Myvi SE baru lebih menawan
Oleh Hatipah Ahmad
[email protected]
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yakin pelancaran model New Myvi edisi khas (SE) Special Edition / Sports Edition yang menampilkan ciri-ciri baru lebih menawan dan mantap sebelum akhir tahun ini, mampu memperkukuhkan kedudukannya sebgai peneraju automotif tempatan.
Berdasarkan laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini, Perodua mendahului jualan kenderaan di Malaysia dari Januari hingga Jun 2008 iaitu 83,588 unit dengan penguasaan pasaran 32.9 peratus.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar, berkata model edisi khas itu kemungkinan akan diperkenalkan ke pasaran selepas hari raya.
Katanya, cadangan mengeluarkan model edisi khas itu dibuat berdasarkan sambutan menggalakkan untuk model Myvi yang menyumbang 50 peratus kepada prestasi jualan tahunan Perodua.
Model edisi khas Myvi dijangka menampilkan ciri lebih menarik dan moden disamping penambahbaikan yang lebih aerodinamik.
“Kami yakin pengeluaran edisi khas ini akan mendapat sambutan baik pelanggan, ditambah pula dengan pelancaran model Myvi wajah baru, baru-baru ini,” katanya ini.
Bulan lalu, Perodua melancarkan Myvi yang diperkemas di pasaran yang menampilkan beberapa penambahbaikan kepada reka bentuk dalaman dan luarannya.
Ditanya mengenai pengeluaran Myvi sedan pula, beliau berkata, walaupun permintaan untuk kereta sedan berkembang berikutan pengenalan wajah baru Proton Saga yang dikeluarkan Proton baru-baru ini, Perodua akan kekal menumpukan pengeluaran kereta kompak.
“Kami akan fokus kepada pengeluaran kereta kompak sebagaimana sedia ada seperti Myvi dan ViVa.
“Kami akan menumpukan kepada kereta kompak yang mempunyai kapasiti enjin lebih kecil tetapi menjimatkan minyak,” katanya.
Myvi adalah model kenderaan kompak keluaran Perodua yang paling mendapat sambutan dengan tempahan bertambah setiap bulan.
Sejak diperkenalkan 2005, Myvi terus menjadi perhatian dengan tempahan mencecah kira-kira 7,500 unit bulan lalu diikuti model ViVa.
em..smart jgk le keta ni..nk kai swift xmmpu..myvi pn jd ler..
Anyone kenarianz pls help me…brape harge aircond compressor jenis denso yang original utk keta kenari? btl ke harge sampai rm2100? (that was told by perodua service centre kat bangi). recond punye plak brape?
kdi blh tolong any info on price of aircond compressor 4 kenari?