- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • MASALAH SUHU / TEMPERATURE ENJIN KERETA NAIK PANAS

    qayyum wrote: salam,sy nk tanya.sy guna kereta nissan grand livina 1.8. masalah sy,temperature selalu panas kalau bawa laju atau naik bukit. bila saya check,air radiator ada dan tak kurang. cuma air spare jadi penuh

    KDI : banyak punca suhu enjin boleh naik dan menjadi lebih panas dari biasa. Antaranya :

    image

    1. Radiator tersumbat..
    2. Kurang air
    3. Sensor Temperature rosak
    4. Water Pump Rosak
    5. Kipas radiator rosak.

    Dalam kes saudara qayyum, air tidak kurang, mungkin ada masalah tersumbat yang mana flow air untuk menyejukkan enjin jadi kurang.

    Apabila enjin bekerja lebih, sistem penyejukan tidak berada pada tahap optimum yg menyebabkan panas berlebihan. Ini mungkin melibatkan water pump yang tak pernah ditukar atau radiator tersumbat.

    Apapun, cek dahulu sama ada kipas radiator berfungsi atau tidak.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    73 Responses

    1. usin says:

      assalam admin dan mr qayyum. saya nak kongsi pencerahan masalah yg mr qayyum alami. (mungkin masa ni problem mr dah selesai kot, tapi mungkin berguna kpd orang lain). masalah temperature keta naik mendadak kereta saya sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2013 lagi. tapi saya dok layan berenti bila panas, isi air pada tangki simpanan dan bila sejuk semula baru jalan. masalahnya sama. suhu tinggi sampai mencecah lebih 100 darjah celsius. bila buka boot keta, air tak kurang malah dalam botol simpanan jadi penuh seterusnya melimpah keluar melalui tiub overflow. (bila injin dah sejuk, air jadi sangat kurang pulak!!) saya cuba macam2 dan dengar nasihat kawan2, tapi problem still tak selesai. mula tu saya tukar termostat. macam tu jugak. tukar switch yg lekat pada body termostat, suhu naik jugak. tukar tudung radiator, ewahh…suhu still tinggi jugak. akhirnya saya mintak tolong tengok water pump. ya ampun, bilah kipas pada water pump dah tanggal sekeping-sekeping. rupanya walaupun kipas tu masih boleh berpusing tetapi sebab bilahnya dah tanggal, rotation air menjadi sangat tidak lancar. nasib baik air masih boleh rotate, kalau tidak…tak taulah. so, punca suhu naik tinggi dan air melimpah disebabkan oleh water pump yang kurang berfungsi dengan baik. air tertendang semula ke tangki simpanan kerana water pump tak mampu nak rotate air seperti sepatutnya. harap ia dapat membantu rakan2 yang ada masalah yg sama.

    2. khasiff says:

      Salam…saya juga ada masalah yang sama, temperature kereta saya naik, tapi kekadang saja, selalunya ketika saya buka aircon, tapi bila saya off aircon,suhunya akan kembali normal, maksud saya masalah temperature meter saya naik dan turun, bila saya buat begitu, dan kekerapan berlaku kekadang saja…apa masalahnya ye….?

    3. hilmi says:

      tuan,

      sya nak tanya enjin kereta saya apabila buka aircond,temperature akan naik,air bergelegak,sekarang enjin seperti meletop bunyi pop dan berasap,aoakah ppuncanya dan berapa anggaran kos bagi penyelenggaraan tersebut ye
      tqvm

    4. kamaruddin says:

      saya mengalami masalah yg sama..bila on jew aircond temperature trus naik..slalu jadi bila jalan terlalau jauh..sy dh tukar temperature swith,water pump,top overhaul,dan yg paling latest tangki air pon baru..setiap kali buka aircond enjin akan jadi terlalu berat dan menyebabkan temperature terlalu panas.

    5. natasha says:

      salam…sy tasha…sy mngunakan kereta pesona sudah hampir 9thn…sy mngalami msalah high temreture yg sgt kerap….pertama kali sy ganti sbb radiator bocor….tp slepas ganti xsmpi 1thn…still high tempreture lg….masalah tmpreture sy naik ni…bile kerete bergerak dlm 10km, die naik mndadak…dan sy berhentikan kenderaan tak sampai 5minit tempreture turun habis…dan begerak semula lbih kurang 5-10km naik smula…. dn sy terbaru sy je bengkel utk check dan betulkan ape yg rosak…tp, xd yg rosak…sy cuba pasang kipas double layer…gosok blok…ganti coolen…yg pasti meter sy pn dh d check…xdsbarang kerosakn pd meter…tp,dlm masa xsampi 5bln, blaku lg keadaan yg sama….tempreture naik mendadak….dn sy berhentikan kereta suhu turun mendadak habis….jalan lg tak sampi 1jam naik mendadak lagi….sy mohon pencerahan untuk masalahh tempreture sy….klu nk kta bocor/kurang air…sy buka n tengok air tak kurang pun….

    6. kdi says:

      kamarudin, dah tukar fan? atau mungkin ada leak.

      natasha, pergi bengkel biasa atau proton? dinasihat pergi ke proton untk tahu masalah sbenar sbab bengkel biasa tak tahu apa barang yg proton selalu tukar jika ada common defect. kalau xde leak mungkin water pump rosak atau ada yg tersumbat.

    7. sallihin hj mohamad says:

      saya mengalami masalah yg sama pada myvi saya..bila on jew aircond temperature trus naik..slalu jadi bila sangkut kat jammed..bila saya off aircond temperature saya kembali normal…dah servis radiator,tukar motor kipas..dah bawak jumpa doctor pun kata xde masalah thermostat or waterpump..

    8. isa says:

      salam, saya ni just na kongsi criter.. pengalaman dari proton pesona yg telah sya jumper prob yg sama.. cu7stomer datag stowi mcm2 da tukar tetap panas.. so sya cadang top overhaul.. memang nampak sume baru time buka.. tetapi dalam dlok , antara head ngan blok gasket da sumbat.. bile tanya isi air ape pda mula2 kene? air paip.. terjadi lah karat x terduga mungkin terjadi pada kereta anda,… setelah di cuci dan siap kerja2 top.. keaadaan kembali 75cc.. syukur..

    9. Said says:

      Kereta saya ada 3 kipas, 1 kipas enjin(antara enjin dan radiator) 2 lagi di bahagian depan.Masaalah saya ialah bila jalan jem, suhu akan naik sampai 100c tetapi kipas depan tak berpusing, saya dah tukar sensor , pun tak berpusing juga, bila apply direct current ia berpusing , maknanya kipas tak rosak, nak tanya suhu berapa sepatutnya kipas berpusing

      T. kasih

    10. Said says:

      Kereta saya ada 3 kipas, 1 kipas enjin(antara enjin dan radiator) 2 lagi di bahagian depan.Masaalah saya ialah bila jalan jem, suhu akan naik sampai 100c tetapi kipas depan tak berpusing, saya dah tukar sensor , pun tak berpusing juga, bila apply direct current ia berpusing , maknanya kipas tak rosak, nak tanya suhu berapa sepatutnya kipas berpusing.

      T. kasih

    11. kdi says:

      Said, Kipas patut pusing pada suhu normal. Kalau dah sampai 100 tak pusing gak mmg problem. Cuba hantar check wiring kipas

    12. mohd says:

      masalah kereta saya exora cps temp naik pada perjalanan jauh minimun 70 km..masadlm perjalanan ok tetapi bila behenti temp akan naik dan bila chek air dalam tangkin kurang..semua saya dah tukar termostak , dah service tangki air dan water pum..harap ada komment2 y dpt membantu..

    13. Rezz says:

      Tn kdi tumpang tanya
      ni rentetan masalah temp.naik. kereta saya mula kn temp naik ni pada tahun ni. Bila buka bonet hose pump paip bocor dan telah dibaiki beserta tukar hose getah semua sekali. Dan baru2 ini kena lagi temp. naik ni berpunca dari kipas radiator tidak berpusing.. dan saya telah tukar motor kipas radiator …. ms tu sy sangka ingat mmg motor kipas masalah rupanye tidak.. dapat detect masalah pada relay…. tukar relay ok kejap pas tu ni kena lagi kipas tidak berpusing…yang memuncakan kipas tidak pusing… apekah sebabnye tuan… mohon sangat yang pakar dapat beri bantuan… kereta saya sudah 9 tahun. Proton gen2 1.6 manual.

    14. ain says:

      Salam, tumpang tanya..saya pakai preve baru 2tahun..and baru 3minggu lepas service.lepas tu tiba2 temp kereta naik mendadak ke H smpai berbunyi.. dalam 2hari bwk dua2 hari temp naik dan saya dah stop engine dan biar dia cool down.n then bwk ke proton service centre.mula2 dia kata sbb hos,so saya tinggalkan disana.dalam 2hari dia call bgtau kipas motor rosak, mslhnya sparepart xde,katanya satu mlysia xde stok.kene tunggu beberapa bulan utk sparepart tu.so sy bwk kete balik sbb tpksa guna n service person tu kata kne ketuk sikit kipas klau nk bg jln.tp so far mmg bila start engine n psg aircond kipas ok je.temp tak naik dah.ada dlm sminggu dua mcmtu.tiba2 semalam sy bwk jauh sikit. temp naik lg tp xsmpai H..berenti tepi check.temp turun balik n kipas gerak.pelik sgt.adakah normal kipas rosak tp masih boleh befungsi dgn tiba2? Mohon pencerahan. Terima kasih

    15. aidi says:

      salam..saya mohon bantuan yang pakar..saya baru tukar enjin 2jzgte.Saya tidak dapat pakai water temp meter yang ada pada dashboard kerana input/output wayar dashboard tidak ngam dengan enjin. jadi saya memakai water temp gauge. masalahnya ialah water temp saya naik sedangkan setelah dicheck, air tidak tendang, head ok, radiator pn baru tukar aluminium. thermostart pulak sy bukak pakai direct. water pump dan kipas pn baru. water temp saya dalam keadaan warning dan apabila saya berhenti saya dapati air tidak tendang ke spare tank dan tidak kurang. dua jenis brand meter saya telah gunakan iaitu defi dan m7, namun sama juga hasilnya…mohon bantuan

    16. peja says:

      Salam tn kdai…tmpg tanya,masalah sya sama dengan masalah Rezz cuma sya pakai myvi 1.3…dah tukar radiator baru,kipas cnfrm ok..detect relay prblm,lps tukar ok kjp..tp lps 2,3 hari jd blk…temp naik bila berhenti…mohon pencerahan…

    17. Ahmad says:

      saya pernah mengalami pengalaman yang sama….time on aircond suhu naik lebih separuh….cek kipas semua ok ..hantar pomen tukar thermostat, sius temp, motor kipas dan waterpump….bila bawak balik dr bengkel benda sama jadi…tak tahu camner nak buat lagi..satu hari saya terdengar bunyi bising pada belting….trs hantar ke bengkelpomen cceck ketiga belt tu semua hampir putus dan di crank dan campully dah tingaal 2 urat dr jalur belt yg mengerakkan waterpupmp dimana dia gelong macam nak tercabut pully….trs tukar…trs hilang masalah aircond bertambah sejuk…jadi belting jgn lupa cek dan tukar

    18. andy says:

      saya ada masalah tmpcr naik..semua saya da ganti wterpam redator..suis termpcer fan moto baru semua skarang paki kipas 3 da 2kat redetor dpn blakang..baru2 ni sya top .tgo ada bgkok ka had dan gasket peca x ada juga..skit da kpala..kos da 1ribu da buang..masih juga apa msalah kta ni..tolong dulu bgi pndapat..mana tahu otai2 dpat membantu..

    19. samadina says:

      tupang tanya sahabat smua.exora 1.6 auto first model.hosebesar bawah antara enjin dan radiator tercabut masa driving.overheat ler.dua minggu kemudian kene lagi problae sama.pomen pening.apa kah yg patut sy buat skarang kerana takut bende same akan berlaku lagi.
      makasehh.

    20. ivan andress says:

      Kenapa kereta saya bila panas enjin mula semput semput apa kah punca nya rasa enjin mau mati,,,,bila jalan terlalu jauh……proton saga lama

    21. Izam says:

      Sy nk tanya,sy guna kereta perdana v6.bila bwk laju di highway lebih 140km sejam suhu naik kalo bwk 120km sejam suhu ok…bila naik bukit suhu naik..nape??3bulan lepas sy sudah tukar tsngki air…

    22. zaf says:

      salam..saya nak tanya??baru2 nie saya convert enjin kancil 660 kepada enjin kelisa..masalahnyer adalah bila saya berhentikan kereta semasa perjalanan,jarum suhu berada di tengah..bila saya memecut pula jarum suhu turun mendadak…apa punca masalah kereta saya??dan saya tengok air radiator saya berkarat..adakah ini penyebabnyar?

    23. abgmelodygjon says:

      Salam
      Kereta preve sy sejak 3-4hari Ni temperature naik smpai tahap tinggi(berbunyi)
      Air colen OK jer.pelik jgk.kereta plat baru lgi.(WA #### F).
      Harap dpt Bantu sy.
      Tkaseh.

    24. kdi says:

      Abgmelodygjon, cuba check kipas radiator jalan tak

    25. Azman says:

      Preve saya pun macam tu. Semlm temp high sampai keluar alarm. Baru 2 hari selepas service 70k km. Kipas pusing dan air coolant penuh. Aircond pun tiba tiba tak sejuk. Masa service tu saya tukar head gasket. Skrg svc ctr proton masih chk. Masa service saya pun ada komplen bunyi “tek tek tek” dari engine bay. Foreman kata alternator nak rosak …

      Dari pembacaan di atas mungkin block sumbat atau bilah water pump tanggal

    26. Pit says:

      Salam. . Kipas pusing . . Air tak kurang. . Bila stay pandai naik tempature. .

    27. yuzri says:

      radiator prnh service x?cap radiator dgn termostat ok x?

    28. Azman says:

      Dah chk kat proton. Confirm kipas radiator tidak beroperasi secara normal jadi penyahan haba kurang efektif. Tukar kipas baru dan setakat nie tak de prob.

    29. shaufie says:

      As salam tuan tanah
      sy ada problem tentang temp naik kalau behnti temp naik, kipas on time jarum temp lebih dari paras biasa dan air kat spare tank jadi penuh bila temp naik?apa masalah ya? Apa yg patut sy tukar?

    30. shaufie says:

      Sy guna enjin 1.3 myvi

    31. Azman says:

      Can be anything but in my case radiator fan tak berfungsi secara optima aka putaran kipas tak kuat jadi haba dari enjin tak di nyahkan secara efektif dan berlakulah kenaikan suhu enjin. Hope this helps

    32. shaufie says:

      Azman-fan pusing kuat cuma fan lambat on?

    33. Azman says:

      Shaufie – pusing tak kuat sebab bunyi bila kipas berpusing pun tak kuat.

    34. Azman says:

      Shaufie – kalau fan lambat kick in to saya tak tahu sebabnya. Sensor suhu atauTermostat rosak kot ??

    35. Fyzah says:

      Slm…
      Sya guna persona,dlm sbulan ni sya heran knpa aircond tiba2 pndai pnas dn dlm brapa minit pndai sjuk smula,sllu jadi mcmtu…skarng pla temperature naik dn bila offkn enjin kipas msih lg on…tidak dpt jln jauh,stiap kli jaln jauh msti bhnti2 utk sejukkan enjin..
      Mohon pencerahan kpd sesiapa yg thu mslah ini…tqvm

    36. Azman says:

      Sama macam masalah kereta saya dulu. Cuba konfirmkan dgn mekanik samada kipas kereta anda berpusing secara optima atau tidak. Ada kemungkinan kipas motor dah tak bagus jadi pisingan kipas tak cukup kuat utk menyejukkan enjin.

    37. Edmund says:

      Kereta says proton exora…suhu cepat panas…cek semua air ok kipas OK…cm water pump takda main…mungkin termo kah????

    38. Sehazerra says:

      Assaalam.. sye bru pakai kete perdana v6.. jalan dlm 20 minit enjin kete panas bagaikan jalan selama 2 jam panasnye..padahal jalan 20mnt je..tempeture elok n dh g kdi bengkel org tu ckap tak apa.. sye risau jgak..boleh bg perkongsian?

    39. Rizal says:

      Assalamualaikum, kereta proton wira 1.3 (Tahun 1999) saya baru bermasalah dengan temperature ini. Kereta bergerak ok tapi bila dalam keadaan idle dalam jammed atau kereta berhenti temperatute akan naik. Radiator bocor dah tukar, tukar motor kipas tapi tak ok jugak. Formen tukar motor kipas baru, test temp masih tinggi. Relay masih ok. Kemudian formen tukar soket/fius motor kipas buat wiring balik. Setakat ni ok, harap2 dpt bertahan

    40. lyana says:

      Saya baru beli nissan sentra 1.6manual tahun 2008. Temperature naik lepas tukar motor kipas yang x pusing. Cover radiator pun tukar sebab tengok dah karat. Masa test kat bengkel..OK. Saya balik lepas tu yang perjalanan x sampai 300meter. Sampai depan rumah, temperature naik setengah. Kemudian turun sikit Dan naik semula lebih sedikit Dari setengah. Saya matikan enjin. Check..x ada air tumpah atas jalan. Masalahnya, air radiator kurang DSLAM 1.5L, saya isi botol besar. Air back up radiator hampir kosong. APA masalahnya?

    41. Azwan says:

      Saya pun ada masalah suhu naik..semasa memandu kereta. suhu normal..berhenti kejap dlm 15-20 minit. semasa Enjin still on..tetiba suhu naik..jalan kereta lagi..suhu kembali normal..mohon pencerahan..tq

    42. rony says:

      Assalamualaikumm..
      Sy jga ada masalah seperti di atas.. Sy mempunyai kereta proton saga BLM fest model.. Kenderaan sy nie sdh hampir 9 tahun penggunaanya.. Dan timbul masalah suhu naik mendadak.. Radiator belum perna servis.. Cuma air radiator sja sy selalu tambah klu kurang..

    43. rony says:

      Assalamualaikumm..
      Sy jga ada masalah seperti di atas.. Sy mempunyai kereta proton saga BLM fest model.. Kenderaan sy nie sdh hampir 9 tahun penggunaanya.. Dan timbul masalah suhu naik mendadak.. Radiator belum perna servis.. Cuma air radiator sja sy selalu tambah klu kurang.. Selain dri pada water pump x berfung dgn baik,apa lgi faktor2 lain menyebabkan keadaan ini berlaku.. Mohon pencerahan tua.

    44. hafizul says:

      kalau kipas x pusing , tukar motor kipas atau sekali dengan kipas….mohon tunjuk ajar tuan

    45. man leme says:

      assalam.. kete saya waja 1.6 manual.bila start enjin dlm setengah jam kipas tak pusing2. bila on aircond kipas pusing normal.bila off aircond temperature naik sampai 110 baru kipas pusing. thermostat dah tukar baru tapi masalah masih sama.mintak pencerahan otai2 semua.terima kasih

    46. naim says:

      salam..sy ada masalah yg sama mcm kekawan…sy pakai honda es 1.7…temp sy naik bila keta bawak lebih dr 100km/s..automatik temp akan naik sama…kalo bawa 100km/s ke bawah keta xde masalah…kipas,penutup radiator,radiator sumaa dah tukar,tp still naik…kalo sy lepas pedal minyak meter temp pon ikot turun….so sy harap kawan2 dpt bantu sy dlm masalah ni…

    47. Tengku M says:

      Assalam…. sya guna keta saga blm 1.3 Manual first model… sya bru tkar manifold disbbkn bunyi yg mmbingitkn telinga… Stlah tukar bnda trsebut dan slesai bab bunyi tu…timbul plk mslh lain iaitu temperature naik full bar smasa hndak hdupkn enjin & apabila enjin dihidupkn kipas radiator ditect brpusing shgga enjin dimatikn pon msih lg brpusing… Last skali jmpa dktor ccuk kmputer & kena tkar sensor temperature, relay fan, srvis throttle body, tuning apa bgai slesai la mslh trsebut…. Dihrap dpt mmbntu rkan2 yg lain…

    48. Ain says:

      Salam..sya nak tanya..adik sya pakai persona campro..baru2 ni temp dia naik mendadak..bila tambah air dlm tangki simpanan,then start x berape nk lama air jdi kering…kreta pun jdi susah nk start..ape masalahnya ya..brape agak2 kos utk baiki..

    49. ROSLINA RASLI says:

      salam..saya pakai proton iswara..temp saya lain plak..bila berhenti dekat traffic light..atau menunggu dia naik ke 4 & 5..lepas tue bila bergerak..perlahan dia turun ke normal..pomen check semua ok..air cond saya pun ok..kipas semua pusing..air pon penuh , tak kurang pun..sampai pening pomen saya..

    50. Julia says:

      Salam..nak kongsi sikit punca2 kenapa temperature kereta naik melalui pengalaman sendiri.

      Punca2 temperature kereta naik:
      1) Sistem penyejukan bocor (water pump, hos radiator, radiator atau casing radiator)
      2) Kipas radiator tak berfungsi
      3) Thermostat bermasalah
      4) Radiator bermasalah
      5) Tali sawat tergelincir
      6) Penutup Radiator Bermasalah
      7) Lain2 punca sampingan seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.

      Simptom2 pemanasan enjin:

      Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
      1) Kurang coolant atau air radiator (bocor)
      2) Penutup Radiator bermasalah
      3) Kipas radiator tidak berfungsi
      4) Gasket Head Cylinder bermasalah
      5) Pam air berkarat atau bermasalah

      Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
      1) Radiator kotor atau tersumbat
      2) Penutup radiator bermasalah
      3) Pam air bermasalah
      4) Hos radiator bermasalah

      Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila memandu perlahan
      1) Kipas radiator bermasalah
      2) Penutup radiator bermasalah

      Suhu meningkat sekali sekala
      1) Kurang air radiator (bocor)
      2) Penutup radiator bermasalah
      3) Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
      4) Kipas radiator bermasalah

      Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
      1) Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor

      Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
      1) Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat atau berkarat
      2) Penutup radiator bermasalah
      3) Thermostat bermasalah
      4) Kipas radiator patah atau rosak
      5) Hos radiator bermasalah
      6) Sisik radiator berkarat atau rosak

      Buih pada bekas simpanan air radiator
      1) Cylinder Head Gasket rosak

      Harap info2 ni dapat membantu untuk menyelesaikan masalah kereta yang mengalami temperature naik sebelum menghantar kereta anda ke bengkel untuk mendapatkan bantuan. Dapatkan pomen yg ikhlas buat keje (tp nk cari yg ok mmg susah ya) dan bukannya main tukar je komponen dlm keta tanpa cek..hehe.. terus terang sy kata, kdg2 benda yg nk ditukar tu xde lah mahal sangat ratus2 je tp mcm kes sy psl enjin kena angkat..nangis jg lah..br2 ni kena Rm1340 psl gearbox bocor. Temperature naik biasa ah keta pun dah lbh 10thn…kn buat full overhaul kalo x nk keta bermasalah lg..kena lg Rm1800. Tp xpe lah blh pakai lama dlm 5 thn kata pomen..hrp2 lps ni dah xde mslh..jdnya..jual lah keta ni sblm tmph 5 thn smpi ambik ah keta baru :-)

      Sekian perkongsian dr sy..diharap dapat membantu sesama yg memerlukan

    51. Hafiz says:

      Salam saya nk tanye kereta alza bila naik bukit jalan jauh tempeture naik,air kering,bila tambah air kt radiator dan tank backup tetap kering kadang2 tersembur keluar ikut tank air backup.tp xde plak bocor.mase jalan straight ok je xde masalah pencerahan cikit

    52. Gabriel says:

      Salam saya nk tanya kereta myvi se bila start je enjin dn arcond dalam 3-5 minit enjin terus panas kalau goreng telur kat atas enjin boleh hangus kot…. tapi bila off je arcond panas juga tapi tak seteruk masa buka arcond… time bawa pun sama ,bila dah smpai check2 je air dah kering.. sebb saya tak pakar kereta tak tahu apa masalahny.. takut nek pergi kedai terus.. takut kena tipu..

    53. man says:

      livina x gear 1.6
      Bila naik bukit, temperature indicator menyala. Bila berenti, check ,air dalam radiator ok.. tak sampai seminit,start balik enjin,indicator hilang. Jalan lagi,10-15 minit ,indicator menyala lagi. Baru nak berenti, indicator hilang semula. Tak tahu masalah apa.Kipas pusing elok je.
      Pergi bengkel,pomen kata motor,sebab dia kata kipas tak berapa pusing. Bila dia ketuk ketuk,baru kipas pusing.
      So tukar, rm200. Taiwan punya.
      Keesokkannya bila naik bukit,jadi lagi benda yang sama. Jadi..bukan masalah motor la.
      pomen kata kena pergi check(scan) samada termostat atau sensor..

    54. dd says:

      Salm.sya guna myvi.econd pasang temperature Naik.puncanya motor pada kipas.tidak berfungsi dengan baik klu berfungsi pun mukin dalam 40% Dari asal.itu penyebab temperature Naik bila on aircond.jika temperature Naik tpi x on aircond puncanya sensor Dan thermostat kena Cek..itu ja

    55. mohd sobri says:

      Assalam..nk tnya..keta saya honda civic..b16b..bila saya jln dah jauh sikit pastu saya brenti lampu isyarat meter rpm saya naik atas pada 1000 rpm sikit..pastu meter suhu pun naik sikit..bila jln balik ok..kipas jln elok..tangki spare penuh..apa masalahnya cik? Tolong bagi pencerahan.

    56. zaidi says:

      temperature kereta vios sy menyala ketika berjalan,lama kelamaan aircond sejuk mula menjadi panas…
      apa yg perlu sy buat? thermostat baru tukar, hos semua tiada bocor,

    57. Syida says:

      Temperature kete preve naik tiba? Ape nk buat yer?

    58. Eatherace says:

      Salam,
      Toyota unser klu naik bukit sahaja temperature air naik panas smpi 3/4 ..
      Parking engin hidup tgh cuaca panas ke, pasang aircon ke semua Ok xda masallah.

    59. Mohd Rizal says:

      Assalamualaikum
      Nak tanya kereta wira arobax 1.3,sy guna aircoan dlm perjalanan atas haiway temperature kereta sy naik sedikit, sy pandu lebih 130 km/j terlalu lama, apabila sy slokan kenderaan dlm 100 km/j temperature dah ok,pastu sy terus buat perjalanan lg guna aircoan tiba2 aircon jadi panas semula temperature naik sedikit,sy terus off aircoan terus ok sejauh mn perjalanan yg sy tuju,blh sapa2 bantu x, apa masaalah dia ye

    60. Busman B Mejalis says:

      Saya Busman.Masalah yang saya hadapi sekarang temp saya naik bila jem.Kalau jalan jauh tidak juga temp naik apa masalahnya yea.

    61. Busman Mejamis says:

      Proton PREVE

    62. No name says:

      Hi.. masalah sy berlainan.. bila on aircond, temperature kereta turun.. dan aircond rasa panas.. bila off aircond baru la naik tempurature tu sikit2..tp tak smpai H la.. macam mana nak buat tu..

      Terima kasih

    63. Nurul says:

      Baru je jadi hari ni.. suhu kete naik. Panic jugak. Nasib baik dh dekat ngan servis center hyundai.(kete getz 2006)

      Akon blow xsejuk. Pastu lama2 temp naik. Indictor merah. Pegi kat servis Avante Garde- rupanya cap radiator rosak. Sebelum sampai situ benti keta dekat 30minit jugak… baru indikator nerah tu hilang.
      Lepas replace cap radiator… dah rasa cm dok kutub utara dah.. sebelum tu kemain kat gurun sahara .. panas weh

    64. Alif says:

      Assalamualaikum semua saya nak bertanya tentang permasalahan saya pakai Nissan grand Livina 1.6 apabila berhenti kipas kerap berpusing dan air dalam tangki simpanan berkurang apabila kereta bergerak kawasan2 dekat bila bergerak kawasan yang jauh air normal.saya pun nak tahu apa punca masalah saya yang saya hadapi

    65. Mohd radzi hamzah says:

      Ok mr qayyum saya nk tanya. Kereta cherry bila isi air tangki dan jalan dlm 2 ari ia berlaku air panas dan berkurangan. Saya isi air sampai had nya. Tpi selepas syaa isi semula air akan terjadi berkurangan dan tempreur naik dr hijau ka merah. Pastu apa yg perlu saya buat. ? Buleh bagi pencerahan sebelum saya pergi ka pomen.

    66. Leonard says:

      Axia tahun 2017,masalah nye kereta kalau drive bawah 40kmh, on aircond ok..semua jalan..fan jalan bagai. Tapi lepas drive dlm 15 minit dgn 60 ke 70kmh, aircond mula panas….lepas tu stop, tunggu 5 minit,aircond ok balik. Compressor pun dah tukar bagai. Minta pencerahan

    67. Riduan says:

      Temperature up bila on a/cond,kipas ok,terutamanya masa jalan jammef

    68. Riduan says:

      Temperature up bila on a/cond,kipas ok,terutamanya masa jalan jammed

    69. Mohd Alwi says:

      Saya kereta Nissan almera 2017, masalah nya bila injin dan aircond hidup tapi kereta dok setempat(tak jalan) lebih kurang 1jam…tiba2 temperature naik..kipas ok coolent ok .. adakah minyak injin juga boleh menyebabkan situasi injin panas?

    70. if says:

      temperature akan naik setiap kali on aircond tp kereta xbergerak.. cth: tunggu akak kluar g beli brg, then duduk dalam kereta dengan aircond on tp kereta xbergerak . temperature akan naik. tp kalau drive 100km ke atas ke, om aircond tp kereta masih brgerak temperature xnaik pulak.. g bengkel sblm ni pn dh byk tukar brg tp still jgk tmprature naik..

    71. mie says:

      kenapa indicator temperature warning berwarna merah masa waiting and aircond jadi panas, ypi sudah tutup aircond temperature warning merah hilang

    72. Mawan says:

      Saya mengalami masalah kereta wira bila jalan jauh dkt highway on aircord temperature naik ke stgh ..bila off cord turun balik. Mula servis tangki kedai kata ada sumbat .try lg 2 3 minggu jd blk tukar water pump …pun sama juga ..temperature sampai stgh .benda ni jd lepas sy buat top ovolhol. Sebelum ni normal .itu pun LPS 6 bln sy overhoul ..sbb nk try jln jauh …apa masalah dia ea . Perlu ke sy tukar tangki lak lepas ni ..tromostst ok lg ..X ada masalah ..ari tu kedai suruh buang thermostat tp sy xnk buang . Sbb sy rasa bukan masalah tu …

    73. Dismond says:

      Masala enjin panas…kira semua da ganti baru tapi masala tak selesai..radiator,hos radiator,termostart,penutup radiator,spay tank,water pum semua serba baru..tapu enjin masi panas bila naik bukit…kalau bawa berjam2…bawa laju..parking dalam jem atau road block tak ada masala pun…cuma bila naik bukit enjin pandai panas…enjin suda general overhol mcm enjin baru…had pun beli yg baru…tapi masala tetap sama…tak perna jumpa kejadian mcm ni…suda bawa jumpa 5 workshop semua serender pasal semua suda ganti baru da tak ada benda yg nak d perkatakan lgi dan tak ada benda yg mau d buat lagi…so ble tak selesai kan masala sya ni

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)