- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • UPDATE : NAME OF NEW PROTON SEDAN CONTEST – WAJA REPLACEMENT?

    New Contribution By G-mie updated with details of the Competition By Naam

     Message :Here is details of the competition to name the new Proton Sedan only to Proton Staff. The grand prize will be RM10k + 2 free pass to KLIMS 2010 + Invitation to launching ceremony + Navigation Device while 4 other prizes are RM500 + Invitation to launching ceremony.

    PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN

    Syarat & Peraturan Peraduan

    =
    1. Kelayakan Mengambil Bahagian
    a. PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN™ dibuka kepada semua warga PROTON yang telah disahkan jawatan sebelum 1hb Januari 2010 (PHB, PESB, PTMSB dan Miyazu) KECUALI Jabatan Pemasaran Produk dan ahli-ahli jawatankuasa peraduan.
    b. Peraduan ini bermula dari 12.01 pagi, 10hb Februari 2010 dan berakhir pada 11.59 malam, 25hb Februari 2010 (“Tempoh Peraduan”).
    c. Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan

    =
    2. Kriteria Kelayakan
    a. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab kesemua empat [4] soalan yang diberikan.
    Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
    b. Setiap peserta berhak/layak menghantar tidak melebihi daripada dua (2) borang penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan juga diterima.
    c. Panel pengadil yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan PROTON akan memilih penyertaan terbaik berdasarkan relevan, keaslian dan kreativiti untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
    d. Borang penyertaan yang dihantar mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk setiap penyertaan:
    • Tidak mempunyai sebarang maksud berkaitan dengan haiwan.
    • Penyertaan yang membawa maksud yang tidak sopan secara automatik akan dibatalkan.
    • Penyertaan tidak boleh membawa maksud yang tidak baik, contohnya “Bodoh”
    • Penyertaan mestilah boleh diterima secara komersial, contohnya “PROTON Waja”
    • Nama PROTON Sedan ini senang untuk disebut, contohnya “PROTON Waja”
    • Nama PROTON Sedan ini mestilah mudah difahami and diingati oleh warga
    Malaysia.
    • Nama PROTON Sedan hendaklah tidak melebihi tiga [3] suku kata. Contohnya “PROTON roton Persona”. Penyertaan yang melebihi tiga [3] suku kata secara automatik akan dibatalkan.
    e. Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
    f. PROTON berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
    g. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan peraduan ini, serta keputusan pihak PROTON.
    h. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

    =
    3. Penghantaran Borang Penyertaan
    Setiap borang penyertaan boleh dihantar melalui email, ketua cawangan atau hantar terus ke alamat seperti di bawah. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak PROTON.
    Bahagian Pemasaran Produk,
    PROTON Holdings Berhad,
    Tingkat 1, PROTON Centre of Excellence,
    KM 33.8 Westbound Shah Alam Expressway,
    46700 Subang Jaya, Selangor.
    (u.p : Cik Ema Soleha atau Puan Maziani)

    Message: Maklumat ini, saya perolehi dari Funtasticko Design.. Mengenai Peraduan Menamakan Proton Sedan, di mana ia terbuka kepada semua warga Proton (PHB, PESB, PTM & Miyazu).. Difahamkan, model yang maksudkan kemungkinan besar adalah model gantian Waja (Waja Replacement Model).. Saya berminat dengan garisan merah berbentuk kereta tu.. Adakah ia, WAJA 2010..???

    NAME OF NEW PROTON SEDAN CONTEST - WAJA REPLACEMENT?

     NAME OF NEW PROTON SEDAN CONTEST – WAJA REPLACEMENT?

    According to G-mie, the contest banner came from fantasticko design web which is about the name the proton sedan contest. The New Proton Sedan might be a Proton Waja Replacement model which is based on the Mitsubishi Lancer. Too many guessing design come out to render the upcoming sedan model of waja replacement.
    For those who like to guess, you can guess the name here. =)
    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)