Selamat pagi.. kita mulakan pagi isnin ini dengan soalan menguji minda lah konon.. haha.. Trend pelik terkini peserta autoshow membuka fender dan menjatuhkan bumper menjadi-jadi. Perlukah tindakan sebegini dilakukan?
Apa pun pandangan anda, bagi kdi, amatlah tidak perlu. Ini kerana tiada markah tambahan untuk membuka fender dan bumper sepanjang pengalaman kdi menjadi juri dan menyertai autoshow.
Malah tindakan ini menimbulkan lagi banyak kelemahan apabilah terlalu banyak bahagian dalaman yang tak perlu dilihat, ditonjolkan dan lebih malang apabila bahagian dalaman tersebut ada kekotoran dan kecacatan.
Lihat gambar di atas, walaupun body frame nya di cat dengan kemas, tetapi jelas kelihatan daun pisang atau splash shield yang koyak rabak kelihatan agak menjelikkan.
Kereta juga keseluruhannya nampak seperti cacat dan tak siap apabila semuanya dibuka. Trend sebegina tidak pernah dilakukan di mana-mana autoshow yang kdi pernah pergi di negara lain termasuk Jepun dan Korea.
Jadi, adalah lebih baik peserta autoshow memasang lengkap semua body part agar kelihatan kemas dan bersih kerana markah kekemasan dan kebersihan adalah tertinggi berbanding yang lain
PERLU KAH MASUK AUTOSHOW BUKA FENDER DAN BUMPER?
Jom komen!