- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Perodua Nautica Bakal Dilancarkan

    nautica-website

    Perodua Nautica akan dilancarkan bulan depan oleh Perodua. Model ini adalah kembara replacement model yang mengadaptasikan model Daihatsu Terios dengan sedikit pengubahsuaian untuk menampakkan ciri dan identiti perodua. Rekaannya juga tidak jauh beza dari Toyota Rush yang baru dilancarkan baru-baru ini di pasaran Malaysia.

    Perkataan nautika diilhamkan kerana ia berkait dengan pemanduan arah.

    perodua-nautica-malaysia

    Perodua Nautica 4WD ialah kenderaan utiliti sport (SUV) kompak urban didatangkan dengan tagline “The Ideal 4WD”, dipacu transmisi automatik dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

    Ketika ini, model pacuan empat roda Perodua ialah Kembara yang menggunakan transmisi automatik dan manual dengan enjin 1.3 liter.

    perodua nautica

    Tempahan Perodua Nautica 4WD boleh dibuat mulai 10 Mei 2008 ini di semua ruang pameran Perodua.

    Enjin Nautika adalah jenis 1.5 liter DVVT?(seperti enjin 3SZ-VE yang digunakan Avanza and Rush)

    Boleh didapati dalam 2 warna sahaja iaitu Medallion Grey atau Majestic Black.

    Ura-ura mengatakan harga kenderaan SUV terbaru Perodua ini dalam lingkungan RM90,000. Namun masih tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jika benar, mungkin harga itu terlalu mahal dan pengguna pasti lebih tertarik dengan Toyota Rush ataupun Avanza.

    Laman web introduction dan countdown khas untuk Perodua Nautika adalah:

    http://www.theideal4wd.com.my/

    new-perodua-suv-nautica

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    26 Responses

    1. Salasiah says:

      Memang menarik reka bentuk perodua nautika…tapi kenapa harga tersebut terlalu mahal??? Peluang untuk saya miliki mungkin tidak tercapai…Sekiranya harga di turunkan pasti ramai rakyat Malaysia rasa gembira dan seterusnya dapat memiliki kereta pacuan empat roda buatan Malaysia ini. Apa pandangan saudara??

    2. haireez says:

      the price is way too expensive especially for middle class. if i would have to choose between this new model with toyota rush, avanza or innova, i’d prefer innova or a bit stylish with Rush. when think about the 4wd, i’d rather spend a little bit more to buy a good-looking mitsubishi triton or toyota hilux vigo.those two models are better than this new model by perodua in the same price category

    3. lissa says:

      90k??? mahalnye… kan bangga kalau semua rakyat malaysia boleh guna kereta malaysia? tapi kalau mahal sgt baik rakyat malaysia beli kereta luar negara… cemana nak tolong buatan malaysia kalau harga melambung tinggi?

    4. lissa says:

      walau cemanapun kita kena sokong buatan malaysia. sape lagi nak sokong buatan malaysia kalau tak org malaysia sendiri. bak kata pak lah minyak naik 78 sen kami bagi subsidi rm625

    5. admin says:

      kih2.. betul tu.. supportlah selagi mampu.. nanti dah x mampu, kita tukar kerajaan baru..ekeke..=)

    6. lissa says:

      hahahha… setuju!!!! sesapa yg setuju nak kayuh beskal (pengkomen dlm tv3) mesti tak sabar nak kayuh kat tgh2 kl… meh kita semua kayuh beskal termasuk PM dan TPM …amacam???????????/

    7. encik_beruang says:

      tukar terus jer… watpe nk tunggu…

    8. faizal says:

      rupa cantik,body lawa….tapi 1 je yang xcantik ngan xlawa…….

      iaitu HARGANYE……………..

    9. aiman says:

      cantikkkkkkkkkkkkkkkkknya s m a r t gemilang 2010 harganya berapa???????????????????

    10. Faiz says:

      wah… cantik, smart, lawa, kemas…

      akan ku miliku suatu hari nati, haha… :D

    11. edzrie says:

      ok jer 90k… bg sy… menggunkan teknologi toyota atau daihatsu ok jer… tapi kalu design badan kete pun nak ikut sekali…tidakkah itu terlalu meniru…. mcm tukar lambang jer sy tgk… takkan la kat company perodua takder engineer yg mampu berimaginasikan sesuatu yg berbeza dari bentuk model asal sesebuah kete yg di ciplak… sesekali tercetus gak rasa malu… sejak dari pengeluaran model pertama perodua..iaitu kancil…di ikuti kelisa,kembara,kenari,myvi….semuanya sejibik dgn model asal…takder yg berbeza…dari dpan sampai belakang….sama ja… cuba la ubah sikit… hidup buatan malaysia…..hidup buatan malaysia….hidup buatan malaysia…

    12. musnin says:

      rekabentuk yang baik dan menggunakan teknologi memang pilihan utama pengguna tapi harganya berpadanan dengan kemampuan juga ya……

    13. khai says:

      wah bagus la kalau semua kenderaan di malaysia macam tu cume kalau boleh biarlah ada kelainan sedikit. saya nak cadangkan kalau boleh kereta nautika ini buat 2 jenis satu guna minyak dan satu lagi guna NGV kan masa sekarang ini kan NGV semakin laris dipasaran.

    14. labu says:

      baik beli toyota rush…………………………………kualiti lagi……………..orang pandang lagii………kereta tempatan biasanya sebelah mata pun orang tak pandang……..

    15. aim says:

      rush brape price?

    16. syafiq says:

      kenapa gap antara kembara n nautica jauh benar. dh la 1.3 ke 1.5. harga dr 50k ke 90k pun up sgt….at 1st sight aku dh plan nk jdkan nautica ni keta pertama aku dh. mklumlah,kembara yg aku idam2kan dh xde dijual melainkan 2nd hand punya… kensel2… beli saga blm je la nmpknyer…

    17. syafiq says:

      keta rush regernya 94k. beza 4k jer ngan nautica.

    18. syafiq says:

      to Khai,

      kalu nk wat NGV,kne consider kat negeri2 yg xde pam NGV.

    19. syafiq says:

      perodua mensasarkan 100-200 unit nk jual sebulan utk model nautica ni. tp based yg aku tgk kat malaysia, baru 2 buah aku jumpa. 2 buah yg aku jumpa kat ganu. tu pun pkcik yg bwk. aku sasarkan 5-10 jer yg terrrrjual… maaf kalu terasa. juz personal thought.

    20. mel_b6t says:

      sebab nautica ni bkan perodua malaysia yang buat
      die import dari jepun sebijik (CBU) lepas tu rebadge jadi perodua, sebab tu jadi mahal

    21. Comment says:

      aku tgk salesman je yg guna Nautica ni…tu pun utk test drive.
      Memang berat model ni nak buat sales…
      Ke mana agaknya Nautica yang dah siap dipasang tu eaa…
      Ada sape nampak lokasi longgokkannya?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)