- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Petrol PRICE RM1.92 PER LITRE?

    Petrol PRICE RM1.92 PER LITRE?

    (Note : Petrol price in south africa at 09/10/08 around 9.17 rand = RM3.42/litre)

    According to harian metro malaysia, petrol price might be decreased to RM1.92 per litre again if the petrol price global decrease to AS$72. Below are the reports.
    JOHOR BAHRU: Hajat pengguna kenderaan di negara ini untuk menikmati harga runcit petrol serendah RM1.92 seliter seperti dua tahun lalu boleh tercapai jika harga minyak mentah di pasaran dunia berada pada harga AS$72 setong.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan harga minyak boleh terus berlaku sekiranya bahan bakar itu tidak mendapat permintaan tinggi dari negara maju selain berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.

    “Kerajaan menurunkan harga minyak berpandukan beberapa fakta terutama membabitkan kadar pertukaran ringgit dengan dolar.

    “Misalnya, pada 2006, ketika itu harga minyak mentah berada pada AS$65 setong dengan harga RM1.92 seliter dengan kadar pertukaran wang RM3.80.

    “Jadi, kalau kita mahu menikmati semula harga RM1.92 seliter itu pada hari ini, maka harga minyak dunia perlu cecah AS$72 setong. Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.
    Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian selepas merasmikan bangunan kilang zip, YKK (Malaysia) Sdn Bhd, bernilai RM6.4 juta, di Larkin di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Sakato Nagasaki.

    Pada 24 September lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 10 sen dan berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)