Mampukah Proton menguasai pasaran antarabangsa?
Persoalan ini menjadi tumpuan pembuat kereta nasional Malaysia. Kementerian perdagangan sedang berusaha dengan Proton untuk memastikan kereta buatan Proton laku dan berdaya saing di luar negara.
Diharapkan usaha ini membuahkan hasil seterusnya mengharumkan nama Malaysia dalam industri permotoran antarabangsa.
Jika dilihat pada pasaran dunia, Malaysia masih jauh ketinggalan walaupun
sudah mempunyai 2 pembuat kereta tempatan dan sudah lama bertapak. Melihat kepada laman web yang ada di internet, kebanyakannya tidak menyenaraikan Proton dan Perodua sebagai sebuah pembuat kereta dunia. Ini mungkin kerana tahap pencapaian dan kualiti masih di tahap yang rendah.
Berikut adalah petikan dari bernama:
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan bekerjasama dengan Proton Holdings Bhd memperkukuhkan syarikat vendor komponen Proton bagi memastikan pengeluar kereta nasional lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa bantuan kewangan untuk menggalakkan mereka mempertingkatkan lagi kualiti dan pengeluaran mereka.
Kita meminta Proton melipatgandakan usaha bagi membangunkan vendor tempatan yang mengeluarkan komponen kereta kepada mereka.
Kita mahu usaha ini dibuat dan ditingkatkan lagi pengeluaran serta kualitinya.
Kementerian akan bekerjasama dengan Proton memastikan usaha ini berjaya dan diharap pengeluar yang dilantik sebagai vendor kepada Proton (apabila mendapat bantuan) dapat meningkatkan usaha dengan jaya, katanya selepas melawat serta mendengar taklimat daripada pengurusan Proton di Shah Alam, semalam.
Jom komen!