Gambar di atas menunjukkan resit pembayaran bagi servis major kereta Honda City baru 1.5 2014 2015 dari pengguna Honda City Malaysia dikongsi melalui kelab FB Honda City. Walaupun tiada penukaran timing belt, servis major 80k km ini sebenarnya agak mahal jika dibanding kereta tempatan yang memerlukan penukaran timing belt.
NEW HONDA CITY MAJOR SERVICE 80K KM RM900++
Jadi, bagi sesiapa yang rasa maintenance kereta Jepun lagi murah atau mudah, boleh nilaikannya sendiri. Anda mungkin mampu membayar bayaran bulanan. Namun mampukah anda membayat insuran sehingga lebih RM2000 setahun? Servis RM1K? Kalau anda tiada masalah boleh teruskan membeli. Kalau tidak, simpan saja duit anda untuk sebuah kereta yang lebih praktikal.
saya plan nak beli honda city second hand tahun 2010. Budget dibawah RM48k. Boleh share berbaloi tak beli city 2010? city tahun 2010 ada pape major problem? ataupun boleh recommend kereta lain yang lebih berbaloi dgn budget saya? Terima kasih.
May, ok je tak ada major problem.
siapa kata kereta tempatan sevis murah..
proton pun mahal servis major..tanpa tukar timing belt pun dekat 1k kalau proton saga..kalau preve service 60k dah 1200+++++ tukar minyak jer dengan plug
Tipu la “kerana gst” servis major kat proton selalu 600 ke bawah. Perodua lagi murah. Agak2 la kalau tukar minyak dengan plug rm1200 preve. Selalu dalam 200 plus plus ke tiga ratus minor servis tukar minyak dan spark plug. Agak2 la nak tipu. Kau ni ejen HONDA ke. Aku dah 10 tahun pakai proton persona 1.6. Ok je
Betul… Proton yang pakai enjin CVT seperti Saga FLX, service Gear CVT saja dah around RM800. padahal kereta murah. if minyak saja 200
Hahah yg kata murah mgkin tukar minyak hitam n oil filter jer tu..atau pun owner tak faham major servis tu aper..