcm tak jalan keta bila berhenti dlm jem atau kat traffic light..tekan kuat sikit padel minyak baru jalan…meraung engine baru boleh jalan…entahlah apa problem…sakit kepala..

      4. Air viper cermin dpn tak keluar..pump berbunyi ..air dah isi penuh kat tank wiper..dah hantar kat service centra sg.besi tapi masalah yg sama berulang..saya rasa technician sana tak repair ni just top up air wiper aje..

      5. Cermin pemandu sblh kanan dpn kalau buka tingkap tu turun kebawah mcm bunyi hentakan kuat seperti terkena rangka pintu..kalau naik ke atas ok..last2 xyah buat tingkap nnti pecah plak cermin tingkap tu satu hal nk repair hantar blk ke pusat service centre sg besi dah la perkhidmatan kepakaran tak bagus lagi haru di buat nya nanti..

      6. Reverse sensor kong x berbunyi atau detect smp nk tercium dinding baru berbunyi..

      7. Radio tiba2 padam…tengah2 syok dgr berita tiba2 padam…sakit nya hati….5 minit on sendiri blk radio tu ….

      Itu lah masalah yg saya hadapi..dah bgtau service centre ttg masalah ni …pegawai proton service centre sg besi ada call saya suruh hantar blk keta ke sana utk di periksa…tetapi dah 3 kali saya hantar masalah yg sama tetap berulang..saya rasa technician sana tak serious utk repair masalah iriz saya ni mereka hanya tgk dan letak iriz saya smp 3 hari..sbb apa saya cakap begitu sbb saya pernah letak selotap dan tanda dgn marker kat bahagian tertentu screw di dashboard…kalau mereka betul2 buka atau repair dashboard mesti ada kesan buka kat screw yg saya tanda tadi…tapi ni tiada..kesan marker pun tak terusik..yg mereka buat hanya selit kertas yg di lipat di selitkan pada bhagian tepi dashboard…saya dah bgtau pegawai proton ttg perkara ni yg mereka tau suruh hantar blk ke service centre…diorg ingat saya takde kerja lain ke asyik nk hantar ke sana..saya ni ada kerja makan gaji mana ada masa nk kerap ke sana…entahla apa pemikiran org kita ni… skrg ni saya bercadang nk buat sewa aje la iriz tu dapat jgk duit buat cover bayaran bulanan..kalau rosak hantar aje blk kat proton sbb ada waranty 5 tahun…malas dah nk layan masalah iriz ni..cukup hutang jual balik tak nk dah angkat model proron ni..biar simpan duit lebih sikit angkat keta continental bh puas hati…

    108. kdi says:

      bro naruto,
      ya setiap kereta ada kekurangannya. apa yg saudara keutarakan itu sepatutnya diambil tindakan sewajarnya. jika gagal diatasi, elakkan ke pusat servis yang sama sebab tak semua pusat servis beri layanan buruk. cari service center yang pakar dan boleh membantu.

      bro kata nk simpan duit sikit angkat continental baru puas hati tu betullah.. memang puas hati. tapi maintenancenya lagi teruk. setiap kereta conti ada penyakit masing2 dan repair bill makan ribu2 bang. kdi sndiri pakai 2 kereta conti sekrang n tau ape pnyakit2 conti mcm bmw, merce, audi, chevy n ford. kalau tak beribu kluar duit skali repair bukan conti la tu. service pon tripple mahal dari local brand. so, apa yg kita ada kita bersyukur lah..

    109. Karim Daus says:

      Aslmkm n slm sejahtera.. proton ade buat rebate dr 4k hingga 15k sempena thn br cina… utk model 2014 rebate 15k.. mmg menarik.. tapi tulah bila baca comment byk gak masalahnya.. kalau dibandingkan dgn perodua mmg safety features proton class A 5 star.. hati dah berbelah bahagi nak amik iriz ni… comment negatif terlalu byk dr positif.. perlukah saya teruskan niat utk membeli iriz? Model tahun berapa yg byk masalah sebenarnya?? Auto ker manual yg byk masalah??

    110. Suzy says:

      Blum smpi sthn kereta iriz yg di beli cash ada masalah…lampu abs…lampu brek..lampu ecu semua hidup masa jln…stering jdi berat…pegi pusat servis eon kena tunggu spare part ada bru repair…sensor rosak kata ye….dh msk sblm kereta tersadai kt rumh….

    111. Ikan Kering says:

      Assalammualaikum dan salam sejahtera semua…
      terlalu banyak masalah yang korang semua hadapi dengan Iriz ni.
      bagi saya, adalah lebih baik kalau setiap masalah yang korang hadapi tu bawak ke sc yang terdekat. kalau boleh gak bawak pegi ke sc2 besar untuk selesaikan masalah tu. andaikata kete masih under warrarnty, tu semua takkan jadi beban. perkara macam ni mesti akan diambil tindakkan oleh proton. dorang takkan biarkan kete korang mcm tu je. roton pn nk juga jaga pelanggan dorang. cuma kadang2 kita jangan terlalu negatif. mana-mana jenama pn ada gak masalah besar.

    112. Ikan Kering says:

      bila kita dengar komen dari pelbagai pihak, benda tu takkan menyelesaikan masalah kita. kita kena tanya mereka yang betul2 pakar dan mahir dalam bab pasal automotive ni. nanti kalau kita dengar ckp orng yang mmg tak tau pasal benda teknikal mcm ni, takut jadi lain plak… dari kos rendah jadi tinggi plak. makin merebak plak nanti…

    113. Fendi says:

      Saya baru test drive iriz 1.3 cvt ex dan 1.3 manual pagi tadi.. Kawalan mantap.. Ingat nak beli utk ulang alik kerja 75km sehari… Sblm ni dh try axia… Rasa mcm tak stabil.. Bila dgr komen negatif rasa macam was2 pulak.. Macam mana ni??

    114. shahrul says:

      Saya guna iriz 1.3executive masalah saya bila naik bukit jerr ada bunyi bleh bgtau x knp mintak tlg yerr baru pakai 1thn

    115. AkuJohn says:

      Bile bace komen2 korang nampak beno iriz ni kete first korang…xsemua…tapi most of uols…beli kancil dulu lah baru pakai IRIZ,bagi aku kete ni high tech…manual pn malas baca nk pakai kete camane…same case mcm savy orang hentam proton teruk masetu walhal org kita yg xready ngan tech kete tu…sekarang zaman tech bro.. kaji lah ape guna ade internet 20gb pakai tuk mengutuk jiran sebelah n layan mtv kat yt. Aku pakai estima sekarang, tapi aku tetap sayang Proton ni sbb wira 1.6 96 kete first aku..sayangnya kenape dijual comp ni pada cina…harap CINA buatlah sehabis baik tu jaga nama proton ni…jangan ko tuka jadi Peloton sudah..#mohonterasa

    116. bella says:

      dah 3 bulan pakai iriz 1.3 auto exec ..everything ok je..sedap drive jauh..kete berat so ad safety kt situ if lepas pedal minyak kereta akan perlahan sendiri tak macam myvi..lagi satu , design dalam cantik dan ade ala ala mercedes gitu .. sgt berpuas hati ;)

    117. seachallanger says:

      Iriz 1.3 saya tu bila tekan brek kreta begegar..bhgian blkng yg kuat gegar..bila tkan brek msa trun bukit dlm keadaan krta gerak laju tekan brek 1 badan kerta bggar kuat..da pegi kdai tyre check tyre n rim smua ok..p pusat service prton mreka kta x apa2 mslah..mmmmm

    118. Qimi says:

      Sedikit perkongsian saye dengan iriz 1.3..
      2015- masalah gearbox
      2017 – absorber depan rosak l stereng berbunyi dari dalam bila di pusing dan tayar belakang bebunyi

      Masalah pertama pihak hq berjaye kenal pasti masalah dan di baiki tapi masalah kedua , 2 pusat service tak berjaya jumpa punca masalah sampai lah bengkel luar periksa baru jumper masalah , alhamdulliah setelah rm 800 melayang dah tak ade masalah bunyi……. begitulah flash back saye …..

    119. bolatangkas says:

      hello!,I like your writing very much! proportion we
      keep in touch more approximately your article on AOL?
      I need an expert in this area to resolve my problem.
      May be that is you! Having a look ahead to see you.

    120. Pok says:

      saya beli Iriz 1.6 exec dan saya puas hati walaupun loan bulan2 RM600
      boleh save RM300 sebulan dari beli Jazz – simpanan masa depan
      What do you think?

    121. Pok says:

      Nak selesa sangat beli la Boeing 747 ke, Airbus 380 ke
      Baru First Class!! hehehe

    122. majid says:

      Saya baru saja beli irz 1.6 premium 2nd hand tahun 2015 dgn 25k km, so far overall mmg puas ati dgn rm26k yg saya rabakkan. Masalah wiper hose tercabut, dashboard rattle telah saya selasaikan secara DIY. Pengalaman hidup bersama proton waja 1.8 engine renault F4P dgn gearbox DPO selama 15 tahun amat BERNILAI bila deals dengan jenama Proton ni. Harap jodoh dgn iriz ni pun panjang macam waja 1.8 tu sampai pencen.

    123. Hafiz says:

      Wife sy beli iriz 1.6 premium hampir 2 tahun stgh..masalah yg berlaku skrg aircond tak sejuk..kalau kereta parking atau tak bergerak memang berpeluh duk dlm kereta..aircond sebelah driver je sejuk..sbelah passenger keluar angin je..getah kat atas bumbung dah tercabut sebelah xtau pergi mana dah.

    124. Mohd says:

      Kereta iriz saya dalam keadaan baik sebelum ni. TP selepas 3 hari selepas servis sewaktu berhari raya oil pump failure. Oleh ITU saya menghantar iriz saya kepusat servis tapi saya perlu menanggung Kos lebih 2k untuk baik pulih. Oleh ITU saya selenggara sendiri Dan dapati aluminium foil engine oil tersangkut di lubang oil pump. Sekarang alang2 saya overhaul engine iriz saya, saya RASA ADA baiknya Modi sikit ???.. Iriz 1.3cvt 155Nm/4000rpm. Barang yg rosak oleh kerana oil pump failure adalah…
      -Crankshaft
      -Oil pump
      -Piston
      -Conrod
      -Blok ( re-bore)..

      Kos selenggara anggaran dalam 3k..

      Berhati-hati apabila servicing kereta anda.

      Best regards

    125. Linda says:

      Ermm. Sy baru jgk beli iriz 1.3 manual jer. Bulan Feb 2017. Frankly iriz the best. Hehe. Setakat ni la. Utara selatan dh pegi, siap masuk jalan² singapore lg. Ihikkss. Service dh 3 kali. Semua complaint pasal iriz kt atas semua tk jd lg kt my bby iriz. Max speed 160km/hour. Steady jer pegi. Bkn nk promote proton. Citer pengalaman dgn iriz jer. Tk ada sedara atau kwn keje proton pun. Apa lg share ngan proton, lg la tk ada. Hahaha. Jgn mengecam sy. ???

    126. Jamie says:

      Pembongak je lebih (kata org n9). Kereta belum sampai 2 tahun dah beribu2 habis. Kereta ko x de waranti ke ? Ke ko ni salesman kereta lain. Tak berkat bro !

    127. asti says:

      iriz baru refinement ada sapa sapa boleh kongsikan pengalaman .?

    128. Nazry says:

      Salam,

      Model: Iriz 1.6 Premium
      Mfg: 2015
      Reg: December 2015

      Defect:
      1. Horn takder
      2. Tingkap driver bocor
      3. Reverse sensor problem (4 kali)
      4. Air wiper tak naik
      5. Bunyi dashboard
      6. Reverse camera fade to black
      7. Sterering linkage bunyi (Steering Rack Problem)

      Rectification:-

      Lokasi: Proton HQ Shah Alam
      Department : COSE Services Center

      1. Tinkap bocor: getah tepi tingkap di buka n di pasang ikut sequence spt s.o.p teknikal, air hujan tak masuk lagi

      2. Horn : wire didalam steering consule tak di pasang dgn betul.. horn tiada masalah

      3. Reverse sensor problem 4 kali, kereta kena tahan 2 minggu… wire hareness dr depan sampai ke depan di tukar… cost 4k – 5k.. sampai skg takder problem

      4. Air wiper tak naik : motor pump rosak sebab kan wire hareness shorting akibat reverse sensor

      5. Bunyi dahsboard : sound test dibuat.. dashboard dan lain lain di ketat semula.. ok

      6. Reverse camera rosak… tukar camera baru.. ini pun akibat wire hareness n shorting

      7. Steering rack berbunyi… tukar baru cost RM 4 ribu… settle

      Oleh kerana kenderaan sy dalam warranty… cost maintenance di tanggung oleh proton HQ sepenuhnya… lebih RM10ribu penyelenggaraan sepenuhnya… sekiranya kereta tuan puan belum 5 tahun… sila ke HQ Shah Alam…

      Segala kerosakan yg saya alami sama juga dgn masalah tuan tuan dan puan puan…

      Sekian

    129. NAXIM says:

      Assalam, saya guna kereta conti, bila saya beli kereta proton iriz 1.3 utk anak , saya risau juga komen komen dari brader brader yg anti proton tapi dah 2 tahun guna saya anggap komen komen brader mcm tak betul , kenderaan saya ok, handling pun hebat , bukan nak cakap.apa kereta beli puluh ribu tak kan komen mcm kereta tu lebih teruk dari kereta negeri Cina , mengarutlah brader brader anti proton

    130. Wan says:

      Iriz 10k km servis.. tp skg da masuk 15k km … minyak apa pling ngam… 10/40 ka 5/30 …mohon tunjuk ajar sifu…

    131. MD Rihdwan Bin Amran says:

      Assalammu’alaikum, maaf bertanya.kakak saya pakai iriz. ni ada masalah pintu belah penumpang sebelah driver dan penumpang belakang tak b;leh buka dari luar mahupun dari dalam. macam mana ya. dah uba cara2 from other tapi tak berjaya juga

    132. Investment says:

      My developer is trying to persuade me to move to .net from
      PHP. I have always disliked the idea because of the costs.
      But he’s tryiong none the less. I’ve been using WordPress on a variety of websites for about a year
      and am nervous about switching to another platform.

      I have heard good things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress posts into it?
      Any kind of help would be greatly appreciated!

    133. nik mohd jalaluddin says:

      Untuk radio tetiba berhenti , itu adalah sebab default setting untuk BEEP. Scroll menu radio anda bawah option audio, dan cari BEEP, default ON, tukar ke OFF

    134. Nozreen says:

      Saya baru beli Iriz 1.6 premium pada 25 Aug 2018, dari segi prestasi handling memang puas hati, secara terus terang handling lagi BEST dari MyVi baru, TETAPI yang frust sikit hari pertama waktu ambil kereta “Push button Info” tak berfungsi sales man suruh refer proton service center, dan lebih mengecewakan lagi semasa buat 1000KM “first service” di Proton, alatganti untuk “Push button Info” tak ada… Sy terpaksa menunggu hinga sekarang.. Bg saya amat mengecewakan bagi kereta baru…
      Secara keseluruhan sy bg rating 4/5 star… Proton masih perlu improve dari segi quality checking before release pada consumer…. Good luck proton…

    135. Maeip says:

      Knapa ye proton iriz 1.3 susah nak start..dah hantar 3 kedai pomen..semua tak tahu buat..pomen tu cek bateri,starter smua ok ..sape tahu apa masalah nye????

    136. Lemans says:

      Saya pakai iriz bulan 3’2015….49K….1.6CVT Executive….yg fog lamp besar tu…..
      Masalahnya tak byk….sampai hari pakai ok….je…
      Masib beli keta nie……radio…reverse sensor camera semua ok…..

    137. Suzila says:

      Sy pengguna iriz 1.3 auto..sy mnghadapi masalah getaran yg sgt kuat..lpas 2 tempreture naik..dh pegi repair smpai beribu tp jd blik..stress..

    138. nizam says:

      salam. tumpang tanye, 5 pintu tak dapat nak buka n terlock, so macam mana nk selesaikan? apa masalah ye, bateri ke or ade masalah lain?

    139. Najib says:

      Iriz 1.6 auto 2015…radio x hidup.. G service agen proton ckp radio rosak.. Adoi.. Rasa X puas hati.. Sbb radio masih nyala hang ade keluar lambang proton je.. Sape2 pnh kena pls info..

    140. Bosan ngan proton says:

      Saya dh guna iriz 4th lebih, ade bnyak masalah dari th awal penggunaan ,kerosakan radiator fan semasa masih dlm warranti ,pergi keservis center johorbahru, mereka kata kena tggu 2 mggu,tuan2 mesti faham tggu 2 mggu utk 1 moto fan,sudahnya makan modal,econ bermasalah sampai skg habis tukar brg bongkar tetapi masalah masih x selesai,ade sahabat cakap kereta dia pn sama sudahnya dia tukar 1 unit main junction box,mkn sama ke masalahngan iriz saya,klu baering roda selang 1 th ,rasa menyesal pn ade beli iriz ni,bunyi bising deshboard mengalahkan kereta 10 th,paling x berguna bila pergi pusat servis proton layanan mmg mendukacita kan lbih lgi skg proton dh jadi milik china …..

    141. kitut says:

      Iriz saya sejak akhir-akhir ini boleh terbang..

    142. ieka says:

      tahun ke 5 pkai… bru je lpas tukar steering rack…bunyi dashbord trkdg bnyi besepai klu lggar lopak kecil.. area radio plak crack keliling.. mybe sbb trlalu pnas.. yg ni biakan je sbb xpenting… tp yg paling sakit hati dahbord xkedap.. bising.. tu je.. tq haha

    143. Djul says:

      Saya pakak iriz 1.3 auto cvt ni tahun 2015…tapi sekarang ni terukkk gileeerrr….sy kena ulang2 start enjin disebabkan lampu MERAH Stering menyala dan kalau di teruskan bergerak Stering sangat berat mcm batu! Nak bawa ke SC takut gilerrr dia punya Caj harga…dah bawa ke bengkel yg ada Komputer Check diorng taknak Check jenis kereta ni diorang kata… Jadi saya tersangkut di pertengahan tak tahu dah cari jalan penyelesaian kereta ni…merugikan beli…last lag proton ni!!!

    144. Djul says:

      Tolong beri pandanagn siapa yg pernah mengalami seperti saya ini.

    145. My 1.3 iriz terhenjut henjut masa nak start berjalan especially kat traffic light

    146. Ema says:

      Sy beli iriz 1.3 cvt alhamdulilah xde masalh… Cume hr tu lampu break asyik menyala tapi kawan da reset ok sampai skrg… Radio, tingkap enjin mmg xde masalh lgsg… Bg sy utk kereta basahan hidup di kl ni sy berpuas ht….minyak pun jimat… Nasib x tergerak hati nk amik premium 1.6 sbb rata2 bc komen 1.6 yg byk masalah.. Da la mahal byk pulak problem…dr amik iriz 1.6 baik ambil myvi…

    147. Kereta kat malaysia ni mahal mengalahkan babi hutan. Macam sial punya kerajaan letak tax tinggi2.

    148. bajam says:

      aku pakai iriz 1.3 auto beli baru.tahun 1st ok,masuk tahun ke2 2x kene towing.problem sensor gearbox SC ckp.dieorg x tukar just service je.ckp part dah order tp x dpt2.aku pun x phm.problem bila jd die mcm gear x masuk.kat meter dia jd kelip2 kat simbol D.aku pakai kete 2nd sblum ni pun x pnah kene towing..hampeh

    149. Jamain J says:

      Semua pintu tidak boleh di kunci, tekan dari remot atau yg dari dalam suis tdk juga boleh di kunci.. kecuali bonet belakang tidak boleh di buka terkunci..Iriz 1.3

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)