Hyundai Elantra baru 2021 sudah pun didedahkan gambarnya dan ia kelihatan lain dari yang lain. Bagi kami, rekaan luarannya terlalu futuristic yang sukar untuk diterima pada zaman sekarang ini. Mungkin sesetengah orang menyukai rekaan sebegini. Namun yang penting bahagian interior Hyundai Elantra 2021 baru ini nampak sangat cantik dan gempak sekali!
Bumper hadapan mirip Honda NSX manakala rekaan belakang seperti Audi A7 yang mana kedua-dua model itu merupakan model sport dari Honda dan Audi. Boleh dilihat Hyundai cuba untuk menjadikan Elantra baru ini lebih sporty dari Honda Civic FC (yang sesetenga orang beranggapan rekaan Civic terlalu futuristic seperti kenderaan angkasa). Bagi kami pula, sebuah kereta sedan tidak sesuai digabungkan dengan muka depan dan belakang ala-ala kereta sport. Rekaan sedan boleh kelihatan ganas namun perlu mempunyai kesinambungan dengan konsep sleek seperti kereta mewah buatan Jerman.
Kami amat suka dengan rekaan dashboard, dengan infotainment screen yang besar digabung dengan panel speedometer digital ala Mercedes tapi ia kelihatan lebih cantik dengan grafik speedometer yang lebih menarik. Steeringnya pula, tidaklah sehodoh Hyundai Sonata 2020 dan nampak seperti steering Audi baru. Rekaan kerusi leather yang juga seakan cobra seat Audi RS nampak lebih selesa dan sporty.
Elantra baru ini dibangungkan dengan platform baru yang lebih panjang dan lebar. Bentuk body Elantra 2021 ini dikatakan mengikut rekaan kereta 4 pintu coupe dengan roof line yang lebih stylish dari pandangan sisi.
infotainment 10.3 inch dilengkapi apple car play dan android auto dengan paparan skrin lebih jelas pasti memberikan kepuasan hiburan dalam kereta.
Buat pertama kali, Hyundai akan memperkenalkan Elantra Hybrid dengan enjin 1.6liter yang mempunyai 139 hp dan 264 Nm torque yang memberi kecekapan bahan api yang lebih baik. Model buka hybrid pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter 147hp dan 179Nm torque.
Bagaimana pula pandangan anda terhadap Hyundai Elantra baru ini? Cantik atau over styling?
Jom komen!