Ramai yang menginginkan sebuah kereta berkuasa turbo atau force induction turbocharged engine namun tidak tahu bagaimana menggunakan dan menjaga enjin turbo agar tidak rosak dan boleh berfungsi dengan baik setiap masa.
Gambar menunjukkan turbine yang rosak akibat tidak memakai air filter di mana partikel udara yang masuk mungkin bercampur dengan habuk dan pasir yang merosakkan bilah turbo.
Antara penjagaan atau perkara yang perlu diambil perhatian bagi pengguna enjin turbo adalah:
1) Jangan overboost – bagi yang bolt on turbo pada enjin standard seperti campro atau vtec, anda perlu ketahui boost yang paling optimum dengan reliability yang paling baik pada talaan enjin anda.
2) Pastikan enjin dibiar dihidupkan selama beberapa saat sebelum anda mematikan enjin untuk penyejukan turbo. Di sini pentingnya penggunaan turbo timer.
3) Jangan memandu pada kelajuan top terlalu lama kerana dikhuatiri ketahanan enjin semakin berkurangan. Kecuali anda dibenar dan mendapat nasihat professional dari mekanik kereta.
4) Periksa kebocoran minyak pada turbo setiap kali anda servis kereta.
5) Periksa kebocoran angin pada turbo piping dan intercooler serta pemasangannya masih ketat dan tidak longgar
6) Sentiasa pastikan air filter tidak kotor atau tersumbat. Bagi enjin yang menggunakan MAF mass air flow sensor selepas air filter, tidak digalakkan menggunakan air filter cleaning kit yang berminyak kerana ia akan merosakkan MAF sensor dengan memberi bacaan salah dan mengurangkan prestasi atau reduced engine performance at high load.
Penggunaan chemical cleaner berunsur minyak juga tidak digalakkan kerana mengundang risiko turbo menjadi kotor.
7) Pastikan minyak enjin ditukar tepat pada waktunya. Jika tidak turbo anda berisiko untuk rosak.
8) Jika anda rasakan enjin anda sudah mula kekurangan pickup dan power, dinasihatkan untuk anda menghantar turbo anda untuk diservis yang mana menelan belanja lebih kurang RM1000 untuk membersihkan bahagian dalaman dan mengembalikan performane turbo anda kepada keadaan asal.
9) Tune engine anda pada jarak masa tertentu untuk pastikan penggunaan minyak dan performance enjin pada tahap optimum.
Itu antara penjagaan penting untuk enjin turbo. Ada lagi beberapa point tambahan untuk menjaga enjin turbo agar tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan baik. Memang benar penjagaan enjin turbo agak manja namun bagi pemilik kereta yang prihatin, ini bukan masalah besar.
Jika ada sebarang tips tambahan atau ulasan sila berikan di ruangan komen. Mungkin ada pengguna turbo CFE, turbo diesel, campro turbo, vtec turbo, VGT VNT turbo atau bolt on turbo engine user yang lain ada maklumat tambahan yang boleh dikongsikan.
PENJAGAAN TURBO – TURBOCHARGED ENGINE
HI, APA SEBAB VNT, TURBO DEISEL ADA YG, TURBINE BLADE BOLEH MELT, CLY, HEAD CRECK, DAN HIGH TEMP,
SEBAB NYA BEB, ATAU AMPUNYA KETA TAK SERVICE KETA,
HI, APA SEBAB VNT, TURBO DEISEL ADA YG, TURBINE BLADE BOLEH MELT, CLY, HEAD CRECK, DAN HIGH TEMP,
SEBAB NYA BEB, ATAU AMPUNYA KETA TAK SERVICE KETA,
maintenance yang tak dilakukan dngan baik atau cara gunakan enjin terlalu kasar menjadi sebab kerosakan.
Saya menggunakan Nissan Navara 2.5…kereta saya mengalami masalah enjin berbunyi bising seperti bunyi angin kuat pada bahagian depan pemandu. Apabila masalah ini datang power engine akan berkurangan dan pernah keadaan menjadi teruk dimana kereta sy hanya boleh pergi 80KMJ saja dan bunyi engine sangat bising. sy sudah menghantar ke tancheong service center sebanyak 6kali dan mereka masih belum dpt menemui masalah kereta sy.
keta sy tba2 brsap putih ptg td.. adaka masalh turbo atau engin.. sy jrg blus dn mnyk engin sgt tjaga.. tapi ekliner xda. ada ka tu pnyebbnya ia bole brasap putih.. 0138893772 wtsap sy dn bntu sy.. plisss
penjagaan turbo ngn engine amat penting
Mautanya pak kalau nisan navara di gas asap nya hitam kenapa iya
Bagaimana penjagaan turbo exora bold.adakah perlu diservis atau perlu menukar minyak hitam mngikut jadual.kly perlu diservis macam mana caranya.mohon pencerahan
Sharul, penjagaan enjin turbo ni sememangnya lebih manja bermakna kita perlu lebih kerap melihat bahagian enjin dan perlu lebih kerap menukar minyak enjin kerana beban yang ditanggung enjin lebih banyak kerana horsepower yang diperah melaluinya lebih banyak berbanding kereta enjin NA.
Jadi, perlu gukar minyak hitam lebih awal sebagai contoh jika guna fully synthetic tukarlah pada setiap 8000km bukan lebih 10000km.
Perlu lihat jika terdapat sebarang kebocoran minyak dan angin pada bahagian enjin.
Haerman, kalau dengar bunyi angin kuat di enjin dan kuasa enjin kurang bermakna terdapat kebocoran pada paip atau hose turbo. Macam mana sc tak boleh perasan?
Hi..sy pakai kereta peugeot model 508 (1.6cc) thn 2012.. Turbo enjin rosak..brp kos utk baiki?
Kereta saya navara 2.5,ada bunyi bising ‘tik tik tik’ macam besi terkena besi.Bila di check tak nampak pula benda yang mencurigakan.Tapi yang saya perasan bunyi tersebut macam datang dari turbo.Bila saya speed, engine saya macam kurang power dari sebelum ni.Mungkinkah bilah kipas turbo saya rosak atau ada benda lain yang rosak.
Apakah effect kalau turbo saya rosak?adakah ianya akan berjangkit kpada bhagian part lain?
Saya pakai galant vr4 turbo auto kenape bila tekan minyak lebih sikit dia semput semput ehh? Bila tekan habis baru ok maaf saya baru berlajar
saya punya hilux 3.0 sejak dh kemalangan minyak boleh kuat hbi.apa masalah nya yang sy fkir kan kemunkinan ada kena mengena dgn turbo ke.sb turbo sy lbt buka masa sy tengah laju.
atan, cuba check intake system dulu. buat air filter cleaning, cuci throttle body, check hose turbo.. kalo smua ok maybe turbo kena servis.
Enjin exora cfe kurang power lampu check enjin hidup
Bila scan keluar ‘turbocharger under boost’