- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • MODIFIED HONDA CITY RS 1.0 TURBO 2020
  • LAMPU MINYAK HAMPIR HABIS MENYALA BERAPA KM BOLEH JALAN LAGI? LOW FUEL LEVEL WARNING LIGHT MILEAGE?

    image

    Persoalan yang sering terlintas di fikiran seorang pemandu, berapa kilometer kah jarak yang boleh dilalui oleh sebuah kereta sekiranya lampu minyak hampir habis sudah menyala?

    Sesetengah model kereta memberitahu anda dengan tepat berapa liter lagi minyak yang tinggal di dalam fuel tank seperti dalam gambar. Dari situ anda boleh anggarkan jarak dari lampu amaran minyak menyala berapa km lagi untuk anda perlu mengisi minyak. Jika penggunaan minyak kereta anda paling teruk adalah 10km/liter, maka untuk baki 8 liter, anda boleh memandu sejauh 80km lagi setelah lampu amaran menyala sebelum minyak kereta anda habis sepenuhnya.

    Bagi yang tidak tahu berapa liter lagi, anda boleh membuat pengiraan purata minyak berapa liter yang sudah digunakan dari full tank hingga minyak menyala. Kemudian tolakkan jumlah liter itu dengan jumlah full tank yang dinyatakan dalam manual. Itulah baki reserve tank yang boleh digunakan selepas amaran minyak menyala.

    Ramai yang mengamalkan isi sebelum amaran menyala kerana takut rosak enjin namun ia adalah mitos semata2.. anda boleh memandu lagi paling kurang 50km lagi sebelum minyak habis kesemuanya. Jangan biarkan minyak habis kesemuanya kerana ia akan merosakkan fuel pump.

    Jadi, tak perlu takut jika lampu amaran minyak menyala.

    Kdi pernah cuba habiskan minyak pada sebuah kereta proton sebanyak 2 kali untuk percubaan. Jarak dari amaran menyala hingga minyak habis adalah 75km pada kedua2 sesi ujian tersebut.

    Manakala kereta cc kecil seperti kancil, 100km selepas amaran menyala kereta masih boleh berjalan seperti biasa.

    Bagaimana pula dgn kereta anda?

    LAMPU MINYAK HAMPIR HABIS BERAPA KM BOLEH JALAN LAGI? LOW FUEL LEVEL WARNING LIGHT MILEAGE

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    6 Responses

    1. Johan says:

      pakai livina xpernah test lagi sampai betul2 habis. tp pernah bawa lebih 50km dari start lampu menyala.

    2. Asyrin says:

      Memang menarik tips perkongsian ini. Sgt membantu… :)

    3. arm pomen says:

      untuk kereta proton savvy AMT yg aku guna, boleh drive hingga maksimum 128KM lg selepas lampu minyak tu menyala…tp ibarat kata admin, JANGAN AMALKAN SELALU SEBAB IA AKAN MEROSAKKAN FUEL PUMP ni memang disokong 100%!!!

    4. az says:

      ExorA bold dlm 70-80km

    5. NORAINI says:

      Sangat membantu. Terima kasih.

    6. Naj says:

      Salam. Kalau kereta 4×4 sperti frontier berapa km boleh jalan lagi ya? Tq

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)