- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • PETROL PRICE MAY BE REDUCED NEXT WEEK.

    PETROL PRICE MAY BE REDUCED NEXT WEEK. ONE PETROLEUM COMPANY AGREED TO REDUCE IT STARTING TOMORROW.

    PETROL PRICE MAY BE REDUCED NEXT WEEK. ONE PETROLEUM COMPANY AGREED TO REDUCE IT STARTING TOMORROW.

    Government has made a quick action in relation to reduce the price of goods in all retailer shop by deciding to reduce the petrol price for the forth time starting next week. They are in progress of asking the fuel price to be reduced from the petroleum supplier in Malaysia as the world crued oil price has also reduced currently. Below is the full news from Harian Metro in Bahasa Malaysia:

    PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi minggu depan iaitu penurunan buat kali keempat dalam tempoh dua bulan sejak pertama diturunkan akhir Ogos lalu.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kerajaan boleh menurunkan harga minyak yang dijangka diumumkan minggu depan berikutan terdapat trend ketara penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

    “Insya-Allah, hujung bulan ini saya akan minta kalau boleh diturunkan harga petrol dan diesel di pam, tambahan kepada apa yang sudah kita lakukan sebelum ini kerana sudah ada penurunan ketara harga minyak mentah dunia,” katanya pada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian itu, di sini semalam.

    Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 daripada RM2.70, harga runcit petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter, manakala harga runcit diesel dikurangkan sebanyak 8 sen seliter, iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.

    Pada 24 September lalu, kerajaan menurunkan harga bahan api sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RON97 RM2.45 seliter daripada RM2.55, RON92 kepada RM2.30 daripada RM2.40, manakala harga runcit diesel kepada RM2.40 daripada RM2.50 seliter.

    Penurunan kali ketiga dibuat pada Rabu minggu lalu iaitu RM2.30 seliter bagi petrol RON97, RM2.20 (RON92) and RM2.20 bagi diesel.

    Selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, minggu lalu, berkata kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

    Berikutan itu, Shahrir, menggesa supaya lebih banyak syarikat pengeluar barangan makanan mengambil langkah menurunkan harga produk masing-masing.

    “Harga bahan mentah atau input pengeluaran bahan makanan sudah turun maka wajar mereka menurunkan harga barang yang menjadi keutamaan dalam perbelanjaan isi rumah,” katanya.

    Katanya, ketika ini, hanya satu syarikat yang bersetuju menurunkan harga produk keluarannya bermula esok.

    “Kita harap akan disusuli syarikat lain dan pasar raya besar,” katanya.

    Katanya, kerajaan memahami masalah pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila penurunan harga petrol dan diesel dilakukan kerajaan.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)