By Jarjar:
Ni ada gambar Proton Tuah p3-21a interior. Saya letak sekali komen test drive review 1st impression dari Proton salesman. Dipetik dari blognya proton-sales.blogspot.com
KDI : Thanks Jarjar for the pics and details. A teaser review about proton p321a or Tuah or known before as Proton persona replacement. According to the picture of p3-21a interior above, we can see that the steering wheel has the same identity as exora’s steering. The dashboard panel is a bit like Proton Inspira. It is like a combination of both Exora and Inspira.
P3-21A INTERIOR + REVIEW PROTON HOT SPORTS SEDAN
According to the sales person, this p3-21a will have a lot of extra features like Keyless Push start Button, Light Sensor, Rain Sensor, Build-in GPS, front LED light. The engine will have 2 variant which is CFE charge fuel efficient 1.6L turbo with 7 speed CVT gearbox plus paddle shift and the 1.6L IAFM+ with 6 speed CVT gearbox. Watch out! A hot sedan will be coming your way!
We have posted a few images of p3-21a with info at link below.
http://kereta.info/proton-tuah-espire-p3-21a-concept-hot-images/
Proton sales man review on p3-21a :
Selepas pulang dari ‘Proton Sales Conference & Introductions P3-21A’ yang disampaikan oleh DSZ sebentar tadi, saya berasa begitu tidak sabar untuk mengulas sedikit sebanyak tentang produk terbaru proton iaitu P3-21A yg bakal dilancakan pada akhir suku pertama tahun ini, iaitu March 2012.
Apa yang saya dapat lihat dan ingin dikongsikan mengenai produk ini selepas saya dapat menyaksikan sendiri secara ‘live’ di depan mata buat kali pertamanya, P3-21A merupakan model yang bakal menjawab segala kritikan dan pandangan yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Proton, secara tak langsung membuktikan DSZ telah mendengar dan membaca komen-komen, idea dan pandangan anda semua di blog-blog automitive negara mahupun di tempat-tempat lain. segala ‘features & functions’ yang kita semua mahukan, hampir semuanya ada di dalam P3-21A ini, meyakinkan lagi P3-21A ini mampu bersaing menjadi produk global.
Suka untuk saya jelaskan, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Setibanya waktu P3-21A ini dilancarkan March nanti, pastinya masih ada suara-suara yang akan terus mengkritik lagi dan lagi. Tidak menjadi rahsia lagi, majoriti citarasa pengguna di Malaysia ini lebih kearah rekabentuk ‘Japanese/Korean’. Tak salah.. Tetapi yang sukarnya di sini, P3-21A ini bukan sahaja mahu memenuhi citarasa pengguna di Malaysia, malah juga di 28 buah negara lain yang bakal dipasarkan dan citarasa kesemua pengguna di 28 buah negara ini berbeza-beza dan pastinya setiap keputusan yang diambil dalam pembinaan P3-21A ini memerlukan keputusan teliti dan ‘collective decisions’.
Yang pertama, bab ciri keselamatan, P3-21A mempunyai NCAP 5 Star rating, yang pastinya memberikan kelebihan ketara kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutama Vios & City. Rangkanya lebih kukuh dan selamat serta mempunyai Airbag depan dan sisi. Ia juga merupakan kereta yang paling selamat di Malaysia jika diletakkan dalam segmennya, kerana ciri pemanduan ‘Lotus Ride & Handling’ yang amat stabil & menggunakan ‘Multilink rear suspension’ yang tiada dalam pesaing-pesaingnya seperti Vios, City, Forte, mahupun Corolla Altis, bak kata DSZ “guarantee best handling in it’s class”. Ciri-ciri keselamatan lain yang dilengkapi P3-21A ini adalah ABS & EBD with 4 wheels Disc Brake dan satu lagi ciri keselamatan terbaru diperkenalkan iaitu ESC (lebih kurang mcm VSA-Vehicle Stablity Assist).
Bab aksoseri pula, kereta ini dilengkapi dengan Keyless Push start Button, Light Sensor, Rain Sensor, Build-in GPS, front LED light untuk pemanduan waktu siang seperti Audi, ruang boot yang amat besar, lebih kurang besarnya seperti ruang boot Persona Elegance, menggunakan spotrim 16″ inci dan lebar tayar saiz 205, logo badge proton yang diletakkan di bahagian depan dan belakang lebih besar menampakan kereta lebih gah dan pelbagai lagi.
Bab performance pula, variant teratas P3-21A akan menggunakan enjin Campro 1.6L CFE dengan 7-speed gearbox CVT, 140PS/205 torque. Wowww!!! dan tak lupa ia juga dilengkapi dengan Paddle shift steering, dan sport mode +/- di gear column seperti Inspira 1.8CVT dan 2.0CVT. Bagi variant pertengahan dan bawah, engine yang digunakan ialah Campro 1.6L IAFM+ dengan gearbox CVT 6-speed.
Akhir Sekali bab finishing, bab ni ramai yang musykil dan bimbang, terutamanya mengenai badge Proton di Steering. Jadi komentar-komentar di blog funtasticko, paultan dan lain-lain tak perlu lagi bimbang, kerana badge proton warna hitam-putih (sama seperti badge di bumper depan) disertakan lining chrome nipis disekelilingnya ada diletakkan di steering P3-21A ini. Steeringnya pula menggunakan steering Exora, tetapi ada sedikit ‘design improvement’ di bahagian ‘Audio switch control’ sekaligus menampakkan steeringnya lebih kemas, kompak dan elegan. Dashbord & door trim pula menggunakan soft material seperti Wira, bukan keras seperti Persona, Saga, Exora & Satria Neo.
Banyak lagi yang boleh diulaskan mengenai P3-21A ini. Tetapi biarlah yang selebihnya dirahsiakan sehingga hari perlancaran nanti. Rumusan saya design P3-21A ini ‘Clean & Simple’. Tiada geometri-geometri ‘futuristik’ yang keterlaluan ditonjolkan seperti yang selalu digunakan oleh Kia, Hyundai & Honda. Sebaliknya ia lebih banyak menggunakan ‘safe & long lasting design’ seperti BMW, Audi & toyota.
Apa pun Tahniah diucapkan kepada DSZ, 400 orang juruteta P3-21A dan seluruh warga kerja Proton yang terlibat bertungkus-lumus selama 24 bulan. Great Job!!!
Cuma tinggal satu lagi yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini, apakah nama sebenar model Proton P3-21A ini? Persona? Tuah? Espire? atau Wira?
Jom komen!