- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • PUNCA MASALAH AIRCOND KERETA TAK SEJUK

    image

    Masalah aircond adalah masalah paling merunsingkan dan melibatkan kos yang tinggi terutama jika melibatkan kerosakan aircond compressor dan komponen lain. Namun pengguna kereta perlu bijak mengenal pasti punca masalah dan bertindak dengan berhati-hati.

    PUNCA MASALAH AIR COND TAK SEJUK

    Selalunya, pada kereta moden zaman sekarang, aircond atau pendingin hawa jarang bermasalah. Namun ketahuilah jika selepas 2 tahun anda tidak pernah membuat sebarang servis aircond kereta anda, kemungkinan besar masalah air cond tak sejuk akan melanda.

    Jika ia berlaku, kenal pasti masalah dan puncanya. Antara persoalan yang perlu diketahui adalah:

    1) Bilakah waktu aircond kereta anda tak sejuk?

    2) adakah aircond compressor anda berfungsi? Bunyi sentakan “ktak!” Muncul selepas anda on ‘a/c’

    3) Berapa lama masa diambil untuk sejuk ataupun tiada kesan sejuk langsung

    4) Adakah angin blower bertiup kuat seperti biasa?

    5) Adakah sebarang tanda kerosakan lain terdapat pada sistem aircond kereta anda?

    Untuk beberapa soalan di atas, mungkin anda dapat kenalpasti masalah dan penyelesaiannya.

    Antara punca utama adalah aircond tidak pernah diservis iaitu menambah minyak dan topup gas aircond (trifluoroethane) sehingga menyebabkan aircond terlalu lambat sejuk, compressor rosak yang menyebabkan tiada penyejukan langsung, blower rosak atau cabin air filter tersumbat yang menyebabkan angin blower tidak kuat atau tidak sejuk, gas bocor pada sistem aircond penyebab angin tidak sejuk, suis pelaras suhu (temperature adjust) rosak, atau temperature sensor rosak.

    Banyak lagi sebab air cond tidak sejuk pada kereta lama dan baru seperti myvi, saga, viva, alza, exora, persona, kembara, kancil, kenari, wira, savvy, gen2, preve mahupun inspira.

    Namun, anda perlu rajin bertanya dan membuat survey pada bengkel2 berlainan untuk kepastian kerosakan sistem aircond anda.

    Setelah dikenalpasti, bolejlah anda meneruskan repair aircond kereta dan kos bermula dari serendah RM60 untuk servis biasa topup gas dan minyak sehingga hampir ribuan ringgit jika compressor atau komponen aircond lain rosak dan perlu diganti dengan alat ganti air cond spare part yang original dan berkualiti.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    56 Responses

    1. Abd Razak says:

      Mohon bantuan…….saya pakai kereta Avanza……tahun lepas saya dah buat mejer servis air con……..masalah sekarang air con kereta saja bila buat perjalanan jauh sekejab je sejuk lepas tu rasa panas……bila saya off air con……dan on sekula bebera lama kemudian sejuk dan panas semula terutama waktu cuaca panas yg peliknya waktu awal pagI dan malam ok je…….mohon penjelasan…..tq

    2. Amin says:

      Mohon pandangan, kereta saya Proton Inspira telah ditukar motor blower & resistor oleh bengkel. Itu yg. dikatakan punca aircond panas (walaupun ada gas). Baru2 ni saya perasan bila di-on kan aircond ada bunyi sentakan ‘ktak” dan kipas aircond/compressor berputar selama lbh kurang 8 saat setiap kali kemudian berhenti. Kereta kawan saya jenis yang sama saya lihat kipasnya berpusing dalam tempoh yang agak lama sebelum berhenti. Apakah ini normal atau ada masalah lain ? Suhu termostat sentiasa berada pada paraslbh kurang 50%.

    3. kdi says:

      Kalau suhu enjin ok, suhu aircond sejuk, tak ada masalah.

    4. prem says:

      new offer car aircond service in puchong with guneine part..our satisfield my priorty…cheap price include satisfield service…all parts got waranty…more info call 0162986361 prem………………….new offer saga .wira.waja compresser riccon rm350.00………..coling coil rm150.00…………………..

    5. abg faisal says:

      saya guna kereta viva exclusive.masalah sekarang ialah kereta saya mengalami masalah pada aircond.pada mulanya air cond sejuk dan blower angin kereta kuat…dah lama sikit blower angin kereta bunyi mcam tersumbat je….angin aircond pun tak berapa kuat….minta pandangan bagaimana hendak membuat service sendiri….

    6. Lah says:

      mohon pandangan KDI.. Sy guna Gen2 manual, aircond bru je isi gas awal oktober hari tu.. Now da x rase sejuk.. Bila on je AC, dah x ade bunyi ktak” da.. Masalah ngan kompressor ker?
      If kompressor jem masa drive, akan effect pd kereta ker? Or still bleh drive lg? And anggaran cost utk replace compressor..? Thanks KDI

    7. kdi says:

      Lah, temperature engine naik x? Radiator fan jalan x?
      Suis pon bleh jd problem kalau xde respon.

    8. izwan says:

      Mohon pandangan kdi, kereta preve saya da masalah, air con x sejuk, then bila pergi sc, terdapat saluran gas bocor. Mohon pandangan jika saya hantar di sc proton, boleh claim waranty? Kalau betul kan sendiri, brapa yew kos nya? Harap dapat membantu..

    9. selva says:

      Dear,
      A.cond kereta kembara sy x sejuk pd waktu panas tengah hari, tapi malam ok, sy x pernah service sejak beli selama 12 tahun, bila on a.cond, compressor ok, gas ok, mungkin coolling coil kotor kot, boleh kah sy service sendiri tanpa membuang gas?boleh lock gas? Sy takut pergi kedai cina, nanti kena sembilih, itu rosak ini rosak.memang sy tahu tiada benda yg rosak, hanya kena service sj, boleh x mengajar sy cara service?sy pun foreman motor dan juga wireman.how bro?

    10. helmi syah says:

      salam..tumpang tanye ape masalah aircond xsejuk mase cuaca panas dan berhenti dlm mase yg lame dlm cuaca panas..

    11. dodo says:

      Assslam….Tumpang bertanya kepada otai2 di sini…Saya pengguna kereta saga BLM(2009)..Masalahnya aircond kereta saya xsejuk bila mula warm up keta dan bila behenti lama terutama semasa di traffic light..Soalannya apakah masalah tersebut? apakah langkah perlu diambil untuk mengetahui punca masalahnya? berapa kos pembaikpulih aircond tersebut terutama sekali harga barang spare part?

    12. jazz says:

      Nak Tanya, saya pakai myvi 1.5se, xsampai setahun tp aircond xsejuk tp time pg and mlm ok tp bunyi aircond tu lain mcm sikit….sy gi Perodua dorang suruh saya gi denso…tp Ade warranty x?

    13. Mat says:

      Tuan, kereta saya Hyundai Sonata 2011 bila buat check pakai pdt, pdt menunjukkan cabin temperature sensor rosak. Jadi kompresor tak ON OFF mcm biasa. Kalau nak tukar compressor pun tak padan sebab sensor saja yang rosak. Tuan ada cadangan untuk modify cabin temp sensor ni tak?,

    14. zul says:

      kdi. mohon pandangan kdi. saya mempunyai kereta perodua viva. masalah yang dihadapi kerat perodua viva saya adalah apabila saya ON aircond dan compressor start running, ada bunyi ktak ktak ktak pada compressor berkenaan. jika compressor stop running, tiada bunyi tuh. pendingin hawa di dalam kereta still sejuk. saya sudah survey 2 buah kedai. diorang recommend tukar compressor atas alasan compressor sudah mahu rosak. mohon pandangan dan nasihat dari kdi. terima kasih… :)

    15. Ruslan says:

      Assalamualaikum,
      Saya nk tanya masalah myvi 1.3 a/c berfunsi dgn baik Jika cam sensor disputuskan atau ditanggalkan soketnya, mintak sangat penjelasan dari tuan, compressor,trotlebody dan wayering pun sudah ditukar tapi masalah sama juga timbul, sebelumnya myvi ni a/c Akan sejuk jika enjin run ke rpm 1500

    16. sha says:

      Aslm, saya pengguna kereta exora yang dibeli pada tahun 2010. Baru-baru ini, apabila buka aircon, tidak sejuk, hanya angin sahaja yang keluar. Apa yang saya perasan sebelum-sebelum ini, terdapat juga bunyi “ktak, ktak”. Selain itu, bunyi enjin agak kuat apabila aircon di “on”kan. Boleh tak bantu saya masalah itu berpunca daripada apa. Adakah masalah yang mengeluarkan bunyi “ktak, ktak” itu akan memakan belanja yang besar atau tidak. Harap dapat membantu. TQ.

    17. Rahman says:

      Assalamualaikum…
      Saya ada dua pertanyaan. Saya ada estima acr50..
      1. Bila saya on aircond, angin keluar dan bole rasa tetapi sejuknye tak rasa. Tetapi bila saya tekan pedal minyak beberapa kali, barulah angin sejuk terasa. Betul ke kompresor saya rosak atau part lain rosak?
      2. Bole tak saya terus menggunakan teknik saya di atas itu, untuk beberapa bulan lagi memandangkan kos nak tukar kompresor dan lain2 memakan kos harga yang tinggi.

    18. iza says:

      Assalammualaikum..
      Mohon pandangan kdi…saya pemilik nissan almera..baru2 ni apabila on air cond saya dapati bunyi kipas agak kuat…mintak pandangan kdi punca masalah tersebut dan agak2 brp kos untuk pembaikannya..tq..

    19. wan says:

      Assalamualaikum..
      Sy nak tanya pedapat sahaja..sy pengguna perodua kenari, sudah 9 tahun sy guna dan dalam 3 tahun sebelum ni air cond kereta pandai sejuk kejap pastu panas..pada masa yg sama ada tik tik di compressor..sy ingat compressor bermasalah..sy tgk p.kenari yg lain pun ada masalah yang sama..so sy bw keta ke kedai air cond..tukang tu cuma buat kabel grounding dari negative head ke head block sj dan aircond terus berfungsi dengan baik sehingga kini..so sy nak tau klu buat kabel grounding ni tuk keta2 berumur ni ok tak?sy sendiri x jangka hanya 1 wayar yg di pasang selesaikan masalah aircond saya ni..

    20. kdi says:

      Salam. Kebanyakan masalah kdi lihat apabila aircond panas di waktu panas dan sejuk di waktu sejuk. Ini menunjukkan kemungkinan besar kipas radiator gagal berfungsi dengan baik atau kipas aircond itu sendiri rosak.

      Wan, kalau ia boleh menyelesaikan masalah, tiada salahnya cable grounding tu.. lebih mudah..

    21. Shakira says:

      masalah sekarang air con kereta saja bila buat perjalanan jauh sekejab je sejuk lepas tu rasa panas……bila saya off air con……dan on semula bebera lama kemudian sejuk dan panas semula terutama waktu cuaca panas yg peliknya waktu awal pagI dan malam ok je…….mohon penjelasan…

    22. kdi says:

      Shakira, dh berapa lama tak pernah servis isi gas aircond tu? Kalau sampai lbih 2 tahun, boleh pergi servis gas dulu.

    23. Kazu says:

      As salam
      Nk tanye..kenape bila on ekon enjin tiba2 mati

    24. Zika says:

      Assalm.
      Sy nk ty. Nape bila on aircon kluar angin kuat gak la. Tapi x sejuk.
      Bila check kt kdai ckp. Mkin kipas lambat pusing dgn moto.
      Kdai ckp engin keta cepat panas boleh myebbkan minyak engin kluar.
      Sy confuse. Takut gak compresse.bila buka air x bunyi tick pun. Angin aje kluar
      Sebulom nie dh masuk gas dh.

    25. Zainalosman says:

      Kereta bmw e46 n2..masalanya air con kiri Kanan ade rasa sejuk .tapi tengah2 blower aje agak panas sedikit….
      Saya g workshop katanya water filters pblm…
      Tlg kasi pendapat..thks

    26. Hana says:

      Mohon pendapat..saya guna saga flx.
      Saya bru 30/11 hritu topup gas sbb angin je keluar tp rupenye gas xde.tapi harini 6hb dh mula xde sejuk balik…apa masalah sebenarnye ye

    27. Apis says:

      Kereta pesona
      Kenapa kipas air cond pusing x berhenti walaupun da matikan enjin.kipas tu pusing x berenti sampai la bateri kong.kebanyakan bg pendapat enjin panas.saya park sehari jauh dari matahari.tak jalan lansung.pon kipas x berenti.mohon pendapat

    28. pejal says:

      Salam..
      Tolong saya, saya guna myvi 1.3 ezi.. masalah saya adalah aircond langsung tak sejuk.. tapii.
      – angin keluar kuat ( rasa angin panas )
      – gas aircond still ada ( takat 3/4 )
      – kipas pusing

      Bila saya pergi kedai servis hampir 3 kedai saya pergi semua kata compressor prob.. ada tak yang pernah mengalami situasi begini? jumpa jalan penyelesaian tak?
      Terima Kasih

    29. Azlan says:

      Assalamualaikum KDI
      Nak tanya sikit… Compressor kereta saya prevent baru jer lepas di repair… Pomen tu cakap saya perlu drive dgn kelajuan 50-60 km/j sahaja…
      Soalannya… Adakah betul saranan pomen tersebut berkaitan compressor dgn speed kereta?

    30. Selva says:

      Kereta kembara sy , compressor clucth tidak melekat , yg bunyi dia akan klik,tapi sekarang x klik.sy wire man instrument utk machine.so sy check sendiri dengan meter,semua fius ok,relay AC ok,sy suspect condensor (capasitor)rosak.sy x tahu cara buka condensor itu,yg berada di lokasi dibawah kipas angin blower,pada sebelah driver side bawah,tolong tunjukan dan mengajar sy cara buka condensor itu.TQ

    31. Selva says:

      Kereta kembara sy , compressor clucth tidak melekat , yg bunyi dia akan klik,tapi sekarang x klik.sy wire man instrument utk machine.so sy check sendiri dengan meter,semua fius ok,relay AC ok,AC switch ok,cooling thermostate ok,sy suspect condensor (capasitor)rosak.sy x tahu cara buka condensor itu,yg berada di lokasi dibawah kipas angin blower,pada sebelah driver side bawah,tolong tunjukan dan mengajar sy cara buka condensor itu.TQ

    32. Rahman says:

      Angin ekon ada tapi tak sejuk

    33. Khairul says:

      kereta proton saga blm saya aircond lambat sejuk, ambil masa lebih kurang 5 hingga 8 minit untuk sejuk dari mula kereta dihidupkan..masalah juga apabila memandu pada kelajuan melebihi 120km/h aircond jadi tak sejuk sehingga kelajuan dikurangkan..mohon bantuan tuan kenal pasti punca masalah..tq

    34. Zuhaimi says:

      Air conKereta myvi saya bila kat traffic light atau tak tekan minyak jadi tak sejuk…tlg beri pandangan

    35. ameer hassan says:

      salam. izinkan saya berkongsis sedikit ilmu. lazimnya ac x sejuk boleh disebabkan oleh perkara2 berikut;

      1. motor fan ac & engine (bagi model kenderaan 1 motor shj) berpusing tetapi perlahan (low rpm) atau langsung tidak berpusing.
      Bagaimana tahu berpusing perlahan? masa jem ac panas dan bila jalan ac sejuk, jln jem ac kurang sejuk…lazimnya engine temp juga agak tinggi. kaedah paling tepat menentukan motor fan ac ok atau tidak adalah menggunakan alat wind blower meter…lazimnya bacaan 20kmj ke atas menandakan motor ok. boleh juga menggunakan air blower simulator (ini paling jarang jumpa).

      2. isipadu gas r134a kurang daripada volume sepatutnya…penyelesaianya topup gas…tetapi awas topup gas boleh kadangkala boleh overcharge dan menyebabkan compressor lebih beban, lemas dan merosakkanya dalam 1 jangka tempoh masa.

      3. minyak kompresor PAG46 dah kurang/dah menjadi semakin gelap (tidak bewarna ke kuning ke dark yellow). bila minyak kurang, wear and tear compressor tinggi…ia beroperasi pd keadaan high preassure…pendeklah nyawa compressor. perubahan warna dari tidak bewarna ke semakin gelap menunjukkan PAG46 telah berubah menjadi berasid. asid dlm system meningkatkan wear & tear siatem ac anda. Macam mana jadik asid? cikgu kimia STPM boleh tlg jawabkan : ) Lebih parah jika compressor berbunyi kasar…PASTI jumpa keladak besi dlm compressor.

      4. Cooling coil dipenuhi kotoran (berkulat oii)…jadi proses penyejukan udara tidak berlaku dengan efisien…x der cara lain,,,samada bukak dan cuci atau menggunakan kamera dan ditembak dengan chemical kpd cooling coil tersebut. Lazimnya keter2 baharu cooling coil terletak betul2 bawah dashboard, ruangan tgh…ini yang paling mencabar coz kena buka dashboard…upah bukak dan psg dashboard shj mencecah rm300-400. pengsan….oleh itu tukarlah cabin filter setiap 40k km.

      5. tabung dryer (berbentuk silinder lazimnya) untuk memerangkap moist air (Udara lembab) dlm system yg boleh masuk ke dalam sisitem lazimnya pada low pressure pipping spt di cooling coil melalui lubang yg sgt halus atau melalui fitting biasa…juag memerangkap kotoran dlm sisitem gas. dryer yg berisi zeolite ini akan saturated dan mengurangkan fungsinya…mengakibatkan ac kurang sejuk.

      Tiada cara lain menentukan gas ac cukup atau tidak melainkan ditentukur oleh pakar ac menggunakan peralatan khusus. begitu juga kapasiti minyak compressor.

      saya hanyalah seorang guru kimia ayam2 shj…apa yg dishare di sini berdasarkan pengalaman kenderaan sendiri dan apa yg sedang dipelajari melalui pembacaan dan latihan membuat servis acond menggunakan teknologi tinggi.

      moga dapat membantu.

    36. ameer hassan says:

      evaporator yang kotor, tidak pernah diservis juga boleh menjadi punca ac x sejuk. untuk memastikan ac benar2 sejuk, perlu dipastikan

      1. system x leak…jika leak kecil (saiz tertentu) boleh tampal guna chemical. jika besar sgt…tukar parts yang bermasalah. bagaimana tentukan leak…guna UV oil/nitrogen gas/vakum bertempoh.

      2. gantikan new compressor oil

      3. gantikan valve…ada 2 jer..kat engine bay ada

      4. ganti/topup gas

      5. cuci evaporator

      6. ganti dryer

      7. cuci cooling coil

    37. ameer hassan says:

      bg memastikan air speed ac dlm cabin berfungsi pada tahap max…perlu dipastikan..

      1. cabin filter digantikan stp 40k km
      2. cabin blower juga dibersihkan stp 40k km

      ada juga kes cabin blower kong…ini pling mudah kesan…jika langkah 1 dan 2 diatas telah diambil…laraskan speed blower ke tahap paling tinggi anginya…jika slow gak…SAH…blower rosak…tukar baru shj…

    38. Hanifirdaus says:

      Kereta waja sy tahun lepas aircone rosak dah tuka compressor dh servis tp tahun ni jadi balik …bunyi kuat tp sejuk nya tak…ape masalah x tahu laa

    39. hafiz says:

      saya baru beli van vanette 2nd tapi aircondnya tidak berfungsi yang membuatkan saya pening sekarang ni mana satu lubang untuk masukkan gas nya ???

    40. Asyraf says:

      Assalamualaikum, saya ni pakai myvi 1. 3 apabila saya buka aicond pada waktu panas sekejab ja aicond tu sjuk lpas tu dia panas blik. Apabila saya off blik lpas tu on smula dia sejuk pulak.apa masalah dia.

    41. Asyraf says:

      Assalamualaikum, saya ni pakai myvi 1. 3 apabila saya buka aicond pada waktu panas sekejab ja aicond tu sjuk lpas tu dia panas blik. Apabila saya off blik lpas tu on smula dia sejuk pulak.apa masalah dia. Waktu malm dngn pgi sejuk elok.

    42. ikmal says:

      kereta saya nak sejuk lambat .. bunyi” ktak” tu lama nak ada . bila pasang ekon baru ada bunyi tu dan ekon baru sejuk .. ekon x sejuk timing dia tinggi sikit . bila dah sejuk timing dia normal pulak x tau apa masalah dia

    43. bubis says:

      bila aircond bocor n p antar repair, perlu ke bukak semua part dkat area enjin utk kesan kebocoran ??

    44. daniel says:

      Kereta saya mengalami masalah ekon tak sejuk…2 minggu lepas baru isi sekarang dah mcm kosong…adakah sistem ekon bocor? Atau smbat…

    45. zaihan says:

      kereta myvi saya ada masalah airkon, tiba-tiba airkon berbunyi bising dan tidak sejuk. bila suiz off dan suis on balik, bunyi tidak ada lagi tetapi airkon tak sejuk. cuma keluar angin sahaja. apa masalahnya? tahun lepas dah tukar kompresser, servis airkon, coiling coil, kipas tukar besar sikit, hose dan topup gas.

      Mohon bantuan. nak tau ape masalahnya.

    46. zul says:

      ingin Tanya pendapat tuan; sekiranya penghawa dingin kerera Nissan almera tidak keluar angin dan tak sejuk sedangkan kipas berputar.

    47. Dhia says:

      Macam mana pulak ye masalah kereta saya wira erobat,bila kereta bergerak aircond terasa jugak sejuk,tapi bila kereta berenti contoh berenti sebab lampu merah aircond kereta saya akan mula hilang.bolh sesiapa tahu masalah tu.aircond pon kurang sejuk.

    48. Zall kul says:

      Apabila on A.C angin aircon panas
      Apa masalah dia tu ah.. Tolong²

    49. Ari says:

      Sy punye kereta waja aircon x sjuk walaupun sy check msih ad gas,compreser berfungsi dn juga kipas.ap punca ye tu,

    50. rimbayu says:

      saye guna kereta honda honda city 2009 bila engin panas tak sejuk bila hujan tak ade masala

    51. Am Ipoh says:

      Saya guna honda city 2010..aircon x sejuk(takda rasa langsung) bila buka no 1..2 dan 3..tapi no 4 sejuk dan kuat agin nya..
      Ada bau hanget..pomen kata fius dekat bawah blower tuu terbakar…Bila dah tukar fius tu..ada la sikit sejuk nya bila pasang no 1..2 dan 3 ..tidak seperti sejuk asal..bila pasang no 4 sejuk..pomen kata blower pulak problem dan kene tukar jika tak tukar fius baru akan terbakar semula… harga blower recon lebih kurang 200 lebih…ori dekat rm 400..apa pandangan tuan..bantu saya..buat masa ini saya masih belum tukar blower…

    52. jakanatahn says:

      saya guna kereta axia model gear up. bila kereta berjalan air cond akan jadi kurang sejuk dan bila off enjin dan start balik air cond kereta akan sejuk balik… services dah buat coling coil dah tukar masih sama sajaha

    53. Sabri says:

      Saya menggunakan saga blm. Masalah aircond kereta saya ialah ia lambat sejuk. Bila saya on kan aircond ia mengambil masa hingga 10minit untuk rasa angin sejuk keluar dari lubang aircond. Pada masa yg sama udara sejuk tu keluar akan kedengaran sedikit bunyi bising pada bahagian injin. Apakah masalah tersebut mohon bantuan.

    54. Hariz says:

      Saya nak tanya….saya pakai axia taun 2016….bila saya on aircond…dia akan ad bunyi seperti angin dalam dashboard kereta…..bunyi tu kadang ad kadang tiada…aircond kurang sejuk….

    55. bb says:

      Hi, kereta saya Proton Saga FLX 2013 SV. Lepas tukar cooling coil dan expansion valve akhir tahun 2019, sekarang masalahnya : Bila ON AC, ia sejuk beberapa minit, lepas itu panas (compressor stop). Kena switch ON and OFF, sejuk lagi, jadi panas… blower angin tiada masalah.

      Saya DIY check nampak compressor ok (tiada bunyi bising, tiada oil leak, magnetic clutch ada engage, belt ok), conndenser paip masuk dan keluar – temperature pun ada beza, paip keluar dari expansion valve balik ke compressor pun ada sejuk…semua nampak elok.

      Saya syaki ini masalah thermistor (cooling coil temperature sensor), saya cabut dahulu battery cable, lepas itu cabut connector sensor ini dan ukur pakai multimeter, ia tunjuk 1.96k Ohm.

      Soalan:
      1. Adakah ini masalah cooling coil temperature sensor ?
      2. Jika betul, berapa kos semua buat di workshop ? Mesti buka semua dashboard atau tak perlu ?
      3. Untuk jimat, bolehkah DIY tukar sensor ini tanpa buka dashboard ?- sebab takut labor terlalu mahal. (kalau boleh, cabut keluar saja sensor dan insert yang baru)
      4. Macam mana tahu kalau ini mungkin masalah Thermo amp control module?

      Terima Kasih banyak.

    56. Salam…sebelom nie sy ade masalah pada codenser kereta..yp ble dah tukar dtg masalah lain pulk….semalam sy topup gas….pg nie start kereta avon mcm takd gas…agak2 nye ape yg berlaku…gas acon sy bocor ke

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)