- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • DIY CARA TUKAR BULB LAMPU KERETA REAR PLATE NUMBER LIGHT REPLACEMENT HOW TO CHANGE
  • MOTOR Image Group Bangun Imej Baru Subaru Malaysia

    MOTOR Image Group Bangun imej baru Subaru Malaysia

    MOTOR Image Group, pengedar tunggal kereta jenama Subaru Malaysia di rantau ini berharap dapat menjual lima unit sebulan daripada bilik pameran yang baru dibukanya di Johor, semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Glenn Tan, berkata bilik pameran itu adalah yang ketiga milik Subaru selepas Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

    Beliau berkata, langkah membuka bilik pameran di Johor didorong oleh peningkatan populariti jenama Subaru di Singapura dan jumlah pelanggan yang bertambah di negara ini.

    “Dengan Johor yang hanya di seberang tambak, warga Johor lebih biasa dengan jenama Subaru dan justeru itu lebih menerima kereta kami,” katanya kepada pemberita di Johor, semalam.

    Tan berkata, syarikat itu giat menjalankan kempen pemasaran bagi membangunkan imej baru Subaru dan mahu mengembangkan rangkaiannya di Malaysia.
    Menurutnya, pelanggan Subaru di negara ini biasanya adalah penggemar kereta dan permotoran tetapi ini adalah stereotaip yang syarikat itu mahu mengubahnya.

    “Subaru beralih daripada imej ‘kereta lumbanya’. Rangkaian kereta terbaru kami mencerminkan reka bentuk yang lebih canggih dan mewah untuk memenuhi cita rasa pengguna yang lebih luas, terutama golongan profesional dan usahawan,” katanya.

    Syarikat itu memperkenalkan dua model unit siap dipasang sepenuhnya CBU kepada pasaran Malaysia iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester dan Subaru Impreza S-GT.

    Motor Image Group adalah anak syarikat milik penuh Tan Chong International Limited yang tersenarai di Hong Kong dan mempunyai pejabat di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Thailand. – Bernama

    Source : Harian Metro

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)