Selamatkah NGV?
Kuasa kereta menurun?
Terpaksa beratur panjang untuk mengisi semula NGV!
Terlalu sedikit stesen NGV!
Ini adalah sebahagiaan pendapat sesetengah orang,kawan dan ahli keluarga bila memperkatakan tentang NGV.Cukup sedih.Tapi betul.Di Malaysia masih banyak lagi perbezaan pendapat tentang NGV.
Berikut adalah beberapa perbezaan pendapat dan salah faham tentang NGV.
Selamatkah NGV?
Gas asli cukup selamat dan lebih ringan daripada udara.
Gas asli akan meresap ke dalam udara sekiranya berlaku kemalangan dan tidak membentuk bahan mudah terbakar.
Gas asli merupakan bahan tidak mudah meletup dan lebih selamat berbanding petrol kerana suhu penyalaan gas asli yang tinggi (630°C) berbanding petrol (450°C).
Bagaimanakah Tahap Ketahanan dan Kekuatan silinder NGV?
Silinder NGV boleh bertahan sehingga 20 tahun.
Ia lebih kuat dan keras daripada tangki petrol.
Ianya dibina untuk menahan tekanan tinggi yang ekstrem dan telah diuji pada tekanan 4500 psi atau 30 bar (kurang berbahaya sekiranya berlaku perlanggaran).
Silinder NGV besar dan berat?mengambil banyak ruang?
Silinder NGV cuma mengambil 1/3 daripada ruang tempat simpanan barang.
Secara purata,sebuah silinder Fiber-komposit (Type 2) 70 liter cume seberat 53kg.
Stesen NGV yang terhad dan tidak selesa?
Setakat ini ada lebih kurang 70 buah stesen NGV Petronas diseluruh Malaysia.
Petronas komited untuk menambah bilangan stesen NGV sekurang-kurangnya 200 buah stesen sehingga hujung tahun 2008.
Beratur panjang?
Kebiasaannya setiap kereta memerlukan 90saat untuk pengisian semula gas asli.
Kebiasaannya teksi akan beratur untuk mengisi semula gas pada waktu pagi,tengah hari atau pada waktu petang pada masa mereka bertukar atau memulakan shif.Tidak banyak kereta yang beratur untuk mengisi semula gas pada waktu lain.
NGV is a very very attractive as alternative to petrol and reduce total cost considerably. Petrol price at current RM2.7/L versus 0.68/L and thats about saving of RM2.00 for every liter consumption.
Assuming 10 liter per day,
gives saving of RM20 and
in 20 days of a month running saving cost of RM400, and
RM 4,800.00 in a year, and
basically ROI in one year.
BUT, Petronas MUST dedicated at least an NGV station in all area…
NGV. Bagus……saya dah guna selama 7 tahun untuk teksi Iswara saya,dan ia tiada masalah,
kini saya ingin memasang NGV pada teksi baru saya.(Naza Ria)
kepada sesiapa yang tahu,dimana ada syarikat yang menyediakan perhikmatan pemasangan NGV (tangki bawah 40 * 2)
Tolong lah emailkan atau sms kan nombor telifon syarikat itu kepada saya…..
[email protected]
016-6585716
Saya dh pakai ngv lebih setahun… untuk kenderaan unser
sekarang ni saya sekeluarga boleh berjalan-2 kemana sahaja tanpa memikirkan utk mengisi minyak
tp cuma bila nak ditambah kan lagi tempat utk mengisi ngv di setiap negeri di malaysia
terutamanyer di kawasan a/star
sbb blh kata 2 minggu sekali sy ke a/star
dh terpaksa la top-up dgn minyak gak
sbb ngv dipakai utk pergi balik dari kulim ke alor jer
klu nak jalan kat a/star terpaksa la pakai minyak
dklu dh ada ngv tu rasanya minyak RM10 sebulan la…
jimat sangat… sy sangat2 berterima kasih la pada malaysia sbb memperkenal kan ngv
pick up mitsubishi triton boleh pasang ngv tak?