- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • KERETA ELEKTRIK PROTON – Proton Dibenar Keluarkan Kereta Berkuasa Elektrik 2009

     

    kereta elektrik proton

    BERBEKALKAN kos hanya 3.5 sen bagi setiap kilometer, penggunaan kereta elektrik yang dijangka memasuki pasaran negara pertengahan tahun depan bakal menjadi pilihan rakyat negara ini bagi menghadapi krisis kenaikan harga minyak.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad, diberi kebenaran untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat pengeluar kereta berkenaan dari Amerika Syarikat, The Detroit Electic Ltd.

    “Proton akan mengadakan penilaian teknikal terhadap semua aspek dan jika semuanya berjalan lancar serta tidak menghadapi masalah dan memenuhi keperluan Proton, Insya-Allah, kita jangka keputusan mengkomersialkan enjin berkuasa elektrik boleh dibuat dalam jangka masa kurang setahun.

    “Kita berharap kerjasama ini akan mendatangkan manfaat bagi model kereta Proton pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Inflasi di Kementerian Kewangan di sini, petang semalam.

    kereta elektrik lotus

    Perdana Menteri sebelum itu sempat memandu uji kereta Lotus berkuasa elektrik keluaran syarikat berkenaan sekitar Persiaran Perdana, di sini.

    Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Albert Lam, memberi taklimat kepada anggota jawatankuasa itu mengenai kereta berkuasa elektrik itu.

    Jumaat lalu, Perdana Menteri melancarkan teknologi penjimatan minyak dikenali sebagai ‘Hydrofuel’ yang mampu menjimatkan sehingga 50 peratus.

    Teknologi yang dibangunkan syarikat Bumiputera berpangkalan di Banting, Selangor itu, diuji di makmal dan pada beberapa buah kenderaan sebelum ini.

    Abdullah berkata, penggunaan kereta berkuasa elektrik itu tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha mencari bahan tenaga baru sebagai pilihan kepada penggunaan petrol, diesel serta gas yang harganya semakin meningkat.

    “Ini bukan kereta hybrid, tetapi kereta elektrik dan ia satu teknologi baru yang menjimatkan.

    Kereta berkuasa elektrik amat menjimatkan kerana bateri yang membekalkan kuasa elektrik kuat dan tahan lama lebih 36 jam,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut memandu kereta berkuasa elektrik itu, berkata kerajaan memang sentiasa mencari teknologi seperti penggunaan kereta elektrik itu dalam usaha mengurangkan beban rakyat berdepan krisis kenaikan minyak ketika ini.

    “Jika teknologi seperti ini boleh diperkenalkan maka kita akan lakukan. Namun, ini masih di peringkat awal dan Proton akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penggunaan enjin berkuasa elektrik,” katanya.
    Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

    Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.

    Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.

    Kereta itu sama saiz dan cirinya dengan model kereta biasa, tetapi enjinnya dipacu kuasa yang dibekalkan daripada sejenis bateri berteknologi tinggi.

    Perdana Menteri memandu uji kereta itu di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan di sini petang ini.

    lotus electric car

    Menurut Abdullah, Proton telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta membangunkan teknologi Eropah itu dan seterusnya mengkomersialkannya di Malaysia dalam tempoh setahun ini.

    Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikannya hari ini juga telah diberi taklimat mengenai teknologi baru automotif itu.

    “Kami mahu ia disegerakan. Kosnya hanya 3.5 sen Euro (17.9 sen) sekilometer… ia amat menjimatkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

    Beliau memberitahu, kerajaan telah membenarkan Proton dengan kerjasama sebuah syarikat untuk membuat pengesahan keupayaan teknologi itu dari aspek teknikal.

    “Jika semuanya memuaskan, dijangka tidak sampai setahun (kereta elektrik itu boleh dikomersialkan).

    “Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.

    Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, masa depan kereta elektrik yang mesra alam kini hebat dibincangkan terutama selepas kenaikan harga minyak di pasaran global.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memandu uji kereta Lotus tersebut berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi turut menimbang langkah-langkah baru bagi mengurangkan beban rakyat, antaranya dengan memperkenalkan kereta elektrik.

    enjin kereta elektrik proton

    “Kita perlu berfikir di luar kotak. Tentang kereta elektrik ini, kalau kita ambil kira kos dalam tempoh lima tahun, ia jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol,” katanya.

    Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.”

    Tiga hari lalu, Perdana Menteri melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak.

    Source edited from : Harian metro & Utusan

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    58 Responses

    1. nicholas edward says:

      Confirm mahal………………RM 90 ribu tak kurang..confirm mahal….Kalau modified kancil jadi kereta electric kan ok….Yang keluaran Lotus nie…CONFIRM…COnfirm mahal..dah lah 2 pintu aje….pehhhhhhhhhh……..

    2. amir idham says:

      wa hebat proton nak kluarkan model electric car. Tapi sure ada probs in 1st phase. beli if dah stable shj

    3. naset says:

      ye la…. kalu mahal sape yang mampu..

      orang kaya jugak…..

      yang tak kaya tetap terbeban.

    4. die says:

      kompom mahal nyer… dah tu bil letrik plak melambung2.. sekarang letrik murah ar.. bila dah ramai guna… TNB pun naikkan tariff

    5. Anak Jati Melayu says:

      huih………….pasni mesti harga elektrik naik lagi dah la harga minyak mahal. TNB musti seyum riang gembira n PETRONAS hampa dan kecewa macam lagu Tokki tue.

    6. jeri says:

      menarik jugak proton nak kuar kete letrik.. tapi brape max speed yang boleh dicapai oleh enjen letrik tu? kalau naik sekuaga 5 orang bbadan bosar, leh speed ke? agak2 brpe bil letrik rumah lepas ni? yang sure, balik kg sprt ke kelantan melalui gua musang pasti problem sbb pjalanan ke sana ambik masa 6-7 jam. itu pun kalau jln x jem. kalau raya, kete leh mati tepi jalan sbb bateri dah abis d penangan dek jlm jem….

    7. Abang Cik says:

      Jeri, saya tak rasa bab performance kereta tu nanti… Detroit Electric bukan nama kecik… US pernah dan still banned kereta Tesla Motor (correct me if i’m wrong) pasal apa…? Pasal laju sangat. Dia guna 100% elektrik boleh gi 0~60 (mph) dalam 3.9 sec je… power gile.. So I’m really looking forward buy myself 1…

    8. wannai says:

      saya nak tahu cara kereta berfungsi……….
      bateri bleh tahan lame???
      hmmmm….
      kalu nak komersialkan btul ke rakyat m’sia mampu memnbelinya??
      adakah lbih murah daripada pesona dan kereta proton yang len??
      kalu mahal,alahai datuk2 je bleh bli!!!!……….

    9. carr0ttt... says:

      knapa msti amik yang luar nye???
      xleh ke kalu kete proton 2, tukar sistem jerk!!!!

    10. apple says:

      kalu kete 2 mati tgah jalan nk cas kt mne???
      kalu kete petrol……ada banyak stesen minyakk!!!!!!
      bil elektrik msti mahal………
      sAYA STUJU NGN ANAK JATI MELAYU..
      susah lahhh.. tp ye memang bleh jimat petrol……
      tiap2 hari kene cas msti bil elektrik melambung sampai bribu2,
      so, prlu pertikai bnde ni kalu tol2 nak buat….
      kalu rakyat m’sia sume kaya2 xpelah…

    11. survey_keta says:

      pergh..cun..smart btol..tp pkai kt bandar ok la..area kg??huh..malu laks rasenye..

    12. Hairul Anuar says:

      Memang bagus kereta ini, tapi lagi bagus kalau guna model saga / waja / persona! model lotus ni sapa jer yang mampu beli. Rakyat biasa macam kami ni tengok ajerlah yee tapi tak dapat menikmati teknologi ini. dan lagi teramat bagus kalau sumber tenaganya 100% elektrik & langsung tidak menggunakan petrol. Barulah malaysia menjadi neraga pertama & utama mengeluarkan kereta elektrik yang tidak mencemarkan udara. Tak laju takpa dalam masa yag sama kurang kemalangan, betul tak? Anda fikir lah sendiri… Baru best untuk menuju Wawasan 2020, walaupun takde kereta terbang tapi kereta elektrik ni dah cukup untuk merubah iklim ekonomi malaysia & juga iklim cuaca di malaysia…
      Yang korang pening-pening pasal apa? kan kerata ada altenator macam dinamo boleh hasilkan elektrik, pasang dua unit battery, battery A onnn batery B cass pastu tukarlak battery B onn battery A cass. Rasanya dah takyah isi minyak lagi kot. Sory to say tak lama lagi tutup lah pan minyak (50 tahun lagi kot)

    13. Hairul Anuar says:

      Betul kata Jeri, bukalah minda, rakyat didahulukan & pencapaian diutamakan, oleh itu dengarlah suara hati rakyat! US Detroit Electric telah hasilkan kereta Tesla Motor, dia guna 100% elektrik boleh gi 0~60 (mph) dalam 3.9 sec je… power gile saya tak tipu pasal saya baca kat surat kaba & saya siap tampal kat tempat kerja saya sebagai pembakar semangat evolusi teknologi So mulakanlah langkah untuk membuat kereta seperti ini demi keharmonian generai akan datang. Ada banyak jenama tempatan yang bagus seperti Proton & Perodua berilah mereka peluang untuk memajukan teknologi ini. Kalaulah saya ada cukup ilmu & duit saya dah lama buat sendiri enjin elektrik. Tapi JPJ luluskan ke idak ye.? Walau apa pun Malaysia Mesti Boleh!

    14. Norman says:

      Elektrik tak berapa sedap lah bila high speed.Tapi pikap memang power.Turbodiesel kan lagi bagus kalau bikin,Boleh jugak export ke negara eropah

    15. apa2 ajer says:

      ” Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.
      Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer. ”

      s maksudnya untuk menggerakkan kereta ini sejuah 100 km, harga nya ialah RM 18. 00.. chery eastar untuk 100 km RM 20. 00 enjin 2.4.. enjin lama lak tu.. so saya rasa kereta elektrik ni tidak menjimatkan.. baik kancil viva lagi jimat kan2.. so sekali lagi saya rasa kereta ni bukanlah menjimatkan sangat bahkan membeli teknologi baru juga mungkin menyebabkan masalah lain pulak yg dtg.. yer la, kalau rosak nanti dah ada ke mekanik yang reti perbaiki kereta ni.. kalau nak harap SC, mampukah SC tampung jumlah kereta yg da byk kemungkinan masa tu.. so kalau betul nak bangunkan kereta ni, perlu dlm masa yg sama bangunkan tenaga manusia terlatih sbg mekanik.. dan byk kan tempat2 caj kereta kalau2 takut nanti x sempat gerak kembali ke rumah.. HEHE..

      saya bukan menentang teknologi baru.. bahkan saya sokong kereta elektrik tetapi pembangunan kereta elektrik haruslah dipastikan kereta yg dijual adalah kereta yg mampu dimiliki rakyat marhaen bukannya golongan elit tertentu spt PM, menteri2 kabinet, orang2 kaya sahaja..oleh itu saya mencadangkan model saga digunakan untuk membangunkan kereta elektrik.. dan kenapa membeli teknologi elektrik dari negara yang men caj harga teknologi yang mahal ? saya cadang Proton beli saja teknologi elektrik dari pengeluar China iaitu BYD.. BYD membangunkan kereta elektrik pelbagai jenis daripada kereta kompak, sedan, MPV hinggalah sport car dan menggunakan bateri yang dibangunkan sendiri.. jika anda mempertikai teknologi BYD, pelabur utama nya adalah pelabur/ org terkaya di Amerika yg juga org terkaya di dunia iaitu Warren Buffet.. kita dapat menjimatkan kos pertukaran teknologi jika membeli teknologi daripada BYD yang saya rasa berkali ganda jauh lebih murah berbanding Detroit Electric.. kereta elektrik mesra alam.. dan saya ulang sekali lagi sebelum menjual kereta elektrik pastikan kita mempunyai cukup tenaga terlatih untuk membaiki kereta elektrik ini jika ia rosak.. BAGUS JUGAK JIKA PROTON SENDIRI MEMBANGUNKAN KERETA ELEKTRIK MEREKA SENDIRI DAN BUKAN MEMBELI TEKNOLOGI

    16. Norman says:

      Biasalah pengeluar,Sebenarnya Diesel lagi menjimatkan.Kos elektrik ni kalau rosak 2 kali ganda untuk repair.Mcm setengah kete yang jimat petrol,Bila dah jimat stesen minyak lak merungut minyak tak berapa laris,Cipta Hybrid konon save lar,Tapi pro n con banyak.

    17. Man says:

      Kalau letak Solar panel kat bumbng kan bagus.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)