Proton Perdana baru 2016 yang dilancarkan ini dilengkapi dengan enjin Honda ivtec 2.0 dan 2.4 dengan harga dari RM113K sehingga hampir RM140K.
Proton Perdana ini sangat sesuai dipanggil dengan nama Accordana bagi kami kerana apa yang dapat dilihat pada kereta ini, hanya berapa peratus sahaja perubahan yang dilakukan Proton iaitu lebih pada bahagian exterior sahaja. Dalaman dan enjin semuanya sama dengan 8th Gen Honda Accord yang sudah tidak berada di pasaran kereta dunia.
Jadi, Accordana ini dikuasakan dengan enjin Accord dalam varian 2.0 dan 2.4 liter, berharga RM113, 888 dan RM138, 888 masing-masing. Perdana 2.0 liter menghasilkan 154hp dan 189Nm tork manakala Perdana 2.4-liter mempunyai 178 hp dan 222 Nm tork.
Kedua-dua varian terdpat sebuah transmisi automatik 5 kelajuan. Sedan Eksekutif yang mempunyai luaran aerodinamik yang tebal, projektor HID, lampu LED belakang combi, dual zone Penyaman udara, Semua pengesan pusingan dan belakang kamera, Kamera belakang, paddle shifters, kulit penuh upholsteri dan navigasi adalah eksklusif untuk varian 2.4 liter.
Dengan harga yang agak mahal, setara dengan kebanyakan model sedan luar negara seperti Renault Fluence, Peugeot 408, Honda Civic, Hyundai Sonata dan lain-lain, pembeli akan berfikir berkali-kali untuk membuat keputusan membeli model Proton Perdana baru yang dibuat dari bahan lama Honda Accord ini.
Dengan bayaran bulanan yang berbeza hanya beberapa ratus, pilihan lebih tepat adalah dengan membeli Honda Accord 2.0 baru dengan teknologi yang lebih baru dan segar berbanding model Perdana 8th gen Accord ini.
Hasil pandu uji / test drive mendapati chasis Honda Accord ini tidak terdapat sebarang perubahan ketara yang mana ia lebih kepada pemanduan sebuah Accord / Japanese car yang tidak sehebat teknologi ride & handling pada kereta Proton yang lain. Ia lebih kepada keselesaan dan tidak pada ketajaman pemanduan dan ketepatan rasa pada steering.
Pada bahagian belakang pula, lampu belakang seakan rekaan Vauxhall Insignia di mana chrome rear garnish menyambungkan dua LED tail light dan di tengahnya terdapat logo Proton yang baru dengan rekaan 3D. Bumper belakang yang agak aggresif kelihatan cantik namun sayangnya warna rear diffuser sama dengan warna bumper menyebabkan ia kelihatan agak pelik. Rear diffuser pada lower bumpuer tersebut lebih cantik diwarnakan dengan warna hitam atau kelabu.
Model Perdana 2.4 2016 ini dilengkapi dengan body kit Perdana baru yang menampakkan rekaan luar lebih lowered dan lebih kepada VIP style.
Gambar di atas hasil rekaan photoshop selepas ditambah wide body kit fender dan extreme big wheels pada New Perdana 2016.
Bahagian bonet belakang mempunyai rekaan sportback seperti Jaguar XF yang nampak lebih stylish dari pandangan sisi ditambah lagi apabila padanan sport rim Perdana kali ini sangat cantik.
Pada pandangan kami, Rekaan bumper dan lampu depan Perdana Baru 2016 ini adalah satu tarikan yang paling besar pada kereta rebadge dari Honda Accord ini. Ia nampak menarik dan sangat unik serta mempunyai identiti tersendiri.
Ruangan dalaman yang sama dengan Honda Accord tetapi mendapat sentuhan extra dengan head unit player touch screen dari Proton beserta leather seat.
Warna putih nampak lebih menyerlah pada model Perdana Baru 4th edition ini.
Berikut merupakan video pelancaran Proton Perdana Baru 2016. Jadi, apa pendapat anda tentang Perdana Baru 2016? Diharapkan masalah yang membelenggu Accord 8th Gen sebelum ini seperti sistem brek yang gagal berfungsi dapat diselesaikan oleh Engineer Proton dan kualiti Perdana kali ini lebih baik.
Cun giler keluaran proton nie.. terbaikkk