- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • PENYELESAIAN MASALAH ENJIN PROTON CFE EXORA PREVE SUPRIMA TURBO – OCA OCH OIL COOLER HOSE BURST

    Masalah OCH Oil Cooler Hose pada enjin CFE Proton exora, Preve dan Suprima campro 1.6 CFE turbo menghantui para pemilik enjin turbo tersebut dan sehingga kini tiada penyelesaian kekal yang reliable datang dari pihak Proton.

    Kdi sudah lama mengikuti permasalahan ini di laman perbincangan mereka di FB dan kebanyakan pemilik kecewa dan takut jika OCH burst ketika di jalanraya. Ia seakan time bomb dan disebabkan isu ini sangat hangat, imej enjin Proton CFE tercalar teruk sehingga menyebabkan harga second hand value kereta Proton di used car merudum teruk. Market value Proton Preve, Exora dan Suprima jatuh lebih teruk dari yang dijangka dan dijual sangat murah kerana ramai yang takut dengan isu OCH ini pada enjin turbo Proton.

    Namun difahamkan kini Proton sedang mencuba prototaip OCH hose baru pada beberapa kereta bernadikan CFE itu untuk diuji ketahanannya. Setakat ini feedback yang diberi oleh tester adalah positif namun masih awal untuk mengatakan ianya berjaya kerana masih belum mencapai mileage yang begitu tinggi dalam ujian tersebut.

    Bagi kdi, ia bukan sahaja masalah OCH host tersebut. Ia juga adalah masalah rekaan keseluruhan OCA Oil cooler assembly yang menyekat aliran cecair yang masuk dan keluar menyebabkan sedikit enapan cecair yang terjadi di dalam OCA akan menyekat aliran dan seterusnya menyebabkan OCH hose burst dan bocor.

    Dalam keadaan hose yang bocor ini, pengguna dinasihatkan terus berhenti apabila terdapat sebarang tanda kebocoran untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku pada enjin anda.

    Ada yang mencadangkan agar menukar OCA oil cooler assembly Proton sedia ada kepada oil cooler assy dari kereta model BMW dari halfcut yang dipercayai lebih baik rekaannya dan tahan lebih lama.

    Ada juga yang mencadangkan untuk meletakkan clamp besi pada sepanjang oil cooler hose sedia ada untuk menambahkan keupayaan menahan tekanan hose tersebut. Ia juga adalah langkah yang bagus namun perlu diperbaiki lagi kerana clamp yang tajam akan memakan dinding luar hose tersebut. 

    Kdi cadangkan menggunakan plastic tie wrap pada sepanjang hose tersebut dengan rapat untuk mengukuhkan dinding luar hose tanpa merosakkan hose OCH tersebut. Ia seperti diy yang orang lakukan pada brake line untuk menggantikan steel braided hose. Paling kurang ini adalah ikhtiar terakhir dan ia pasti lebih selamat.

    Namun key paling penting di sini adalah langkah pencegahan (preventive maintenance) di mana minyak enjin perlu ditukar lebih awal dari mileage sepatutnya dan OCH perlu ditukar setiap 20000km seperti yang disarankan oleh salah sebuah bengkel specialist Proton CFE ini.

    “OIL cooler hose PROTON CFE ENGINE

    »Banyak kita dengar cerita masalah oil cooler hose kereta model cfe ini,tapi tak semua kereta yang kena.Masalah oil cooler hose pecah mungkin disebabkan laluan minyak sempit akibat tidak menjaga minyak engine ataupun vibration.

    »Pendapat kami kepada pemilik cfe untuk langkah berjaga jaga sila tukar oil cooler hose setiap 20000km atau setiap kali major service mungkin dapat hilangkan kerisauan anda.”

    Jadi, bagi kdi, pemilik CFE tidak perlu takut akan time bomb OCH ini kerana jika anda menjaga minyak enjin dan menukar OCH sebelum ia bocor lebih awal akan dapat menyelesaikan isu OCH burst buat masa ini.

    Perlu diingat bukan model Proton CFE sahaja mempunyai time bomb problem seperti ini, kereta buatan lain yang dikatakan lebih berkualiti juga mempunyai time bomb yang lebih bahaya dan mahal beribu ringgit seperti dq200 dsg gearbox pada VW, active steering pada BMW, ESL lock pada Merce, takata airbag pada Honda dan Pedal stuck pada Toyota.

    Jadi penyelesaian OCH hose ini lebih murah dan mudah untuk dilakukan. Namun diharap Proton dapat mereka semula OCH dan OCA yang lebih reliable pada masa akan datang.

    Jika ditanya pada kdi adakah kdi akan terus memakai Proton bernadikan CFE, jawapannya pasti ya kerana selagi anda menjaga enjin anda dengan baik, pasti ia akan sentiasa berada dalam keadaan baik dan lagipun Enjin CFE adalah enjin turbo paling murah dan mudah dijaga berbanding kereta turbo jenama lain yang memakan belanja ribuan ringgit jika terdapat sebarang masalah. 

    Walapun kdi tidak memakai Proton CFE, namun berdasarkan pengalaman memiliki kereta Chevy dan Audi turbocharged terkini, percayalah, memiliki Proton CFE bukan sesuatu yang perlu dikesalkan dan dikeluhkan. Ia adalah pembelian yang berbaloi.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    24 Responses

    1. Che lah says:

      Exora saya 2016 13 k km…bunyi spt guli melantun dlm gear box sebelah kiri…bila tukar gear revers bunyi ziiiiip…power revers kurang…tekan minyak baru bergerak…berat…apa masalahnya…adakah gear cvt rosak…

    2. Shamsul says:

      Komen sikit ttg artikel…
      Kepada kereta dot info…
      Terimakasih kerana mengenengahkan masalah kami, dan artikel anda adalah artikel yang adil, bernas dan beretika. Terbukti anda bukannya wartawan ‘lacur’ seperti kebanyakan yg lain…
      Namun satu isu yg saya rasa amat penting utk pengguna. Seperti dlm artikel anda diakui ada juga kenderaan lain mengalami masalah kritikal. Akan tetapi, yg dikesali adalah cara Proton menangani masalah tersebut berbanding jenama lain. Ia menunjukkan seolah Proton, pengeluar yg tidak bertanggungjawab, memperlekehkan masalah pembeli dan tidak menghormati pembeli dgn hanya membisu terhadap kerisauan pembeli.
      Saya hormati pandangan anda terhadap enjin CFe, namun pandangan saya, walaubagaimana hebat pun jentera tersebut, jika pengeluar mempunyai sikap spt diatas, dinasihatkan elakkan lah…

    3. Nizan Hafiz says:

      Sy pengguna exora turbo 2015…mintk jasa baik no tel pomen admin yg bole modifield OCH tu…

    4. hakim says:

      ahh berbaloi ape..proton jual sampah
      aku tukar och ni dah masuk 8 kali lah.

    5. Firdaus says:

      Nizan Hafiz, call @ whatsapp nombor ni 0195640983 Din

    6. Firdaus says:

      Hakim pun blh cuba contact dia. Kawan saya tu…

    7. joy says:

      tak payah bli proton

    8. Mohd Asri says:

      Saya seorang pengguna proton exora enjin cfe. Saya berasa amat kecewa dengan apa yang telah berlaku terhadap OCH enjin ini, sedangkan setiap kali servis, saya buat di ejen proton. Saya bukannya orang senang. Kalau boleh nak pakai kereta ini sampai ke pencen. Proton kenalah prihatin dengan masalah pembeli kereta proton.

    9. Zack says:

      Adoiiiiiii baru ingat nk amik exora seken klau cmni xjdi le nk amik,,,,bli keta untuk menyenangkn bukan kerja nk berulang alik ke bengkel,,,,pastu bulan bulan nk bayar hutang keta campur kos selalu rosak,,,,,,masalah jugak jdi beban n tekanan

    10. naz says:

      nak tanya..eb saya sudah 5 tahun…masalah yg dihadapi ..pagi pagi cold start 2 -3 kali start baru enjin boleh hidup,lepas tu odometer info reset sendiri,enjin bergegar agak kuat,kipas blower berpusing setelah enjin dihidupkan walaupun x on aircond lagi,lepas tu jarum pada rpm meter terus pergi ke no 8.kenapa ye,

    11. WAN says:

      KORANG BOLEH CARI PAKAR EB DEKAT SUBANG INDUSTRI PARK,KAT SANA ADA SPECIAL PUNYA PRO BUAT EB N INJIN CFE TURBO NI,REGA 200% LAGI MURAH DARI SC

    12. WAN says:

      KALU NK EB SECOND YG CUN ADA KAT SELAYANG PSR BORONG BARU,CARI KAT SITU,KEDAI UJUNG NO 3 KLU X SILAP,DIA BYK DAPAT EB DARI PROTON DEALER,MAKSUDNYA YG GUNA UNTUK SHOWROOM OR TEST DRIVE

    13. WAN says:

      ASRI.KALU KAT SC TUKAR OCH KALI PERTAMA FREE.HANG KENE MAKLUM KAT DIO SUH TUKARKAN

    14. Noor ainiza says:

      salam wan kalau proses tukar water pump ..keta saga lmst brapa anggaran kosnya…

    15. Yusri says:

      Assalam..exora saya keluar lampu chech engine..bila scan ada masalah dgn turbo..adakah common bila msalah OCH lampu check engine akn keluar ? Komen ckit

    16. abu says:

      Tkasih kwn2, sy jg pemilik exora turbo cfe..1.6, dan ptg td sy menghadapi mslh pecah horse, dan minyak engine hampir kering..dan sy bergegas tarik krta ke workshop, sy jg bimbang ada mslh lain akan timbul…pd engin kereta..tn2 sy nak tanya tdk ada mslhkh selain horse pecah tu…

    17. mat says:

      engine exora saya bunyinya macam engine diesel apa masaalahnya..training bell baru tukar…mohon pencerahan…

    18. amey kamal says:

      saya pengguna cfe turbo suprima 2017 millage baru 40km n baru tadi ke sc setapak n diaorg minta saya tukar och turbo..soalan betul ke penukaran kali pertama akan diberikan secara F.O.C. saya dimaklumkan oleh service advisor ada bayaran sebanyak rm145..boleh minta pencerahan.

    19. Azizul says:

      Proton exora cps manual jugak terbaik. 6 tahun guna belum pernah buat meraggam. Injin dan gear box ok. Suspension mantap. Cuma penggunaan petrol kuat sikit jer.

    20. Nasri Tahir says:

      Proton tak guna lah menyusahkan org saja sampai sekarang tiada penyelesaian pasal och baru kejap anak buah kena lagi.takkan setiap 20000km kena tukar och bukannya murah upah lagie

    21. Budak Pailang says:

      kereta proton memang hampeh…..

      Last2 guna produk dari cina…..hahahahaha

    22. Baru dah lepas kasi deposit rm1k aduhhhh ada tak OCH yang lebih bagus dikeluarkan oleh proton ni??

    23. Zam says:

      Och pecah lagi… 2 kali dlm sebulan…

    24. Sab says:

      Och ni kalu pecah tp myk xklua bsembur kuat sgt xpe mknanya dan spai ke bkel.. Ni sampai kena towing.. Aduhh.. Kalu kt hway guane??

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)