NGV LEAK TESTER / SENSOR- Alat kesan kebocoran gas NGV
Lately, a malaysian company, Turbo Simulator Motorsport, introducing a new device to avoid ngv gas tank/bottle installed in your car from explode. This is a very usefull safety device for ngv cars. How to buy? you can get this ngv leak tester or sensor to sense the leaking gas directly from their website at ngv.weebly.com. The price is RM288.
Below is some news report in harian metro about the ngv leak tester:
Alat khas kesan kebocoran gas NGV
TURBO Simulator Motorsport, pengimport dan pengedar alat pengesan kebocoran gas NGV untuk semua jenis kenderaan yang menggunakan sistem berkenaan mensasarkan jualan 1,000 unit produk itu sehingga hujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Siti Zaifiniza Mohd Yassin, berkata produk terbaru dipasarkan syarikatnya itu mampu membantu pemilik kenderaan untuk mengesan sebarang kebocoran NGV pada sistem yang dipasang.
“Pihak kami mendapati kebanyakan pengguna kenderaan dipasang NGV tidak tahu sepenuhnya teknik untuk menyelenggarakan NGV sehinggakan ada beberapa kes yang menyebabkan ia meletup.
“Menerusi alat yang diperkenalkan ini, ia berfungsi mengesan sebarang masalah seperti kebocoran gas untuk mengelak tragedi berlaku,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, alat yang menggunakan teknologi Korea itu akan memberi isyarat serta-merta apabila terdapat sebarang kebocoran pada saluran NGV.
Siti Zaifiniza berkata, untuk menggunakannya cukup mudah, pengguna hanya perlu menekan butang khas untuk menghidupkannya sebelum meletakkannya di bahagian saluran NGV.
“Sekiranya ada kebocoran ia akan berbunyi sebagai tanda amaran kepada pemilik kenderaan dan ini sudah pasti membantu mereka mengesan kerosakan atau kebocoran,” katanya.
Sebagai promosi alat berkenaan dijual pada harga RM288
Jom komen!