Iwao Koizumi, pereka model kereta Atenza atau Mazda 6 dan CX-7 telah mereka model baru bagi Mazda dalam kategori MPV. Mazda Biante boleh memuatkan 8 orang penumpang dan mempunyai rekaan yang unik serta menarik sebagai sebuah MPV yang besar.
Mazda hanya akan memasarkan kenderaan MPV baru tersebut dalam pasaran automotif Jepun sahaja. Perkataan Biante diambil dari “ambient”. Jika ia berada di pasaran tidak lama lagi, Mazda biante akan menjadi MPV paling luas dan besar setakat ini.
Kereta ini sebenarnya adalah sebuah minivan yang mengutamakan keluasan. Dengan tema “impian dan pelangi”, ia direka khas untuk mengutamakan keseronokan bersama keluarga. Mempunyai atap yang luas dan mempunyai stail yang menarik walaupun ia sebuah minivan -Thanks to Reza for the translation (Japan-Malay) =)
Bagaimana jika kenderaan MPV ini memasuki pasaran Malaysia semasa pelancaran model baru Proton MPV nanti? Kita lihat bagaimana industri automotif Malaysia bersaing dalam kategori MPV yang lebih sengit pada 2008 dan 2009..
Mesti ler Proton punye MPV lagi murah. Kene compete dgn harga jela..Kalo dgn kualiti susah la kot kn
Cun woo.. Nak membelinya menggigil duit aku
Woooo..nasib gua tk deposit avanza.kalau tk menyesal