Bagi sesiapa yang memakai enjin berkuasa turbo perlu alert dengan cara penjagaan kereta. Tidak kira jenis kereta apa pun. Turbo set di atas adalah contoh gambar turbo yang dikeluarkan dari enjin Proton Campro CFE bolt on turbo dari Preve, Suprima S dan Exora Bold 1.6 Turbo.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, set turbo ini perlu diganti dan kos akan menelan lebih kurang RM6000. Berikut adalah quote nasihat pakar membaiki turbo mengenai salah satu punca kerosakan turbo iaitu oil feed line tersumbat.
PROTON CAMPRO CFE TURBO KIT
“Oil feed line dia sumbat pasal hot engine shutdown, minyak hitam tak sesuai, servis kereta tak ontime, semua sebab ni tak kan jadihal kalau engine ni tak ada turbo.. Tapi kalau dah ada turbo tapi bela mcm pakai engine magma mmg hancur la…
Proton mmg dah upgrade dia punya produk tapi dia lupa upgrade dia punya customer…dulu bagi engine magma megavalve kat cust..letak minyak apa pun jalan..skrg customer ingat letak minyak apa pun sesuai jalan jugak la kat Campro cfe. hehe..opinion aku jer..”
Jom komen!