- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • PROTON X50 REVIEW JUJUR POV DRIVE 0-100kmh TEST DRIVE : 11 KELEMAHAN MASALAH X50 PERLU TAHU

    • Model : Proton X50 1.5 T
    • Generation : 1st gen year 2020
    • Engine : 1.5 liter 3 cylinder NA Turbo MPI
    • Horspower : 150Hp
    • Torque : 226Nm
    • 0-100kmh : 9.8 seconds
    • Top speed : 194 kmh (tested)
    • Gearbox : 7 speed Dual Clutch wet Auto
    • Weight : 1345 kg
    • Width : 1800 mm
    • Fuel consumption : 15.5km/l
    • Boot space : 330 liter
    • Wheels : 17″ rims & 215/60r17 tyres
    • Cabin noise : 65db at 80kmh
    • Cabin vibration : 4.5 scale
    • Price : RM 79 -103 K

    Jom layan video review X50 ni :

    X50 REVIEW JUJUR POV DRIVE 0-100 TEST

    Ramai yang nak tahu apa antara keburukan, masalah atau kekurangan Proton X50 ni? Kami berjaya kumpulkan 11 sebab kenapa kami tak suka X50 dan hanya 1 sebab kenapa kita wajar memiliki X50. Haa.. terkejut? Sabar dulu biar kami ulas.

    Model X50 1.5 turbo mpi Executive yang mana karakter pemanduannya sama dengan 2 lagi variant dengan enjin yang sama iaitu X50 standard & X50 Premium cuma perbezaan dari segi option dan features yang ditawarkan.

    X50 adalah sebuah kereta SUV segmen B dengan harga sekitar RM 79 ribu hingga RM 103 ribu yang bersaing dengan model seperti Honda HR-V, Renault Captur, Toyota CHR, Mitsubishi ASX dan Mazda CX-3 pada segmen yang sama.

    Manakala model Honda City, Toyota Vios, Pickup truck seperti Ford Ranger dan lain-lain, Nissan Almera, Hyundai Ioniq, Mazda 2 dan Mitsubishi Expander adalah pesaing pada range harga yang sama.

    Ya.. pesaing dalam kelas yang sama serta harga yang sama memang terlalu banyak untuk Proton X50 ini. Jadi, macam mana X50 boleh bersaing? Jom kita borak-borak.

    Enjin 1.5 liter 3 cylinder turbo petrol multi point injection dengan 150hp dan 226 Nm torque dipadankan dengan gearbox DCT iaitu Dual Clutch Transmission bercirikan 7 kelajuan wet clutch mampu memecut 0-100kmh dalam 9.8 saat bagi model enjin mpi manakala 8.6 saat bagi model flagship TGDi.

    Keduanya sangatlah mampu untuk membawa body seberat 1344 KG ke mana sahaja dan memberikan pemanduan yang sangat baik berbanding kereta lain yang bersaing dengannya dari segi segmen mahupun harga.

    X50 memberikan penggunaan bahan api yang agak menjimatkan bagi kategori SUV-B dengan nilai 15.5 km/l seperti dalam spec sheet dan di mana kami mencatatkan lebih kurang 13.5 km/liter untuk pemanduan santai di highway.

    Setiap kereta tidak sempurna dan pasti ada kebaikan, kelemahan dan masalah yang kita perlu tahu sebelum memilikinya.

    11 perkara kurang memuaskan atau mungkin bermasalah bagi kami mahupun bakal pemilik X50 adalah

    1) Ruang
    2) Seat & material
    3) Rev limit & exhaust sound
    4) Sound system
    5) 3 cylinder vibration
    6) Bunyi Signal
    7) Autobrake
    8) Gear knob – tiada pedal shift
    9) Harga
    10) Bentuk Center console
    11) Sentimen made in China (Chisia)

    Point pertama, Ruang. X50 sesuai untuk family of 4 yang tak banyak mengangkut barang seperti stroller dan lain-lain. Bagi keluarga 5 orang, atau selalu bawa mak ayah dan anak di belakang, ruang adalah issue utama kerana ia adalah compact SUV.

    Bonet X50 seluas 330 liter sahaja yang lebih kecil dari Proton Saga. So, nak angkut barang shoping atau Ikea dengan penumpang pun kena fikir panjang.

    Kalau setakat selalu pandu solo tak ada masalah sebab ruang pemandu cukup luas dan selesa.

    Ruang kaki belakang juga lebih 4 jari dari lutut ke kerusi hadapan bermakna just nice untuk 2 orang penumpang belakang. Ruang lain seperti cup holder dan laci dashboard adalah kecil, muat untuk botol kecil minuman sahaja.

    Kedua, seat hadapan dan material seat. Ramai yang dah complain, seat depan rekaannya terlalu kecil berbanding standard Proton selama ini. Rekaan sport bucket seat pada X50 tak sepenuhnya support bahagian kaki. Ia seperti kurang 2 jari pendek pada bahagian peha berbanding model Proton lain.

    Sebagai contoh, Seat Persona dan Preve lebih supportive dan selesa untuk perjalanan jauh. Ada juga owner X50 yang juga memiliki X70, merungut mengenai seat design pada X50 yang kurang selesa untuk perjalanan jauh.

    Pemerhatian kami, bahagian tepi bawah seat depan juga seperti kurang solid dan comfort, material span yang digunakan seperti kurang paddingnya sampai kami boleh rasa besi dalam seat yang menolak span untuk membentuk bucket di bahagian tersebut.

    Selalunya, kalau kereta lain yang ada material sebegini, dalam masa 2 tahun, apabila span dah semakin mampat menurun, memang menipis sampai makin terasa lah besi tu. Ini Proton perlu ambil perhatian lebih kerana ia sepatutnya lebih supportive seperti model2 lain.

    Bukan itu sahaja, ada juga owner perempuan yang merungut mengenai leather material yang digunakan pada kerusi X50. Menurutnya, material leather yang digunakan agak kasar, tidak seperti material ori leather yang lembut jadi ia menyukarkan pergerakan semasa duduk.

    Betul, kami perasan leather yang digunakan agak kurang memuaskan. Kalau orang yang dah biasa pakai leather seat, pegang barang2 genuine leather, dia tahu bezakan kualiti material yang digunakan dalam X50.

    Sama juga alkisahnya dengan steering leather material. Tak rasa macam leather. Lebih kepada PU yang bercorak kasar. Nak pegang steering pun tak berapa nak feel mewahnya walaupun design steering dah cun.

    Ketiga, Rev Limit & Exhaust sound. X50 ni, kalau kita tekan pedal minyak ke lantai, tak ke mana RPM nya naik tuan-tuan.. Sedih bila mengenangkan hal ini. Paling kuat boleh pergi RPM 1 K+ macam tu.. Sebab ada Rev limiter. Jadi bunyi exhaust pun memang tak ada la nak dengar kuat.

    Walaupun owner dah tukar exhaust straight flow, lubang up 3 inci pun, kalau tak boleh rev, tak guna lah nak test sound. Orang cakap gearbox DCT ni kalau dah buat full exhaust boleh dapat bunyi macam VW DSG fart.

    Tapi setakat yang kami dengar dan tahu, belum ada lagi X50 yang dapat bunyi kentut macam tu. Sebab tuning berbeza pada enjin yang menjadikan bunyi exhaust X50 seperti gearbox conventional Auto sahaja.

    1 sahaja cara nak rev tinggi sikit pada X50 adalah dengan buat launch control pada Proton X50. Bermakna anda kena turn off ESC, tekan brek, masuk gear D dan tekan minyak. Selain dari tu, maaf.. Mungkin kena tune ECU untuk dapat remove Rev Limiter.

    Ke Empat, Entertainment & Sound System. Ringkasnya, bunyi speaker X50 MPI boleh dikatakan menyedihkan. Maaf bunyinya agak kejam. Kami dah cuba tune equalizer nak bagi bass sedap tapi tak menjadi. Even kereta Proton yang lagi murah ada audio system yang lagi mantap dan memuaskan.

    Pendek kata, kalau drive, kami lagi prefer tutup je Radio tu dari menyakitkan telinga. Audio system memang nampak sangat macam made in China. Tak ada refinement langsung.

    Walaupun pada model flagship, tahap bass nya kurang mantap dan tak balance dengan treble. Tapi model flagship at least boleh dengar lagi lah radio tu.. System Hi Proton semua dah canggih tapi audio refinement China quality. Proton please take note.

    Selain itu, ramai juga merungut mengenai kualiti reverse camera pada Proton X50. Bagi kami ok je janji nampak masa reverse. Cuma kualiti gambarnya bukanlah HD dan tidak sharp sangat.

    Kelima, Engine Vibration. Ya.. Semua orang tahu 3 cylinder engine vibration memang kuat. Tapi, memang kita tak dapat rasa apabila berada di dalam kereta.. Gegaran tak sampai ke dalam sebab Engine mounting yang banyak menyerap gegaran.

    Lebih mengejutkan kalau anda buka bonet depan dan start enjin. Boleh nampak goncangan yang kuat sehingga menggegarkan intake hose bersebelahan. Takut kami tengok gegaran seperti itu. Lain dari yang lain. Lagi kuat dari enjin Diesel gegarannya. Boleh tengok kunci berjoget atas enjin X50.

    Untuk jangka masa panjang, mungkin engine mounting akan cepat rosak dan komponen2 kereta yang lain mungkin juga akan terkesan.

    Kalau nak start enjin, make sure kawan-kawan semua dah masuk dalam kereta. So mereka tak boleh dengar bunyi yang agak ketara dari enjin 3 silinder ini.

    Ke Enam, Signal sound. Bunyi semasa anda turn on signal atau turn indicator light boleh kata macam kartun. Setiap kali kami bagi signal, memang tergelak dalam hati. Kereta level premium tapi signal sound macam Axia. China punya kejuruteraan bunyi memang fail agaknya.

    Ke Tujuh, Autobrake. Autobrake ni bagus sebenarnya. Memudahkan kita masa di traffic light. Tapi kalau dah setiap kali masuk kereta nak kena tekan untuk activate, lecehla bang.. Kasi On sajalah itu barang.. Ni kejap ada kejap tak ada.

    Ke Lapan, Gearknob. Canggih, memang canggih. Mana nak dapat elektronic gearknob dalam kereta harga macam ni? Sebabkan canggih sangat tu lah yang membuatkan ia agak annoying untuk pemandu yang baru nak biasakan diri dengan sistem gearknob tu sendiri.

    Kadang-kadang, bila nak tukar gear, dah gerakkan gearknob, tapi kereta tak engage gear. Kena betul-betul tekan trigger setiap kali nak tukar gear baru effective. Bentuk gear yang terlalu kecil, macam mainan pun ada rasanya. Dah tak ada lagi rasa solid nak pegang tombol gear.

    Bagi orang yang suka letak tapak tangan di Gearknob, hati-hati sebab button ‘P’ ada pada bahagian atas gearknob. Ya, walaupun ‘P’ mode hanya akan engage pada condition tertentu, tapi agak menjengkelkan juga kalau asyik tertekan button tu.

    Selain dari itu, X50 tiada pedal shift. Jadi hanya boleh tukar gear ke mode manual dengan batang gear yang comel tu. Feeling dah kurang, respon driver dah lambat untuk tukar gear. So, no spirited drive ok guys.

    Ke sembilan, Harga! Ramai yang kecewa dengan pengumuman harga selepas soft launch X50 hari tu. X50 dijanjikan menjadi SUV mampu milik untuk rakyat Malaysia. Harga yang diharapkan berbaloi adalah sekitar RM75K sehingga kurang dari RM100K OTR di mana ia tidak sepatutnya overlap dengan Proton X70 yang bermula dengan RM89K.

    Model full spec Flagship Proton X50 pun dah lebih 100K iaitu RM106K OTR sebelum SST. Tahun 2021, selepas SST dilaksanakan semula, harganya mencecah sekitar RM110K untuk SUV segmen B yang kecil. Padahal ianya adalah sebuah Proton, kereta nasional, pemasangan CKD tempatan dan mendapat keistimewaan pengurangan cukai!

    Ya, memang X50 mendapat sambutan hangat dengan puluhan ribu tempahan dengan waktu menunggu sekitar 3 ke 6 bulan walaupun harga yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Tapi, bagi kami, harganya sepatutnya boleh diturunkan lagi untuk memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki dan merasai kehebatan produk SUV kompak nasional yang menjadi kegilaan ramai ini.

    Ke sepuluh, Center console sebelah kaki kiri driver yang agak tajam dan keras membuatkan kaki kiri terasa sakit terutama dalam perjalanan jauh. Sepatutnya rekaan grab handle pada center console di bahagian kiri iaitu sebelah kanan kaki penumpang depan, diletakkan di bahagian pemandu untuk lebih selesa.

    Walaupun ruang pemandu mempunyai keluasan yang cukup, kaki pemandu yang direhatkan pada center console yang tajam menyebabkan keadaan kurang selesa semasa memandu.

    Ke sebelas, sentimen made in China. Kalau Chinese kahwin Indian, jadi Chindian. Kalau Chinese kahwin Malaysia jadi Chisia? Ok ketepikan gurauan itu. Sentimen made in China ni memberi ruang untuk pengkritik kluster “baik beli” untuk mengkritik X50.

    Owner X50 pasti akan melalui kenyataan dari kawan atau keluarga yang berbunyi begini: “Ni kereta yang dari Geely China rebadge jadi Proton kan? Baik beli Honda dari Japan, bla3…”

    Tapi bagi kami itu bukanlah masalah utama. Masalah utama adalah ketersediaan alat ganti kereta X50 di pasaran Malaysia. Ia bakal mengalami masalah yang sama seperti abangnya iaitu Proton X70.

    Pemilik Proton X70 yang mempunyai masalah kerosakan kini dibelenggu masalah alat ganti yang tidak dapat diperoleh untuk membaiki kerosakan. Ada yang melaporkan perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan spare part Proton X70. Mungkin ada beberapa part yang masih diperlukan dari China.

    Jadi, untuk X50, bakal owner seharusnya bersedia untuk situasi2 seperti ini. Tidak dinafikan after sales service Proton akhir-akhir ini memang sangat bagus berbanding waktu dahulu. Tapi kalau spare parts pun susah dapat, tak berguna juga.

    x50 review

    OK, itulah sebelas point utama kekurangan Proton X50. Harap geng2 kelab X50 yang masih menunggu kereta tak sampai2 tu tak meroyan dengan point2 kekurangan X50 yang kami utarakan. Sebabnya, memang tak ada kereta yang perfect! Even kereta mahal macam Mercedes pun orang complain.

    Jadi, X50 yang korang beli mahal2 ni haruslah juga ada kekurangan. Yang mana nak cancel booking tu boleh je cancel booking lepas dah tahu point2 kelemahan Proton X50 ni.. Dah nak masuk 2021, harga akan jadi lagi mahal kalau ada SST. Still nak tunggu?

    Tak ada yang perlu dikesalkan. Dalam price range X50, banyak kereta yang boleh dibeli. Apa yang lebihnya X50 berbanding kereta lain? Seat 5 jugak, bonet kecil dari sedan, pikap pun tak pernah dapat pun 7.9 saat 0-100kmh. Minyak taklah jimat mana. Praktikaliti pun biasa je..

    Baik beli City lagi luas selesa jimat.. Baik beli Xpander 7 seater boleh bawak mak ayah jalan2. Baik beli BMW 320d F30 3 series 2nd hand boleh menunjuk kat jiran sebelah. Haa.. kan dah jadi kluster baik beli.

    Tapi.. jangan kelam kabut lagi.. ada 1 kelebihan Proton X50 yang menyebabkan kami rasa anda patut beli X50. Ringkasnya, 1 kelebihan itu adalah, X50 adalah sebuah kereta baru yang paling sempurna dalam kelasnya jika ditolak dengan semua kelemahan yang kami sebutkan tadi.

    Haa… kenapa? pening ke? Dah komplen macam2 lepas tu nak cakap X50 paling perfect? Hmm..

    Macam yang kami cakap tadi, memang tak ada kereta yang sempurna. Tapi kalau anda ada bajet dalam RM100k, nak features itu ini bagai macam Tesla canggihnya, Nak power, handling, daily fun car to drive tanpa perlu koyakkan poket bela kereta continental, inilah keretanya yang terbaik dalam range harga RM100K.

    Siapa yang sanggup tunggu kereta sampai 6 bulan tu dan sanggup terima semua kekurangan X50, percayalah, penantian anda sesuatu yang berbaloi.

    X50 Cantik dari semua sudut, luaran mahupun dalaman. Luaran nampak funky dan dalaman nampak sangat mewah.

    X50 memberi kuasa yang lebih bila diperlukan tanpa perlu menekan lebih pada pedal minyak. Mintak je die bagi. Tak kisah model TGDI ataupun MPI. Perbezaan performance untuk flagship dan engine 1.5 MPI (premium, exec dan standard) tidaklah begitu ketara. Kedua2nya memberikan kuasa yang padu semasa dijalanraya. Dalam harga yang ditawarkan, performance X50 memang King!

    Bukan setakat performance, handling X50 yang dah ditala oleh Proton sendiri memang level2 Maharaja. Kami rasa lebih baik dari sesetengah model continental sebab suspension tuning yang sangat balance. Tidak keras dan pada masa sama, ia stabil.

    Boleh layan corner dan roundabout dengan laju dan confident, pada masa yang sama serapan hentakan terutama apabila melalui bonggol, zebra line dan lubang yang sangat baik tanpa memberi sedikit pun hentakan kuat pada chasis walau se extreme mana pun permukaan jalan dilalui. Ini memang kami puji habis. Perfect suspension tuning!

    Respon gearbox DCT 7 speed juga agak cepat semasa downshift. Tapi agak lambat jika hendak upshift. Lebih enak kalau Proton bagi pedal shift pada steering X50.

    Respon enjin selepas pedal minyak dipijak sangat bagus bagi kedua-dua jenis enjin membuatkan anda rasa mudah untuk mengagak pergerakan kereta terutama semasa keluar simpang.

    Tetapi bagi model X50 flagship 1.5 TGDi, turbo lag lebih ketara pada masa2 tertentu seperti apabila hendak memecut keluar dari roundabout dan apabila hendak memecut selepas pedal minyak dilepas semasa cruising.

    Mungkin output tinggi yang dihasilkan enjin TGDi adalah dari turbo yang lebih besar yang menjadikan turbo lag nya lebih ketara semasa RPM rendah ataupun ada faktor lain seperti engine tuning yang menyebabkan keadaan sebegini.

    Karakter pemanduan lebih kepada driving feel ala-ala Volkswagen. Kadang-kadang kami terfikir, banyak ciri sama seperti 150hp engine, 7 speed dual clutch transmission yang ada pada Volkswagen, terdapat juga pada X50. Seakan Geely meniru resepi Volkswagen di China yang mana jualan kereta Volkswagen sememangnya menggalakkan di sana dan diminati rakyat China sendiri.

    Di lebuhraya, X50 sesuai untuk dipandu di lorong kanan kerana mudah untuk mengikut kereta yang laju sepanjang perjalanan. Tapi, kalau nak try high speed race dengan kereta berkapasiti besar atau berkuasa tinggi, tak payahlah bro..

    X50 pada halaju tinggi seakan perlukan lebih masa untuk memecut terutama jika anda memecut bermula dari halaju 120kmh ke atas. Lebih-lebih lagi apabila ada penumpang dalam kereta anda. Masa ni, jangan pelik kalau Ford Ranger pun selamba potong di lorong kanan masa naik bukit walaupun max speed Ranger tu 180kmh je..

    Cabin noise atau NVH X50 di lebuhraya adalah baik di mana average noise berada pada tahap 65db sekitar 80kmj manakala kadar vibration adalah bagus pada mean value 4.5 skala berpandukan alat yang kami gunakan.

    Kesimpulannya, bagi seorang bujang ataupun mempunyai keluarga kecil yang tak pentingkan ruang terutama bootspace, Proton X50 sangat sesuai untuk anda!

    Tetapi jika anda mempunyai keluarga besar lebih 4 orang dan selalu menggunakan ruangan bonet belakang, anda perlu ketepikan X50 dan mungkin upgrade ke X70 ataupun memilih kereta yang lebih praktikal pada harga sama seperti Mitsubishi Xpander, Honda City mahupun Proton Exora Turbo yang harganya lebih murah.

    Ataupun, jika X50 memang untuk second car iaitu daily drive car yang mana anda sudah ada MPV besar untuk bawa family anda jalan-jalan hujung minggu, X50 sememangnya sesuai juga untuk anda.

    Yang penting, jika anda ingin beli Honda HR-V berbanding Proton X50 pada masa kini, anda memang seorang yang pelik dan kipas susah mati brand “H”. Kehadiran Proton X50 menjadikan HR-V tidak lagi relevan untuk dibeli di pasaran Malaysia.

    Tiada lagi persoalan Proton X50 VS Honda HR-V di Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh. Pandu uji dan rasai sendiri kenapa kami katakan begitu.

    So, kisah apa dengan cakap orang pasal X50 berasal dari China? Cuba tanya sekarang orang ramai beli phone Sony dari Japan ke Huawei dari China? Begitulah analoginya.. Teknologi berkembang cepat. Sesiapa sahaja boleh berada di hadapan pesaing lain.

    Bagi yang dah buat keputusan untuk beli X50 tapi masih keliru nak ambil model yang mana, sama ada Flagship TGDi vs MPI Premium, Executive atau Standard, kami ada 1 cadangan.

    Jika anda tak fancy sangat dengan features2 Full spec ditawarkan Model Flagship, ambil sahaja Proton X50 Standard dan buat penambahbaikan sendiri.

    Modify X50 anda satu persatu sampai jadi Modified X50 yang anda suka tengok, rasa dan alami. Itu paling berbaloi dan lebih fun to own dalam jangka masa panjang.

    Kami akan huraikan apakah penambahbaikan Proton X50 yang anda boleh lakukan untuk jadikan ia SUV paling perfect untuk anda dalam video akan datang.

    Jadi, apa pendapat anda tentang Proton X50? Boleh kongsi di ruangan komen lepas anda tekan butang like & subscribe.

    Itu sahaja pendapat dan bebelan panjang lebar saya kali ini mengenai Proton X50. Sila share, like & subscribe Video di channel youtube kereta dot info untuk lihat video review kereta yang akan datang!

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    2 Responses

    1. cd says:

      Salam tuan, saya ingin bertanya pendapat…saya dalam proses akhir pembelian HRV RS selepas lebih 20 tahun menggunakan 2 kenderaann keluaran Proton iaitu Iswara dan Exora Turbo. Dan saya masih menggunakan 2 kenderaan ini. Pilihan saya kali inI adalah HRV dan bukannya X50 walaupun faktanya mmbg X50 lebih murah dan berteknologi terkini. Saya memilih HRV utk dijadika kereta kedua disamping kerusi penumpang dan boot yg lebih fleksibel berbanding X50. Saya juga bukan dikalangan mereka yg digelar bangsa Honda. Cuma saya agak kurang yakin dgn kos maintenance (unscheduled failure)dan ketahanan x50 pada jangka panjang disebabkan ia dijana dgn pelbagai fungsi elektronik. Jadi apa pendapat tuan berkenaan itu? Terima kasih.

    2. Busli says:

      Slmt malam Tuan. Mohon pencerahan sebelum terlambat. Atau mengeluh dikemudian hari. Nak ambil X50 ke honda. Barang nak guna lama perlu kepastian drpd yg lebih berpengalaman. Tq

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)